FOLLOWERS

Monday 22 November 2010

KES LIWAT DSAI : MALAYSIAKINI MENGHINA MAHKAMAH !!!!







Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohamad Zabidin memutuskan hari ini untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang.

Penghuni Gua : Lihat lapuran Malaysiakini ini. Tajuknya " Mahkamah halang Anwar dapatkan lapuran perubatan. PG ambil berita ini jam 7 petang tadi. Jam 8 malam PG dapati tajuknya telah diubah kepada " Pakar: Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum" . KLIK.

Inilah cara pemberitaan Malaysiakini. Yang sebenarnya mahkamah bukan halang DSAI mendapatkan lapuran perubatan tetapi mahkamah menolak permohonan DSAI untuk dapatkan lapuran tersebut dengan alasan " memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan kontradiksi dalam keterangan Mohd Saiful, katanya ".

3. Beginilah Malaysiakini memanipulasiakan beritanya. Mungkin wartawan ini kemudiannya sedar dengann tajuk itu beliau dan Malaysiakini boleh didakwa menghina mahkamah. Jadi kemudianya tajuk itu ditukar kepada " Pakar : Air mani boleh kekal 72 jam dalam rektum ".

4. Walau tajuk berita telah ditukar kemudiannya tetapi isinya masih sama iaitu mahkamah menghalang DSAI mendapatkan lapuran perubatan ( lihat keratan berita tersebut seperti disertakan di atas ). Ini semua pada pandangan PG adalah usaha secara halus dan jangka panjang Malaysiakini dan mereka yang mempunyai agenda jangka panjang bagi melemahkan sistem kehakiman negara secara sedikit demi sedikit dan secara halus.

5. Seolah mahkamah menghalang atau mahkamah adalah berpihak untuk mengenakan DSAI dalam kes liwatnya. Dalam keadaan sebenarnya ialah mahkamah menolak permohonnannya itu kerana tidak memenuhi keperluan perundangan dan hanya dibuat berdasar gerak hati sahaja.

6. Inilah lapuran pemberitaan kurang ajar Malaysiakini. Tujuannya tak ada lain selain dari cuba melemahkan sistem kehakiman negara. Lapuran Malaysiakini pada pandangan PG adalah menghina mahkamah. Perkataan " Mahkamah menghalang Anwar dapat lapuran perubatan tersebut sudah cukup sebagai buktinya untuk Malaysiakini dikenakan tindakan menghina mahkamah.

7. Inilah portal berita yang amat kurang ajar dan beragenda. Ia cuba melemahkan sistem kehakiman kita dan melemahkan negara dalam jangka panjang. Kerajaan patut bertindak dari sudut ini.

6 comments:

  1. MSIAKINI MANE PNH BUAT LAPORAN BTUL. 100 DRP 100..SEME X BLEY PAKAI! MAKLUM JE LAAA YG KENE BOS DIORANG JUGAK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Salam PG,

    Dah dekatlah tu...... Lambaian Sg. Buluh semakin kelihatan......

    Biaq pi lah kat Malaysia kini.... Lepaih ni Malaysiakini akan jadi "beruk tak bertuan"

    ReplyDelete
  3. TK kerana usaha PG membantu kita semua untuk mudah memahami sepak terajan dalam perlaksanaan teknikal yang licik dalam menipulasi undang undang.

    Kesian dan malanglah bagi mereka yang selalu tengok sepintas lalu dan terus ambil kesimpulan.

    ReplyDelete
  4. Malaysiakini ke meliwatbini?

    ReplyDelete
  5. Takkan ada yang akan ambil tindakan kat Malaysiakini kan..???? aku dah agar....

    ReplyDelete
  6. dh tau malaysiakini hina mak-kak-mah
    ape lg?saman la!ape tggu lg?
    hahahaha goyang takut x terlawan dgn "law" yg sedia ada ke?hahahaha
    UMNGOK ma...apa lancau pun blh ma..
    xde fakta pun blh create ma
    asal blh menang ma
    ma cibai lu org
    kasi hentam la malaysiakini
    goyang ka?goyang jgn sembang la hahaha

    ReplyDelete

PETA PELAYAR