FOLLOWERS

Wednesday 23 February 2011

MALAYAN LWA JOURNAL : KES KEMALANGAN / LIABILITI !!!!!



[1995] 1 MLJ 12
Sivakumaran & Ors v Yu Pan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL WUIT NO 23–83 OF 1991

Judges KC VOHRAH J

Date 18 OCTOBER 1994
Citation [1995] 1 MLJ 12


Catchwords:

Tort — Negligence — Suicide — Foreseeability — Whether tortfeasor liable for victim’s subsequent suicide — Whether reasonable man test of foreseeability applies — Whether tortfeasor takes his victim as he finds him — Whether victim must suffer from physical or psychological predisposition to suicide before the accident

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif keempat dan tiga orang anaknya yang belum dewasa (plaintif pertama, kedua dan ketiga yang bertindak melalui sahabat wakil mereka, iaitu plaintif keempat) telah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pemandu dan pemilik, masing-masing, sebuah lori yang terlibat dalam suatu kemalangan dengan mendiang suami plaintif keempat, Selvaraj a/l Aiyavoo (‘si mati’). Si mati telah mengalami beberapa kecederaan dan sembilan bulan kemudian telah membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Plaintif menuntut kehilangan penanggung di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan menegaskan bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Sebaliknya, defendan berhujah bahawa kematian si mati itu melalui pembunuhan diri tidak boleh diramal, memandangkan rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Mound[1961] AC 388; [1961] 1 All ER 404; [1961] 2 WLR 126. Keterangan perubatan tidak dikemukakan mengenai keadaan fikiran si mati dan plaintif keempat telah menyatakan bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh diri. Juga tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa si mati mempunyai suatu kecenderungan fizikal atau psikologi yang terpendam untuk menghidap sesuatu kecederaan atau penyakit tertentu sebelum kemalangan itu.

Diputuskan:
Diputuskan menolak tuntutan itu:

(1) Rukun yang dinyatakan di dalam The Wagon Moundbahawa seseorang defendan menanggung liabiliti jika kerosakan kepada plaintif terdiri daripada jenis kerosakan yang boleh diramal oleh seseorang waras, tidak memansuhkan rukun bahawa seorang pelaku tort menerima mangsanya dalam keadaan yang dijumpainya. Oleh itu, asalkan keperluan untuk mendapatkan rawatan untuk sesuatu kecederaan itu boleh diramalkan, soalan tentang kebolehramalan jenis akibat itu tidak timbul.

(2) Di dalam kes ini, pembunuhan diri si mati tidak merupakan suatu reaksi biasa terhadap kecederaannya dan tidak boleh diramalkan, seperti yang dibuktikan oleh kenyataan plaintif keempat bahawa beliau tidak menjangka bahawa si mati akan membunuh dirinya. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa si mati telah mempunyai suatu kecenderungan psikologi untuk berasa murung dan pada hakikatnya, keterangan menunjukkan beliau adalah seorang yang betul-betul sihat sebelum kemalangan itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pihak. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

2 comments:

  1. PG..KO TAK ULAS KE AIR MANI SEPOL ADA KAT BATANG PELIR DIA, DAN ADA PULAK KAT JUBO DIA TUH!!

    APA PASAL MACAM NI?...KATA CUBAAN LIWAT, TAPI TERPANCUT AIR MANI...DAH LAH TU..KAT JUBO DIA PUN ADA MANI...PELIK...AGAK2 PANJANG BEBENO BATANG PELIR SEPOL MACAM GETAH PAIP SAMPAI TERPANCUT KAT JUBO SENDIRI...MANA BOLEH MAKNUSIA BIASA BUAT CAM TUH!!!!


    ULAS SKET LAH PG...DULU SUKA SGT ENGKO ULAS PASAL SEPOL..TAPI SKRANG SONYAPPPP YO!!!

    ReplyDelete
  2. orang tak ulas pasal mani sepol tu, mahkamah nak buktikan air mani anu war tu ada dalam si sepol tu. itulah buktinya liwat

    ReplyDelete

PETA PELAYAR