FOLLOWERS

Monday, 4 June 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERCERAIAN / PERINTAH LARANGAN MEMASUKI RUMAH !!!!!



[1995] 3 MLJ 130
Chan Ah Moi v Phang Wai Ann
Case Details:

                Malaysia             

                Judges ABDUL MALIK ISHAK J

                Date      28 JUNE 1995

                Citation                [1995] 3 MLJ 130



Catchwords:

Family Law — Relations between husband and wife — Non-molestation order — Prerequisites — Applicability of Domestic Violence Act 1994 — Domestic Violence Act 1994 ss 2, 5 & 13 — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 103

Family Law — Relations between husband and wife — Exclusion order — Whether court can grant order excluding husband from matrimonial home — Civil Law Act 1956 s 3

Bahasa Malaysia Summary:

Ini adalah suatu petisyen ex parte oleh pempetisyen sebagai seorang isteri yang telah diserang-sentuh. Pempetisyen dan penentang, iaitu suaminya, telah mendiami rumah yang berasingan selama lapan tahun apabila penentang telah menyerang pempetisyen dengan sebilah pisau panjang, dan mengakibatkan kecederaan serius kepada beliau. Penentang telah ditangkap dan disabit atas suatu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) (‘Kanun Keseksaan’). Beliau telah dihukum penjara selama 41Ú2 tahun dan dijangka akan dibebaskan pada 19 Ogos 1995. Oleh kerana penentang akan dibebaskan tidak lama lagi, pempetisyen telah membuat petisyen untuk perintah tidak mencabuli dirinya dan suatu perintah ketakmasukan ke dalam mana-mana kawasan di dalam kediaman suami isteri di mana beliau tinggal dan juga kawasan di mana kediaman suami isteri itu terletak.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan petisyen itu:

(1) Di bawah s 103 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (‘Akta itu’), jika pempetisyen telahpun memfailkan prosiding untuk pembubaran perkahwinan atau memberi akujanji untuk berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan oleh mahkamah, perintah tidak mencabuli dirinya itu akan dibenarkan. Ini telah dilakukan oleh pempetisyen di dalam kes ini kerana beliau telah memfailkan prosiding untuk pembubaran perkahwinannya.

(2) Tidak terdapat peruntukan di dalam Akta itu untuk suatu perintah ketakmasukan. Bagaimanapun, di mana terdapat suatu lakuna di dalam undang-undang di Malaysia, prinsip common law di England boleh digunakan seperti yang diperuntukkan oleh s 3 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Walaupun suatu perintah ketakmasukan mungkin merupakan suatu remedi yang kejam, ia adalah suatu keburukan yang perlu. Oleh kerana penentang mempunyai rumah untuk kembali kepada apabila dilepaskan dari penjara dan tidak payah memikirkan tentang tempat kediaman, perintah ketakmasukan itu dibenarkan.

Obiter

Walaupun s 5 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (‘AKRT’) membayangkan suatu perintah perlindungan jangka masa panjang di mana si suami telah dituduh atas jenayah yang termasuk dalam definisi keganasan rumah tangga, pada masa penentang dijatuhkan hukuman pada 7 Oktober 1992, AKRT belum diperundangkan. Jika AKRT telah berkuatkuasa pada masa penentang dituduh di bawah Kanun Keseksaan, ini akan membawanya ke dalam erti maksud ‘keganasan rumah tangga’ yang ditakrif dalam s 2 AKRT dan perintah perlindungan yang dibayangkan dalam s 13 AKRT juga boleh digunakan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR