FOLLOWERS

Thursday 11 November 2010

MAKAN SOSEJ BABI : BAB INI PG SETUJU DENGAN PROF AZIZ BARI !!!




Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.

Katanya, ini kerana, di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

"Jadi dalam soal ini negeri mempunyai bidang kuasa; Jakim tidak boleh masuk campur. Lagi pun di sisi perlembagaan, Jakim sepatutnya berada di bawah Majlis Raja-Raja, bukan kerajaan persekutuan.

"Tapi malangnya ini tidak berlaku. Semua agensi Islam persekutuan dikuasai oleh Umno/kerajaan," katanya ketika mengulas arahan supaya Jakim menyiasat status agama budak itu yang bapanya dikatakan Islam manakala ibunya pula Kristian.

Semalam, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan JAKIM menyiasat status agama bapa budak itu - Baginda Minda atau Noor Azman Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, arahan itu ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada arahan itu bertentangan dengan perjanjian 18 perkara Sarawak ketika negeri di pulau Borneo itu menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Perkara pertama dalam perjanjian itu menyebut tiada bantahan Islam sebagai agama negara, bagaimanapun tiada agama negeri bagi Borneo (Sabah dan Sarawak) dan tiada pengamalan berkaitan dengan Perlembagaan Malaya patut digunapakai di Borneo.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui e-mel, Abdul Aziz menjelaskan, apa pun perkara dalam perjanjian itu, meskipun ada hujah moral, tetapi peruntukan dalam perlembagaan persekutuan - perkara 3(3) yang mewajibkan perlembagaan negeri tidak beraja memasukkan Agong sebagai ketua agama - berkata sebaliknya.

"Cuma soalnya apakah Jakim bertindak atas arahan Agong? Pada pendapat saya Agong perlu bertindak atas inisiatif baginda sendiri sebagaimana dalam konteks baginda sebagai ketua agama di negeri baginda sendiri," jelasnya.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang status agama anak, Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarangsa (UIA) berkata, keputusan itu itu tidak mempunyai kuasa undang-undang.

"Ia sekadar pandangan yang boleh diterima atau ditolak oleh negeri-negeri," katanya.

Penghuni Gua : Bab ini PG setuju dengan Prof Aziz Bari ini. Ia memang hak dan kuasa negeri. Kuasa DYMM Agung. DYMM Agung secara persendirian.

2. Mungkin Jabatan Agama Islam Serawak boleh menjalankan siasatan ini. Itu pun jika mereka nak. Tak nak pun, kita tak boleh buat apa-apa. Itu memang hak negeri !!!!

3. Kalau bab politik tu, maaf lah. PG memang tak setuju dengan Prof ini. Maaf le Prof. Kalau cakap politik main selindung-selindung di sebalik jubah Profesor, PG tak setuju benar !!!! Cakap terus teranglah !!!

7 comments:

  1. jabatan agama islam serawak pejam mata jer
    buat ape dorg nak susah.asal cukup bulan dapat gaji sudah la.kubor lain2 pandai-pandai la nak hidup

    ReplyDelete
  2. Sememangnya disegi teknikal, JAKIM tiada mempunyai bidangkuasa siasatan sepertimana PDRM dan Bahagaian Penyiasatan Islam Negeri-Negeri. Bagaimanapun, itu tidak bermakna JAKIM tidak boleh menyelidik untuk mengenal pasti (siasat) apakah sebenarnya agama bapa kepada budak berkenaan. JAKIM pada pandangan saya mempunyai kedudukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan agama bapa budak tersebut daripada Jabatan Pendaftaran Negara (sebagai contoh) yang merupakan salah satu dari entiti Persekutuan Malaysia. Maklumat tersebut penting bagi JAKIM dalam melaksanakan tugasnya kepada Persekutuan Malaysia.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  3. samada nak siasat atau tidak sudah menjadi perkara yang kedua. Yang utama ialah rakyat telah tahu (terimakasih kepada DAP) bahawa bekas Calon PKR di PRU12 mempunyai keluarga caca marba dan berselindung di sebalik nama Islam. Samada dia Islam tulen atau celop ternyata bahawa isterinya seorang Kristian dan anaknya Tiada Agama. Inilah jenis Islam yang diperjuangkan oleh PKR!

    Aku Yang Bingai
    1. Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang
    2. Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li

    ReplyDelete
  4. Malaysiakini tak sepatutnya merujuk prof ini kerana dia hanya akan bercakap dr sudut teknikal saja..kita kena tgk dr segi pengamalan dan sahsiah kekeluargaan yg mana dalam kes ni, dah jelas sgt penyelewengan yg dilakukan oleh bapak budak tu. Sebarang kenyataan dr prof ni dlm isu apa pun akan hanya mencetuskan mslh lebih pjg..lihat, awal2 lg dah dipolitikkan. Cukup2 la mkn disuap wahao prof melayu Islam..jgn jd liberal sampai tak tahu hukum. Kalau PAS pun dah tak berani nak berhukum dlm permasalahan mcm ni, biar UMNO melalui Jakim yg awak tuduh tu pulak buat kerja. Dont be stupid! Ini soal hukum hakam Islam.

    ReplyDelete
  5. kita biasa dengar matlamat menghalalkan cara.la ni pulak politik menghalalkan semua..

    ReplyDelete
  6. ADE PLAK TU BEKAS MB YG SUDI KUAR DUIT BELI BABI PANGGANG KHAS UTK MAJLIS MKN2 AGAMA LAIN BROO KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  7. lepas ini takdehal kot bawa babi masuk dan makan babi dirumah-rumah orang pas!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR