FOLLOWERS

Saturday 19 February 2011

MELAYU : CABANG PADA LIDAH PAS MAKIN BERTAMBAH !!!






PAS hari ini membentuk satu piagam yang menggariskan jaminan parti itu ke atas komitmen mengupayakan bangsa Melayu. Jaminan berkenaan dikemukakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kertas kerja yang dibentangkan terdahulu dalam satu konvensyen di Shah Alam hari ini.

Kertas kerja itu menumpukan jaminan PAS dari sudut kedudukan politik, kedudukan ekonomi dan kedudukan agama Islam. Konvensyen hari ini juga diadakan bagi melaksana strategi serampang dua mata PAS – mengukuhkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan meraih sokongan pengundi baru dari kalangan warga muda.
Dalam kertas kerja itu, Abdul Hadi menekankan "penyahan prejudis" terhadap PAS serta usaha untuk menjelaskan "cita-cita murni" parti itu dan juga menghadapi persepsi yang tergambar ke atasnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS dah mula korner baring. Korner baring adalah mainan PAS dan pemimpinnnya. Cakap mereka berbelit-belit dan fatwa mereka sentiasa berubah dari haram kepada halal , dari halal kepada haram. Dari Assobiah kepada Melayu, dari melayu ke assobiah, dari islam ke Melayu, dari melayu ke islam . Semuanya setelah melihat PAS mula hilang sokongan Melayu.

2. Yang dulunya PAS mendakwa mengapa haram sokong UMNO adalah kerana perjuangan bangsa / assobiahnya, yang dulunya iaitu baru lagi iaitu semasa PRK Tenang, Pok Nik menjahiliyahkan UMNO kerana memperjuangkan bangsa Melayu. Tetapi kini, TGHH mula membentuk piagam bagi bagi " mengupayakan bangsa Melayu islam di Malaysia. Dulu haram. Tetapi bila dah mula melihat sokongan melayu dan melayu mula menjuhkan diri dari mereka, maka yang haram dulu dan ada di kalangan PAS pun yang tak mengaku melayu mula korner baring.

3. Kebangsaan /nationalis itu haram. Kini , PAS yang semakin banyak cabang lidah mereka mula nak perjuangkan kepentingan melayu. Cuma namanya diberi yang enak sikit iaitu piagam mengupayakan bangsa Melayu Islam. Nampak sangat PAS nak bodohkan melayu islam di Malaysia. Nak bodohkan bagi mencapai cita-cita politik mereka.

4. Apa bezanya perjuangan PAS dan UMNO? Samalahlah. Malah UMNO dari dulu itulah perjuangannya iaitu membela dan mengupayakan bangsa Melayu Islam dalam segenap aspek dan tidak pernah pun berubah. Itulah yang kerajaan telah lakukan. Berbagai program, perancangan dan agensi telah ditubuhkan bagi mengupayakan melayu. Termasuk DEB.

5. Apa yang telah PAS lakukan sejak 50 tahun dulu untuk mengupayakan melayu islam? Kosong. Mengkafirkan sesama melayu islam adalah. Setiap malam di pentas ceramah. Piagam PAS untuk mengupayakan melayu islam di malaysia . Apa bendanya. Apa pengisiannya. Apa pemboleh ubahnya.

6. Tak lebih, ianya hanyalah gula-gula tanpa manisan di dalamnya. Hanya slogan kosong dan bodoh dan memperbodohkan bangsa Melayu islam di Malaysia.

7. Pengundi Muda , fikirkan. Fikirkan apa yang PAS buat ini. Dulu dan sehingga kini , diharam dan dikafirkan UMNO kerana perjuangan membela bangsa Melayu Islam. Sekarang dengan muka selamba aje , mereka mula nak perjuangankan ( cakap ajelah ) bangsa Melayu Islam.

8. Fikirkan pengundi Muda, fikirkan. Fikirkan siapa yang kafir dan assobiah sekarang? Fikirkan siapa yang munafik dan lidah bercabang. Gulongan inilah yang berkopiah sebesar bakul di kepala , ke hulu ke hilir memfitnah dan mengkafirkan sesama islam setiap minit dan saat. Mulut mereka ini jauh lebih burok dari (*&^&*&^&*(*&**&(*.

9. Cakap mereka , Ya Allah.....................Asyik nak mendoa bala kepada sesama islam. Nak pecahkan perut sesama islam. Kini terhegeh-hegeh nak menjilat balik ludah mereka kepada Melayu islam yang selama ini diperlekeh dan dihina. PG cadangkan baik adanya PAS teruskan aje perjuangan Islam PASnya dan perjuangan PAS membela pengundi Cina DAP tu. Kan selama ini Pok Nik mendakwa Pemimpin DAP dan masyarakat Cina telah mula dan lebih faham tentang islam sebab PAS perjuangkan dan memahamkan mereka?

10. Baik PAS berjuang bersama DAP bagi mengupayakan bangsa Cina DAP tu. Apa nak sibok-sibok nak upayakan bangsa Melayu Islam. Kan memperjuasngkan bangsa itu haram, assobiah, kebangsaan, jahiliyah? Mengapa menelan ludah kembali? Ingat kami Melayu islam ini bodoh seperti anda? PG bangsa menjadi Melayu Islam dan akan mempertahankan keduanya. PG tak mengganggu hak orang lain ? Salah ke?

11. Pengundi muda!!! Itulah wajah sebenar PAS. Petunjukknya sentiasa Allah sampaikan satu persatu bagi kita memikirkannya. Itupun jika kita mahu fikirkan. Bukan susah sangat kalau Allah nak tunjukkan sesuatu itu. Berbagai kaedah dan cara. Cuma cara kita memikirkannya. Itulah wajah PAS.

14 comments:

  1. TAK TAU LE APE NAK JADI DGN PARTI FLIP FLOP SESAT NIH. ARI NI CKP LAIN BUAT LAIN. ESOK BUAT LAIN CKP LAIN. YG PENING ORG2 MELAYU LA YG TERPAKSA DUDUK SEKEJAP BERPIKIR CKP BELIT2 PEMIMPIN ULARMAK SESAT NIH..HARKK PTUIHH! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. kerana orang-orang melayu diMalaysia itu beragama islam dan dengan hanya mengatakan yang sokong pas itu saja masuk syurga dan yang tidak sebagai jahiliah, Pas jelas terpesong mengkafirkan orang-orang melayu beragama islam yang tidak setuju dengan islam ala pas. Baik sangatkan orang-orang islam pas? bila sudah tidak dapat lagi sokongan orang-orang melayu islam dari parti politik lain, pas terpaksa korner baring dengan jaga hati orang-orang melayu yang tidak bersama pas.pas sedar sebenarnya DAP dan PKR tidak akan bersamanya memperjuangkan islam.

    ReplyDelete
  3. Tengok apa sudah jadi dengan orang melayu di pulau pinang? Tempat mereka berniaga carimakan pun dirobohkan. Mereka ini juga orang islam - kata nenek moyang - sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tak guna, atau bila terantok barulah terngadah.
    Maka bila abaikan orang melayu, islam juga akan terpinggir. Betullah kata Tun Mahathir. Jika tidak kerana nasionalis melayu, islam di malaysia akan terpinggir. Kerana nasionalis melayu itu orang-orang islam.
    Bila pas beriya-iya nak hancurkan umno, itu bermakna menghancurkan kekuatan dan perpaduan orang islam.PAS tidak sedar bahawa pas diperalatkan oleh musuh islam.

    ReplyDelete
  4. PKR dan DAP gunakan PAS dan xakan selama bersama memperjuangkan islam

    ReplyDelete
  5. Ape la BeNgap bebeno si PG... diikuti dgn 4 ekor BiNgai kat atas ni, patut pun korang ni jadi pengikut ToToK UMNgOk Be-eNd! Dulu, kini dan selamanya BoNgok tak sudah... BaNgang tak habis... melantun-lantun BeNgongnya!

    Ni... baca kat bawah ni! PG kalo tak paham, suruh KUDA nko jelas... sure kuda nko lebih paham dari nko! Kompom...nye! Jgn tanye P5B... dia ade komplit lima-lima "B" kat atas!

    Mingguan Malaysia - edisi mingguan Utusan - melaporkan Nik Aziz terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

    Akhbar itu juga melaporkan bahawa perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan PAS terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

    Ahmad Fadhli menjelaskan bahawa laporan tersebut merujuk kepada
    ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

    Sebenarnya, tegas beliau, mursyidul am PAS itu merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.

    Menurut Ahmad Fadhli, petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

    "Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.”

    Oleh yang demikian, tegas Ahmad Fadhli, tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

    Menurutnya, menteri besar Kelantan itu sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang Melayu, namun tidak menjadikan isu itu sebagai alat untuk menarik sokongan orang Melayu seperti Umno yang menurutnya mempergunakannya untuk kepentingan politik.

    Justeru, Ahmad Fadhli berharap akhbar tersebut tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sebarang laporan selepas ini dan berharap kerjasama dan hubungan baik akhbar tersebut dengan pejabat menteri besar Kelantan boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

    ReplyDelete
  6. Menurut Ahmad Fadhli, petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

    komen saya, jadi apahalnya mengkafirkan dan menjahiliahkan orang-orang islam yang bukan ahli pas atau tidak sealiran dengan islam ala pas? Kalau nak dakwah, pergilah pada yang belum masuk islam seperti DAP dan orang-orang seperti Karpal Singh dan Guan Eng supaya mereka-mereka ini setuju supaya jangan lagi minum arak dan berjudi dan lesen-lesen itu di hapuskan.

    Bukankah Pas sudah banyak korner baring kononnya Melayu perlu didahulukan sedangkan melayu ditanah melayu sudah beratus tahun menerima islam dan sebati dengan islam.

    Kepada Langsi - hujah hang tak boleh pakai langsung.

    ReplyDelete
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

    Pas parti oportunis - Dr. M

    Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
    mohdasron.mustapha@utusan.com.my

    HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

    ... "Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

    ... Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

    Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

    "Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

    "Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

    .....

    ReplyDelete
  8. macam mat rempitlah PASni, asyik korner baring aje.

    ReplyDelete
  9. Salam tuan PG & Sema2...,

    MELAYU : CABANG PADA LIDAH PAS MAKIN BERTAMBAH !!!

    Sejak dahulu, kini dan selama2nya bagi pengamal penyokong setarget “nging 010” belewok terjelir2 yang menghasut dan beralih pandangan bahawa Melayu bagi yang mendakwa mereka tak gembira dilahirkan sebagai keturunan itu beralih selera. Semua orang faham bahawa Melayu Islam tetap dengan pegagangan Islam. Bila Melayu yang tak mengaku Melayu, tapi hanya mengaku Islam, orang Melayu ramai berasa kecewa. Orang Islam bukan penduduk Malaysia tidak bersekongkol dengan orang Melayu disini. Jadi, mahu tidak mahu untuk pendekatan, ostat wolly trimuphah akan ”kesut” cari Melayu sebagai jambatan menjelang PRU ke 13. Sudah terlambat. Selepas ini, sanggupkah pemimpin ini menjadikan parti ini sebuah parti Islam demokrat dan melalui pendekatan menjamin nilai-nilai konservatif yang sesuai dengan nilai daripada agama konservatif lain yang mereka pertahankan...!!! Langsi(ur) baca ini sebahagian darinya;

    Ikuti fatwa siapa ini;
    “Allah itu maha samseng”
    “Allah itu maha mencarut”
    “Allah maha sombong”
    “Berkerjasama dengan syaitan”

    siapa sokong Pas masuk syurga
    undi pas 3 kali dapat pahala haji
    tak undi pas adalah orang jahiliah masuk neraka
    marilah sholat perdana
    marilah doa perdana
    biar pecah perut orang umno
    macam mana cara nak hapus umno...
    supaya dapat ke putra jaya,

    Bersama pemimpin meminati target nging 010

    P5B. Tunggu sambungan seterusnya.

    ReplyDelete
  10. KAH!KAH!KAH!
    UMNGOK MA..PALANCAU PUN BOLE..
    CKP LEN STATE LEN!
    TU YG JD NGING TU KAH!KAH!KAH!

    P5NGING

    ReplyDelete
  11. 21 1357, pengikut defender sharpshooter target nging 010 ada respon kalu. Wow..., jual manusia ning lagi mahal dari onta.

    P5B...

    ReplyDelete
  12. NGING SOKMO!

    P5NGING

    ReplyDelete
  13. P5B... awat la BeNgap sgt, melantun-lantun BoNgok nko ni!

    Tu cerite lama... TGNA dah jawab sendiri maksud kata Tuhan juga mencarut; samseng dsbnyaa. Cuma nko je yg taknak paham sebab dok celik mata tengok UtusanMeloya... berite meloyakan tekak pun korang baca dgn penuh TOTOK!

    MCA tak setuju hudud dan permainkan seruan azan serta isu salam bukan muhrin nko taknak komen ke.... Awat la BaNgang bona budak seko ni, BiNgai boto ekau ni!

    ReplyDelete
  14. P5NGING NEH BKN XNK PAHAM DOL?
    SAMADA DIA MMG X PAHAM(DH TUA OTAK BEKU)/BUAT2 BeNgap SEBAB MMG BeNgap!

    ORG TUA DOL..ASKAR PENCEN PLAK TU
    SPESIS DGN HINDU NI KALU X JILAT X BERASAP DAPOR

    DEMI SESUAP NASI....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR