FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PRK BAGAN PINANG. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PRK BAGAN PINANG. Show all posts

Tuesday, 13 October 2009

UNDI POS : SIAPA DIA NI NAK BERDEBAT DENGAN MB NS ?


Harakahdaily

Pertikai Undi Pos: Suhaizan cabar Mohamad Hassan berdebat
Nazri Abdullah Tue Oct 13, 09 3:52:27 pm MYT


Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat membuat cabaran debat tersebut melalui blognya http://kentong-suhaizan.blogspot.com menamakan dirinya sebagai wakil PAS dan mencabar Mohamad Hassan atau Pemuda Umno mewakili parti pemerintah itu.

............................."Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia,"tulisan di laman blognya dipetik. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa dia ni yang nak ajak MB Negeri Sembilan berdebat mengenai undi pos? Tak ukur baju di badan sendiri ke.

2. Siapa dia ni? Bijak sangat ke? Tajuk debat pun tak betul dan nampak sangat biasnya. Belum lagi nak berdebat.

3. Apa nak bising-bising. Dah kalah udah le. Diam. Kalau ada bukti undi pos diselewengkan pergi ke mahkamah dan minta perintah mahkamah. Buat repot polis. Boleh tuduh jika ia berlaku kerana memalsukan undi pos dan menggunkan dokumen ini sebagai benar. Dua kesalahan berlaku jika benar. Jadi apa nak bising-bising nak berdebat. Nak selesaikan masalah , bawa ke mahkamah. Setakat bercakap di kaki lima semua orang boleh bercakap.

4. Cara anda menerima kekalahan di Bagan Pinang pun boleh naik menyampah pengundi Bagan Pinang untuk enam keturunan . Parti anda katakan , " ia kemenangan perasuah, perasuah yang menang ". Ia seolah-olah pengundi Bagan Pinang ini bodoh sangat. Dengan tuduhan anda dan parti anda begini terhadap pengundi Bagan Pinang: adakah akan menjamin pengundi dan undi pos juga akan menyokong anda dalam PRU13?

5. Lupakanlah. Baik diam sahaja. Lagi banyak anda dan parti anda bercakap lagi nampak kedunguan anda dan parti anda. Berlapang dadalah. Itukan diajar oleh islam. Negara ini sudah ada jentera yang cekap dan ada medan untuk semua pihak selesai masalah. Mahkamah lah tempatnya.

6. Berhentilah dari berlagak bodoh sombong tu .

Monday, 12 October 2009

PRK BAGAN PINANG : DAH KALAH TU , DIAM AJE LE !



Setelah Tan Sri Isa menang PRK Bagan Pinang berbagai tajuk dan ulasan keluar dari mulut pemimpin dan bloggers penyokong PR. Di antara lain ialah :

1. UMNO menang di Bagan Pinang tapi kalah menentang rasuah. ( Salahuddin Ayub )
2. Antara maruah dan rasuah. UMNO hanya menang rasuah tapi kalah maruah. ( YB Siti Mariah ).
3. . Pengundi Bagan Pinang pilih rasuah dari maruah. ( Dr Lo Lo ).
4. Kalah dalam menang. Menang menentang rasuah ( Ustat Al Mahfuz ).
16. Dan banyak lagi le yang lain.... ..................lebih kurang sama aje le.......................
Dan berbagai lagilah ulasan mereka ini untuk mengubati kekecewaan PAS kalah di Bagan Pinang.

2. Sudah kalah tu, sudahlah. Apa nak bising-bising lagi. Terimalah dengan hati terbuka. Lihat kelemahan diri sendiri. Jangan asyik menuding jari bagi meletakkan kesalahan pada orang dan parti lain. Tidak bijak namanya. Takkan pengundi Bagan Pinang ( seramai 8 ribu lebih memilih ISA ) bodoh sangat .

3. Mereka bukan pilih calun sahaja . Mereka juga akan melihat parti. Melihat dasar pejuangan yang meyakinkan mereka atau tidak. Bukan pengundi Bagan Pinang buta huruf.

4. Cukuplah-cukuplah memperbodohkan pengundi. Pengundi ini pun ada otak dan fikiran malahan lebih cerdik dari anda dan kita semua. Adat pertandingan, ada lah kalah menang. Jadi bila kalah dan mahu bangkit kembali , kita semua perlu melihat faktur dalaman dahulu. Dalam mana-mana pertandingan sukan umpamanya, ahli-ahli sukan terkenal akan memberi faktur kekuatan dalaman dan kekuatan untuk memperbaiki diri sendiri dan melawan diri sendiri itu adalah faktur utama kekuatan dan kemenangan mereka.

5. Dah kalah , diam aje le. Ada lagi PRK selepas ini. Kalau tak ada pun, PRU tak lama lagi akan menjelang. Jadi dari sekarang , semua parti baik merangka strategi masing-masing bagi mencapai kejayaan. Asyik menyalahkan orang lain tak akan membawa ke mana.

6. Kalau nak bercakap dan memberi pandangan pun, biarlah sepadan dengan keterampilan kita. Ini songkok dan kopiah, tanda hitam lebam di dahi , jubah menyapu tanah, tetapi mulut : Ya Allah , mengalah kita semua yang berpakaian dan berketerampilan biasa ini.

.................................Dengan ulasan-ulasan dan pandangan sebeginilah maka pengundi-pengundi di kawasan lain pun makin jauh hati dengan PAS dan PR, seolah mereka bodoh semuanya kerana tidak memilih parti dan pakatan mereka. Tak berfikir ke pemimpin mereka ini?
Nota : Untuk lebih jelas lihat kritikan pendokong PAS terhadap kepimpinannya di SINI.

Sunday, 11 October 2009

PRK BAGAN PINANG : BN MENANG BESAR !



TAHNIAH TAN SRI ISA SAMAD


Tahniah Tan Sri Isa Samad kerana memenangi kerusi DUN Bagan Pinang. Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini. Inilah mengapa Tan Sri Isa digelar Cencaru makan petang. Inilah kelebihannya.

2. Tahniah kepada pengundi Bagan Pinang yang telah menyempurnakan tanggungjawab anda dengan baik sehingga lebih dari 81.65 % yang keluar mengundi.

3. Semuga PRK dan PRU akan datang akan berlangsung dengan suasana yang lebih aman dan tenteram. PG berharap pihak keselamatan lebih tegas dalam menangani spesis -spesis yang terlepas dari zoo di Bagan Pinang dan tentukan spesis yang ditangkap hari ini dituduh di Mahkamah secepat mungkin atas apa tuduhan pun. Paling tidak tuduh mereka ini membuat gaduh gempar di bawah kanun Keseksaan.

4. Tahniah .

Saturday, 10 October 2009

PRK BAGAN PINANG : JANGAN DENGARLAH JANJI BARU DSAI !


Penghuni Gua : Pengundi Bagan Pinang diseru jangan percayalah janji-janji baru DSAI yang datang ke Bagan Pinang semalam dan hari ini. Janji di atas pun masih tersangkut dan tidak tertunai. Banyak lagi yang lain. Cakap sekadar keluar air lior je buat apa.

2. Mungkin DSAI akan berjanji untuk tunaikan janji di atas sempena Depavali atau Tahun Baru Cina atau Hari Raya Haji kot. Tengok le mana yang terdahulu. Semua orang boleh kalau bab berjanji.

3. Kepada pengundi Bagan Pinang : Selamat mengundi pada hari esok dengan penuh bijaksana dan aman damai.

Thursday, 8 October 2009

PRK BAGAN PINANG : BN RASUAH TENTERA ? BACA LE UNDANG-UNDANG SIKIT !



PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanOkt 8, 091:45pm



kemaskini 2.58pm Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG paparkan semula sebahagian dari kes mahkamah terdahulu berkaitan isu di atas. Adakah sebarang janji pembangunan seperti jambatan, bangunan, padang bola yang dijanjikan oleh pemimpin sesebuah kerajaan semasa satu-satu PRU atau PRK di adakah seperti di PRK Bagan Pinang adalah bukan satu perbuatan jenayah rasuah.

2. Dalam kes terdahulu, YAA Hakim telah memutuskan bahawa janji pemimpin sesebuah kerajaan bukan rasuah. Di bawah ini di paparkan semula kes berkenaan yang dipetik dari Blog : Penasihat Undang-Undang UMNO ( Dato Hafarizam ).

3. .....................Saya berpendapat bahawa kenyataan tersebut tidak menyalahi mana-mana Seksyen samada Seksyen 1o(a), 11 ataupun 32(c) di dalam Akta Kesalahan Pilhanraya, 1954 malah ianya bersesuaian dengan nas undang-undang terlapor di dalam kes Re Pengkalan Kota Bye-Election Teoh Teik Huat v. Lim Kean Siew & Anor [Penang -Election Petition No. 1 of 1981] dimana keputusannya telah diberikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sangat disegani dan dihormati di kalangan Hakim-Hakim negara Komanwel iaitu Yang Arif Abdoolcader J. Kes tersebut telah menyandar kepada 2 otoriti undang-undang di negara India iaitu kes Mahkamah Agung India iaitu Gahsi Ram v Dal Singh AIR 1968 SC 1191 dan Om Prabha Jain v Abnash Chand AIR 1968 SC 1083.

Di dalam Re Pengkalan Kota Bye-Election, supra YBM Tengku Razaleigh Hamzah, sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan, di dalam siri ceramah kempennya telah berkata "if we (meaning the Barisan Nasional) win, we shall make allocation (in the Malay version using the words "plenty of money") to bring more development for the benefit of the people in the area". YA Abdoolcader telah memutuskan, dengan ringkasnya bahawa:

"Did not perforce pose or constitute a promise or pre-engagement by him in his personal capacity with any corrupt intention of any designated sum of money or valuable consideration to or for any one or more particular elector or voter for corrupt inducement to exert his or her personal predilection at the polls in favour of the 1st respondent but were in effect and in intention no more than a broad political articulation in his office as Minister of Finance of the party in power's potential pull on the public purse-strings to pursue promises, propitiate pleas and propel and promote projects and programmes for amelioration and development in the constituency for the benefit and progress of that locality and all its commorants generally if the ruling party gained the seat in contest and that he was personally in a position within the pale of his portfolio as the Minister to sanction schemes and endorse expenses on behalf of the government to this end. To hold otherwise in the circumtances of this case would be to effectuate and sanction a spurious conversion of political proclamations and catchwords manifested as a promise of public action into an inflexible electoral offence with criminal connotations berefet of the essential prerequisities therefor".

Justeru itu, untuk faedah pembaca-pembaca blog saya yang tidak ada latarbelakang undang-undang, ianya bermaksud bahawa apajua janji pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan yang berkuasa tidaklah bermaksud perbuatan rasuah seperti maksud Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Saya masih ingat lagi, sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir lewat tahun 2004 (jika saya tidak silap), Kerajaan Pas Negeri Kelantan telah menaikkan suatu 'billboard' yang besar di sekitar bandar Pasir Mas (terutamanya di sekitar stesyen keretapi Pasir Mas) bahawa suatu jambatan bertingkat akan dibina jika kerusi Pengkalan Pasir kekal dengan PAS. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa '2 wrongs make 1 right' tetapi prinsipnya adalah sama iaitu, jika Kerajaan yang berkuasa ingin membawa perubahan kepada rakyatnya ianya tidak menyalahi undang-undang. Begitulah juga sewaktu manifesto pakatan pembangkang di negeri Selangor di pilihanraya yang lalu, iaitu diskaun terhadap bil air dsb.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang salah disebabkan oleh kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri termasuklah janji beliau, selaku pemimpin No 2 Negara, jika BN menang di Manek Urai, jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru akan direalisasikan serta-merta. YAB Timbalan Perdana Menetri adalah seorang yang luas pengalamannya di dalam politik, malah sewaktu beliau menjawat jawatan Naib Presiden UMNO beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pindaan Perlembagaan dan Peraturan Parti (dimana saya adalah jurudraf), tentulah beliau sangat mementingkan kepatuhan undang-undang. Oleh itu, saranan saya adalah jangan terpedaya dengan taktik pakatan pembangkang yang hanya ingin memutar-belit fakta.

Posted by hafarizam at 6:29 PM
............................................................................................


4. Jadi PG berpendapat , aduan dan dakwaan PAS di atas adalah dakwaan kosong tanpa hujah yang bernas. Hanya hujah kampung yang tidak perlu diambil perhatian.

5. Hanya nak menunjuk pandai tetapi tidak bertempat dan hanya tong kosong. Ada penasihat Undang-Undang pun dari parti mereka hanya tidor dan berbunyi mengikut masa dan ketika. Inikah kebijaksaan pemimpin dan parti yang akan memerintah negara dalam PRU 13?

6. Adakah Pengundi Bagan Pinang hendak memilih pemimpin dan parti begini untuk menjaga amanah negara? Dalam isu sebegini pun mereka terlaLu dangkal dalam hal perundangan. Nak memerintah negara?

7. Maaf le kalau PG nak menyokong apalagi nak memangkah mereka. Tolong !

UNDI POS BERGANDA : KALAULAH PAS MENANG DI PRK BAGAN PINANG ......


Utusan Malaysia

8 okt 2009

SPR jamin daftar pemilih Bagan Pinang bersih



PUTRAJAYA 7 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan daftar pemilih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah bersih.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hasil semakan hari ini mendapati tiada nama pengundi yang wujud dua kali dalam daftar pengundi di Bagan Pinang.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan meneruskan semakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat pengundi pos di Bagan Pinang yang turut disenarai dalam daftar pemilih di kawasan lain. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Heboh tentang Undi pos berganda nama di PRK Bagan Pinang. PAS mendakwa undi pos tentera telah berganda iaitu seorang tentera mempunyai 2 daftar pemilih iaitu satu undi pos dan satu lagi daftar undi biasa. Kononnya tentera yang telah pencen disamping daftar undi pos juga mereka mendaftar sebagai pengundi biasa.

2. Pengundian undi pos telah bermula pagi ini. PAS ada ura-ura hendak ke mahkamah jika isu undi pos berganda ini tidak dibersihkan oleh SPR. SPR seperti kenyataan di atas menafikan undi pos berganda. Ia mengatakan daftar pemilih yang dikeluarkan dan digunakan dalam PRK Bagan Pinang adalah bersih dari segela apa yang didakwa.

3. Apa yang nak dibangkitkan oleh PG ialah : Sekiranya calun PAS menang dalam PRK Bagan Pinang ini , dan isu pengundi berganda masih belum selesai ( seperti kehendak PAS agar SPR tangguhkan PRK ini ) , adakah PAS dan calunnya ini akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Bagan Pinang?

4. Kalau atas prinsip PAS dan calun nya wajib meletakkan jawatan sebagai ADUN Bagan Pinang kerana pada PAS undi posnya berganda. Dan PAS amat menitik beratkan keadilan. Jadi sehingga kini SPR tetap dengan keputusannya bahawa daftar pemilih Bagan Pinang bersih dari undi berganda dan PAS pula mati-matian mengatakan ia berganda dan daftar pemilih tersebut tidak bersih.

5. Jadi persoalannya : ADAKAH PAS DAN CALUNNYA AKAN ISTIHARKAN KEKOSONGAN KERUSI DUN BAGAN PINANG WALAU PUN IA MENANG NANTI?

6. Jawab jangan tak jawab. Kalau ikut prinsipnya kena le kosongkan kerusi dan buat PRK baru danb sebelum PRK baru , perlulah PAS membersihkan daftar pemilih tentera yang didakwa berganda tersebut terlebih dahulu. Jadi tak le perlu nanti nak ke mahkamah pula untuk mohon penangguhan dalam PRK kedua nanti. BERANI KE ?

Monday, 5 October 2009

SALEHUDDIN AYOB KATA AZEEZ BOHONG ! YA KE !






Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Salahuddin Ayub kata dakwaan AZeez bohong. PG berpendapat Azeez tidak bohong tentang dirinya dipukul. Bab pukul ini apa hairan sangat. Memang PAS kerap pukul orang.

2. Jangan kan kata pukul pemimpin parti lawan, isteri sendiri pun dipukul jika tak dapat .......... Lihat gambar :



3.Ingat ke peristiwa ini? Kesnya pun masih berjalan. Ketua Dewan Ulama Pas Perlis ini mungkin akan dituduh di mahkamah tidak lama lagi.

4. Juga kita semua tanya PAS ! PAS dan pemimpinnya begitu prihatin jika wanita-wanita dianiaya ni. Contohnya di PRK Permatang Pasir , mereka semua bela ( kononya lah ) habis-habisan bekas isteri kedua Rohaizat. Dalam kes isteri Ketua Dewan Ulama PAS Perlis ini, nak menjengok muka bertanya khabar pada isteri teraniaya ini pun tidak.

5. Nak lihat ketua Dewan Muslimat PAS Pusat melawat ? Jauh sekali le. Sehingga kini tak pernah menjengok muka pun. Harap peluk dan dakap si Eli Telanjang tu boleh le sampai bercucuran air mata. Tak cukup air mata Muslimat PAS ini membela Eli Telanjang di Selangor.

5. Inilah wajah munafik PAS. Ini kah yang hendak kita pilih untuk menjaga amanah Allah. Lupakanlah. Jadi , bab pukul memukul ini dah tak jadi hairan dalam PAS dan pemimpin serta penyokongnya. Di atas tu pun hanya satu contoh.

6. Contoh keduanya ialah insiden ugut dan pukul serta ugutan jenayah oleh anak beranak seorang YB PAS di Kelantan ( pun sudah jadi kes polis ) terhadap bekas isteri kedua YB ini ( Isteri kemboja menuntut RM 3 juta ) . Jadi tidak hairan bab pukul memukul ini.

7. Kalau dilihat di Pakistan, Afghanistan dan di Indonesia pun dan beberapa negara islam lain pun, mereka yang berketerampilan macam nilah yang kerap bergaduh dan berbunuhan dan bom sana sini membunuh orang islam kerana merasakan mereka lebih islam dari yang lain.

7. Ok apa contoh ini !!!!!

Tuesday, 29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : PJ NS ZUKEFLY MOHAMAD OMAR PILIHAN PAS !


Berita Harian

29 sep 2009


PORT DICKSON: Pas memilih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, sebentar tadi.

Penghuni Gua : Tahniah kepada Pesurohjaya PAS NS Zukefly Mohamad Omar atas pemilihan beliau sebagai Calun PR bagi PRK Bagan Pinang.

2. Selamat bertanding dengan berhemah dan semoga demokrasi terus subur dalam keadaan yang terus aman dan damai.

Thursday, 17 September 2009

PRK BAGAN PINANG : PAS NAK MASUK KEMPEN DI KEM TENTERA!



Pemuda PAS menuntut parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dibenarkan bertemu dan berkempen di kalangan pemilih pos di kem-kem tentera.Tuntutan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu memorandum dewan tersebut yang diserahkan di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa yang PAS dan PR terlalu sibok hendak masuk berkempen di kem Tentera semasa PRK Bagan Pinang? Dulu hanya minta wakil calun datang semasa pengundian sahaja. Dah di benarkan pun. Sekarang minta nak masuk kempen pulak!

2. Mengapa sibok sangat dengan undi pos tentera dan polis? Dulu kecam sangat pasukan keselamatan . Dikatanya anjing kerajaan. Tentera menjalankan latihan dengan pihak polis sebelum PRU12 dikecam habis-habisan kerana dikatanya anjing kerajaan, pasukan keselamatan berpihak fan berbagai makim hamun dari pohak munafik ini.

3. Sekarang terkinja-kinja nak masuk kempen di kem tentera dan mungkin juga di berek-berek polis.

4. Kepada pihak tentera , jangan sesekali benarakan. Pasukan keselamatan adalah benteng terakhir bagi keselamatran negara. Jangan sesekali benarkan parti politik memasuki kem atau berek polis bagi menjalankan kempen ( apa bentuk pun ). Ini kerana jika dibenarkan maka akan berlaku berbagai perkara buruk sesama anggota keselamatan dan mungkin perkelahian dan pertentangan di dalam sesuatu unit yang mana kesatuan adalah aset utama dalam kekuatan sesuatu pasukan keselamatan.

5. Jika dibenarkan parti politik datang berkempen maka ujud ketidaktentuan dan mengganggu kesetian dan tumpuan pasukan keselamatan di dalam tugas. Pergeserana akan ujud yang mana ini nantinya akan bercanggah dengan tugas seharian dan ujud unsur berpuak di dalam pasukan keselamatan dan ini amat merbahayakan keselamatan dan keutuhan sesebuah negara.

6. Cukuplah kepen di luar dan cukuplah dengan berbagai saluran kempen melalui media cetak dan elektronik serta berbagai media lagi yang mana semua pasukan keselamatan boleh mendapatkan maklumat mengenai calun pilihan masing-masing. Jangan membenarkan pelacur-pelacur poltik ini meracuni fikiran pasukan keselamatan dan unsur maki hamun dan fitnah secara langsung.

7. Pasukan keselamatan adalah wajah sesebuah negara. Jika sudah ada puak di dalamnya maka musnahlah sesebuah negara dalam masa panjang.

8. Cukup-cukuplah bepolitik. Tak letih ke asyik berceramah, memfitnah dan memaki hamun dan memperbodohkan rakyat di luar. Selama ini pun tak ada halangan bagi pasukan keselamatan untuk mendengar ceramah di luar kem. Syaratnya jangan tinggal tugas dan terlibat dengan perhimpunan haram dan ceramah haram. Itu sahaja.

9. Cukuplah lacuran yang telah dilakukan selama ini oleh pihak ini. Jangan sesekali pasukan keselamatan dan SPR atau kerajaan berlembut dan membenarkan desakan ini hanya atas alasan demokrasi atau bagi menunjukkan sifat popular kerajaan. Dalam hal-hal-hal tertentu kerajaan perlu bertegas dan jangan sesekali melayani desakan pelacur politik ini manjahanamkan pasukan keselamatan.

10. Dulunya separuh nyawa mengecam pasukan keselamatan. Sekarang semua maki hamun terhadap pasukan keselamatan nak di telan balik. Tak tahu malu ke pihak-pihak ini?

PETA PELAYAR