FOLLOWERS

Monday 15 November 2010

MB SELANGOR NAK TUTUP LUBANG !!!!



Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya cuba main ‘silap mata’ dalam kes Yayasan Selangor dan salah guna kuasa penajaan majlis perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Menteri Besar itu kononnya mahu tunjuk beliau seorang yang tegas tetapi keputusannya dalam kedua-dua kes tersebut dikatakan hanya untuk menyelamatkan suku sakatnya, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dan Pengurus Besar PKNS Osman Omar.

Kedua-dua mereka dilantik oleh pentadbiran Khalid selepas kerajaan Selangor dikuasai PKR, DAP dan PAS semasa pilihanraya umum Mac 2008.

Dalam kes Yayasan Selangor yang turut mengundang rasa dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga membatalkan keberangkatan baginda ke majlis makan tengahari...asalnya yang dikaitkan dengan penyelewengan kos jamuan itu adalah Ilham.

Peliknya Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Mohd. Saifulruddin Sulaiman kini dikatakan terbabit dalam kes perbelanjaan besar bagi jamuan itu yang mulanya dikatakan mencecah RM300,000.

Jumlah itu menjadi persoalan kerana Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Sabtu mendakwa ada maklumat kos itu meningkat kepada RM800,000.

Kini jumlah itu dikatakan mencecah RM1 juta.

Persoalannya kenapa Khalid, pada Ahad hanya mengumumkan Mohd Saifulruddin diarahkan bercuti bergaji selama sebulan berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan terhadap perbelanjaan mewah bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu dibuat.

Alasan Khalid adalah,laporan awal yang diterima menunjukkan penglibatan pejabat timbalan pengurus besar yayasan itu dalam penyediaan kos yang mahal tersebut.


Padahal akhbar-akhbar sebelum ini melaporkan pembabitan Ilham malah Khalid didesak memecat Ilham kerana kes tersebut.


Bagaimanapun, Khalid memilih menyelamatkan pengurus besar Yayasan Selangor dan Mohd Saifulruddin yang kena tanggung ‘getah’ seorang diri.


Sebelum inipun ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Khalid mempertahankan pelantikan Ilham yang dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa itu.

Alasannya ialah pelantikan Ilham itu kerana beliau seorang individu yang memahami selok-belok bidang perniagaan.

"Memang ramai orang dalam bidang pendidikan, tetapi kalau arif dalam pendidikan ia mungkin boleh melahirkan ramai pelajar cemerlang.

"Tetapi jika kita lantik orang yang tidak faham mengenai bidang perniagaan, kemungkinan Yayasan Selangor bankrap," katanya menggulung ucapan Bajet Selangor 2011 ketika Sidang DUN Selangor, minggu lalu.

Satu lagi tindakan pelik Khalid adalah membekukan semua aktiviti Jabatan yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS.

Menurut Khalid, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga laporan penuh audit siap, dijangka akhir bulan ini.

Pada 10 November lalu, Khalid menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar.

Media melaporkan jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000.

Kenapa aktiviti jabatan berkenaan dibekukan dan bukannya tindakan terhadap Osman?

Pengurus Besar tersebut patut dikenakan tindakan sama seperti Khalid bertindak terhadap timbalan pengurus besar Yayasan Selangor tersebut.

Khalid patut sedar desakan PAS Selangor beberapa hari lalu agar beliau menggantikan segera Othman yang didakwa gagal menjalankan tangungjawabnya sebagai Pengurus Besar PKNS.

Desakan itu turut melibatkan dakwaan bahawa Othman terlibat dengan amalan salah laku serta penyalahgunaan kuasa terhadap pengurusan termasuklah kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Bagi sebilangan besar pegawai PKNS, mereka cukup kenal perangai gila glamour Osman yang sanggup menempah iklan di TV dan akhbar mempromosi dirinya bukannya PKNS.

Malah dalam kes penajaan perkahwinan angkasawan negara itu, Osman sendiri mengeluarkan kenyataan majlis itu dapat meningkatkan imej PKNS kerana ramai angkasawan negara lain hadir sama.

Sudah pasti idea mengadakan majlis perkahwinan itu dipersetujui Osman tetapi kenapa membekukan aktiviti Jabatan Perhubungan Awam PKNS?

Seorang pegawai PKNS mengeluh dengan tindakan pelik Khalid ini sambil mendakwa ada yang hendak ‘disorok’ oleh Menteri Besar itu.

Mungkin selain menyorok tembelang, Khalid sebenarnya mahu menutup malu kerana kalau beliau bertindak terhadap Ilham dan Osman, ia ibarat meludah ke langit kerana kedua-dua pengurus besar itu dilantik dengan persetujuannya.

Pendek cerita, Khalid nampak macam mahu menyelamatkan kroni-kroninya sahaja. -14/11/2010

Penghuni Gua: MB bersilat sakan nak tutup lubang. PG berpendapat dah tak tertutup lagi dah lubang. Mana nak tutup. Lubangnya terlalu besar dan banyak pulak tu. Bukan sedikit penyelewengan PKNS dan Yayasan Selangor. Kecik anak . Berjuta duit dibelanja hangus hanya kerana nak menaja perkahwinan angkasawan Dr Muzaffar dan makan tengahari.

2. Cekapnya MB Pakatan ini berbelanja. Cekap dan telus. MB Selangor mengali kubor PKR nampaknya. Gali Khalid, gali jangan tak gali. Kah kah kah kah kah !!!! MB Selangor mungkin perlu berfikir dan melihat kebelakang semula.

3. Siapa punya angkara ini ? Mungkin Azmin kot. Tengok-tengok sikit Khalid. Azmin tu bernafsu untuk kerusi MB tu!!! Makin banyak lubang di Selangor ni. Ini semua kerja Penasihat RM 1 tu le kot. Penasihat RM 1 tu pun lintang pukang melarikan diri !!!!

14 comments:

  1. BIAR LAH KHALID NAK TUTUP LUBANG PUN..IDEA SAMA JUGA YG DIBUAT UMNO/BN BILA MELIBATKAN PROKSI MASING2 DLM PELBAGAI SKANDAL...BETUL TAK?

    ReplyDelete
  2. anon.. yang nak ikut umno tu buat apa? aku ingat korang nak buat pembaharuan? kalau dah ikut umno, apa kejadahnyer ????

    ReplyDelete
  3. Anon 09:23 PG dah komen pasal Khalid tu tapi kau tak beri contoh pun proksi yang dibuat oleh UMNO/BN?? Mungkin ada cerita menarik yang kau ketahui untuk tatapan umum. Aku nak dengar gak. Jika tidak orang lain boleh anggap kau ni TIN KOSONG bercakap tanpa bukti. Senang cerita macam SEMBANG-SEMBANG KEDAI KOPI aja..atau dengan erti kata lain SUKA BUAT FITNAH.

    HIDUP PERKASA

    ReplyDelete
  4. Salam

    1 Ahirnya politk Mlayu yg jmlhnya tak sberapa krat d dnia ini hnya pnuh brsmangat dgn nista, fitnh, caci-maki, prbalahn & hina-mnghina yg smakin mmburukkan prpcah-blahan ssama umt lslm.

    2 lnilh natijh politk yg tdak diikatkan kpd ikatn akidah lslmiyyah, politk yg tdak dsndrkan kpd hukm hlal-harm, dosa-phala, ibadh & mksiat; sbaliknya politk yg tgak d atas ikatn pragmatik demi manfaat duniawi & kkuasaan smata2.

    3 Apakh umat lslm msih prlu mntaati & mndukung politk smacm ini, politk yg mlanggar printah Allah & Rsul-Nya bahwa umat lslam WAJIB brsatu & HARAM bgi mreka brpech-blah?

    4 Tntulah DS Haji Hadi, DS Najib & DS Wan Azizh prnah mmbaca & brkali2 mndngar ayat: '..wa' tasyimu bi hablillahi jamii'a wa laa tafarroku...[brpgang tguhlah kamu skalian dgn tali [agama] Allah dlm satu jamaah [jamah lslsmiyyah] dan JANGANlah skali2 kamu brpcah-belah].

    5 Sngguh2 hina bagi umat Nabi Muhammad saw, ktika mreka WAJIB brsatu dlm menghadpi cabaran & srangan kaum kafir dlm sgala hal, mreka pula brcakaran sama sndiri dlm politk yg BUKAN pun utk mnegakkan hukum2 syariat Allah.

    6 Sdra PG..mari..brmula dari blog Anda, kita mulakan politik yg mneyrukan kpd prsatuan & prpaduan umat lslm...Kita mulakan dgn mnujukan sruan ke arh prpaduan umat lslam ini kpd DS Najib, DS Haji Hadi & DS Wan Azizah..

    abu faiq

    ReplyDelete
  5. gali gali gali lobang...gali lobang tutup lobang... selangor berlobang-lobang.... byk digali tak ditutup dah bermacam-macam lobang... alahai selangorku! sana sini nampak lobang, dalam pulak itu lobang...

    dey, lobang jgn byk sgt korek la dey....

    dada kasi tepuk...akal ada tanya.... jgn sampai nanti dahi tepuk serupa org hilang akal.... ayoyo....

    -pemerhati-malam-

    ReplyDelete
  6. Tak habis-habis gali lobang - lobang besar pula tu. Belum reda lagi tanah-tanah yang berlobang-lobang, kini buka satu lagi lobang. Nampak gaya, berlobang sakanlah negeri Selangor. Itulah, dulu pandai mengutuk BN, sekarang kena batang hidung sendiri sehingga Sultanpun merajuk tak mahu datang. Tak tertutuplah kali ini sebab lobang terlalu besar - padan muka.

    ReplyDelete
  7. Sedut tu biarlah berpada-pada dan berselindung. Ini ganas sangat macam tak tahu malu. Nampak gaya, Barisan Keadilan macam dah tahu, ini sajalah peluang yang ada untuk sedut habis harta karun negeri sebelum BN ambil balik Selangor.

    ReplyDelete
  8. Anon 10:34,

    1 Tidak boleh guna hujah 'berpada-pada' atau 'brselindung' sbagai justfikasi mlakukan kerja2 mncuri & mprompak harta negara/rakyat. Sama ada scara brslindung atu scara trang-trangan, mncuri
    & mrompak ttap tdak halal; tak kiralah sama ada sekarang ktika krja2 trkutuk itu dlakukan oleh PR yg sdang mmerintah atu nanti apabla BN ambil alih.

    2 Klau guna hujah itu, maka rasuah, salh guna kuasa, pngkhianatn & kzaliman trhadap rakyat yg slama ini dibuat secara selindung2 adalh sah2 blaka sedangkan itu smua kerja2 hina yg dikutuk oleh Allah & manusia. Sungguh sangat malanglah rakyt & negara klau inilah yg djadikn tolok- ukur [stndard] bagi amaln dlm sstem pmrintahan negara/negeri. Kalau dulu cara inilh budayanya, cukuplah setakat itu..Kita ingatkan mreka... SUDAH2-lah MAKAN REZEKI HARAM utk menyuap anak isteri...lmanilah amaran Allah yg disertai ancaman amat dahsyat.."ku amfusikum wa ahliikum naaro"..[pliharalh dirimu & ahli2mu dari siksa [bakaran] api neraka ...

    abu faiq
    abu faiq

    ReplyDelete
  9. TAK YAH NAK CERITA BYK2 LAH WAHAI UMNO...MANA2 JERUNG2 BESAR SEMUANYA TERLEPAS JIKA ADA SKANDAL DLM UMNO/BN/KERAJAAN...YG KENA SPT KERANI, JAGA, TUKANG KEBUN DLL...

    ITULAH HIPOKRIT DAN MUNAFIKNYA UMNO...

    BYK DAH KES...SALAH SATU YG SIGNIFIKAN ADALAH KES MAHATHIR AND THE GANG DLM ISU KLIP VIDEO LINGGAM...KAN ORG TUA TU DIDAPATI BERSALAH TAPI UMNO COVER BAIK PUNYAAA...LPS GITU JER ORG TUA TU...KALAU KES LAIN2 TU JGN BYK CAKAP LAH...MUNAFIK!!!

    ReplyDelete
  10. kan raya korban dah dekat. khalid kena cari kambing hitam utk dikorbankan utk tutup dosanya.Kankah dia pengerusi yayasan tersebut? Tak kan tak tahu mengenai aktiviti dan perbelanjaan organisasi di bawahnya. Dia buat salah, orang bawahan yg kena tanggung.

    ReplyDelete
  11. hehe takut firaun aisanda jer yg kene korban nanti
    jaga-jaga statement tu
    hehehe blh bgtau berapa peruntukan untuk menteri2 utk majlis keraian?free2 jer beb!beratus-ratus ribu,xde plak korang nak bising
    duit sapa tu?senang-senang buat majlis mega then claim!seronok beb jadi menteri
    kedarah duit rakyat jer
    hidup umno & pengukit2 nyer
    hahahaha

    ada satu kisah lawak sial
    (yg melambangkan betapa bodohnya melayu ni)
    gua punya jiran fanatik gler dgn umno
    bila gomen announce minyak naik dia plak yg melompat mcm beruk makyeh!mcm sial!

    ReplyDelete
  12. HARI NI HO MANA SATU NAK IKUT ULAMA HAK IKUT AJARAN NABI, UMNO, PAS, MELAYU DALAM DAP, MELAYU DALAM MCA, MANA - MANA PARTI LAGI?

    ReplyDelete
  13. ikut ulama' UMNGOK la!
    Allah tu Al-muttaqin!
    kah!kah!kah!
    kalu dh bangang tu jgn la nak tunjuk hebat
    buat malu sendri,malu parti!
    so PG apa komen?xkan senyao jer kot
    hahahaha

    ReplyDelete
  14. astaghfirullah!!!
    baru bace isu pasal ayah sheikh muszaphar buat press conference pasal perkahwinan anak dia,
    orang-orang yang menabur fitnah ni tak insaf lagi ke? berdosa besar!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR