FOLLOWERS

Thursday, 14 July 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENGAMBILAN ANAK ANGKAT !!!!



[1994] 2 MLJ 635
Re Baby M (an infant) (adoption: consent)
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ADOPTION APPLICATION
NO 34–01–93 (TOGETHER WITH ORIGINATING SUMMONS
24–928–93)

Judges VISU SINNADURAI J

Date 13 JUNE 1994

Citation [1994] 2 MLJ 635



Catchwords:


Family Law — Adoption — Consent — Dispensation of — Refusal of natural parents to give consent — Whether consent unreasonably withheld — Court’s power to dispense with consent — Factors to be considered — Welfare of child — Other parties — Adoption Act 1952 s 5(1)

Family Law — Adoption — Consent — Revocation of consent — Effect of — No express consent at date of hearing — Effect of — Court’s power to dispense with consent


Family Law — Adoption — Consent — Unreasonably withholding — Meaning of reasonableness — Totality of evidence — Whether hypothetical reasonable parent would have withheld consent — Welfare of child — Principles applicable


Family Law — Adoption — Infant — Neglect by natural parent — Infant in need of medical attention — Refusal by natural parent to give consent — Whether factor to be considered in dispensation of consent


Family Law — Adoption — Procedure — Duties of the court — Duties of guardian ad litem — Circumstances where court may make interim order instead of final adoption order — Adoption Act 1952 ss 12,



Bahasa Malaysia Summary:


Ibu bapa kandung seorang bayi, M, yang berumur 61Ú2 minggu, telah bersetuju memberinya kepada ibu bapa angkat yang dicadang (‘Encik dan Puan A’) sebagai seorang anak angkat. Sepucuk surat memberi persetujuan telah ditandatangani oleh kedua-dua ibu bapa kandung, memberi persetujuan formal mereka kepada pengambilan anak angkat itu. Encik dan Puan A telah membawa M balik bersama mereka.

Selepas itu, ibu bapa kandung nampaknya telah memikirkan sekali lagi mengenai pengambilan anak angkat itu dan telah mengeluarkan suatu saman pemula untuk mendapat balik M di bawah ss 5 dan 13 Akta Penjagaan Budak 1961. Mereka telah mengatakan bahawa mereka tidak memberi persetujuan untuk pengambilan anak angkat itu dan bahawa surat persetujuan itu tidak sah. Dalam jawapan mereka, Encik dan Puan A telah berhujah bahawa persetujuan yang pada mula-mulanya diberi kepada mereka oleh ibu bapa kandung itu adalah sah; sebagai alternatif, bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mengetepikan keperluan persetujuan itu di bawah s 5(1)(c) Akta Pengangkatan 1952 (‘Akta Pengangkatan itu’) atas alasan bahawa persetujuan itu enggan diberi secara tidak munasabah.

Semasa pendengaran itu kedua-dua pihak bersetuju bahawa isu tunggal yang berkaitan dengan pengambilan anak angkat itu, iaitu isu persetujuan itu, didengar sebagai suatu isu permulaan. Tindakan ini kemudiannya diteruskan atas asas bahawa tidak terdapat persetujuan yang nyata oleh ibu bapa kandung dan bahawa hakim perbicaraan mesti memutuskan sama ada persetujuan boleh diketepikan oleh mahkamah atas alasan bahawa ia enggan diberi secara tidak munasabah oleh ibu bapa kandung itu. Suatu perintah interim telah dibuat supaya M tinggal dalam jagaan Encik dan Puan A, dengan akses diberi kepada ibu bapa kandung, sementara menunggu keputusan tindakan itu.


Diputuskan:
Diputuskan, memerintahkan supaya keperluan persetujuan itu diketepikan:


(1) Di antara keperluan yang paling penting yang mahkamah perlu berpuas hati tentang sebelum membuat sebarang perintah pengambilan anak angkat adalah, persetujuan ibu bapa kandung; dan keperluan kanak-kanak itu supaya berada di dalam jagaan dan milikan berterusan ibu bapa angkat untuk suatu tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan selepas tarikh perintah itu. Secara am, persetujuan ibu bapa kandung kanak-kanak itu adalah wajib sebelum pengambilan anak angkat itu. Akan tetapi, mahkamah boleh mengetepikan persetujuan ini di dalam keadaan tertentu yang diperuntukkan di bawah s 5(1) Akta Pengangkatan itu.

(2) Ujian yang perlu digunakan oleh mahkamah apabila menentukan sama ada persetujuan enggan diberi secara tidak munasabah oleh ibu bapa kandung merupakan suatu ujian objektif, iaitu ujian kemunasabahan. Apa yang menjadi munasabah atau tidak munasabah merupakan suatu soalan fakta dan adalah penting supaya mahkamah menimbang keseluruhan fakta kes itu. Di dalam kes ini, ujian untuk menentukan kemunasabahan merupakan ibu bapa hipotesis yang munasabah dan apabila memutuskan sama ada ibu bapa hipotesis yang munasabah akan atau enggan memberi persetujuan, mahkamah mesti mempertimbangkan beberapa faktor, antara lain, kebajikan kanak-kanak itu dan kedudukan pihak yang lain seperti ahli-ahli lain di dalam keluarga yang akan mengambil anak angkat itu.

(3) Memandangkan keseluruhan keterangan, di dalam kes ini, lebih-lebih lagi bahawa kanak-kanak itu sangat diabaikan oleh ibu bapa kandung dan hakikat bahawa kanak-kanak itu memerlukan rawatan perubatan, ini merupakan suatu kes di mana persetujuan enggan diberi secara tidak munasabah oleh ibu bapa kandung dan oleh itu, persetujuan itu boleh diketepikan.

(4) Hakikat bahawa ibu bapa angkat berada dalam keadaan kewangan yang lebih baik berbanding dengan ibu bapa kandung tidak merupakan suatu faktor yang penting yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah apabila membuat keputusan sama persetujuan enggan diberi secara tidak munasabah.


(5) Isu mengenai persetujuan mesti diputuskan pada tarikh pendengaran itu dan tidak lebih awal daripada itu.


Obiter:


(1) Apabila suatu permohonan untuk suatu perintah pengambilan anak angkat dibuat ke mahkamah, mahkamah boleh melantik seorang penjaga ad litem untuk kanak-kanak itu dan kemudiannya mengatur masa untuk pendengaran permohonan itu. Penjaga ad litem itu diperlukan untuk menyiasat sama ada ibu bapa angkat itu mempunyai sumber pendapatan dan kedudukan untuk mendidik kanak-kanak itu secara betul dan hak dan kepentingan di dalam harta yang dimiliki oleh kanak-kanak itu. Penjaga ad litem itu juga boleh mempertimbangkan sama ada, untuk kebajikan kanak-kanak itu, mahkamah sepatutnya diminta untuk membuat suatu perintah interim, atau dalam membuat suatu perintah pengambilan kanak-kanak itu, mengenakan sebarang terma dan syarat.

(2) Di dalam keadaan yang tertentu, mahkamah boleh membuat suatu perintah interim, dan bukan suatu perintah muktamad untuk pengambilan anak angkat, memberi jagaan kanak-kanak itu kepada pemohon untuk suatu tempoh enam bulan kepada dua tahun melalui cara tempoh percubaan atas terma mengenai peruntukan untuk penanggungan, pelajaran, dan pengawasan kebajikan kanak-kanak itu. Akan tetapi, suatu perintah interim tidak patut dibuat di mana perintah pengambilan anak angkat itu akan menyalahi undang-undang.

(3) Di dalam prosiding pengambilan anak angkat, tidak seperti kedudukan di dalam kes jagaan, undang-undang memperuntukkan bahawa kebajikan kanak-kanak itu hanya merupakan satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah; manakala di dalam kes jagaan, kebajikan kanak-kanak itu merupakan pertimbangan yang utama. Akan tetapi, ini tidak bermaksud bahawa apabila mempertimbangkan kemunasabahan kerana enggan memberi persetujuan di dalam prosiding pengambilan anak angkat, kebajikan kanak-kanak itu tidak begitu penting.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

1 comment:

PETA PELAYAR