FOLLOWERS

Thursday 8 October 2009

UNDI POS BERGANDA : KALAULAH PAS MENANG DI PRK BAGAN PINANG ......


Utusan Malaysia

8 okt 2009

SPR jamin daftar pemilih Bagan Pinang bersih



PUTRAJAYA 7 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan daftar pemilih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah bersih.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hasil semakan hari ini mendapati tiada nama pengundi yang wujud dua kali dalam daftar pengundi di Bagan Pinang.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan meneruskan semakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat pengundi pos di Bagan Pinang yang turut disenarai dalam daftar pemilih di kawasan lain. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Heboh tentang Undi pos berganda nama di PRK Bagan Pinang. PAS mendakwa undi pos tentera telah berganda iaitu seorang tentera mempunyai 2 daftar pemilih iaitu satu undi pos dan satu lagi daftar undi biasa. Kononnya tentera yang telah pencen disamping daftar undi pos juga mereka mendaftar sebagai pengundi biasa.

2. Pengundian undi pos telah bermula pagi ini. PAS ada ura-ura hendak ke mahkamah jika isu undi pos berganda ini tidak dibersihkan oleh SPR. SPR seperti kenyataan di atas menafikan undi pos berganda. Ia mengatakan daftar pemilih yang dikeluarkan dan digunakan dalam PRK Bagan Pinang adalah bersih dari segela apa yang didakwa.

3. Apa yang nak dibangkitkan oleh PG ialah : Sekiranya calun PAS menang dalam PRK Bagan Pinang ini , dan isu pengundi berganda masih belum selesai ( seperti kehendak PAS agar SPR tangguhkan PRK ini ) , adakah PAS dan calunnya ini akan meletakkan jawatan sebagai ADUN Bagan Pinang?

4. Kalau atas prinsip PAS dan calun nya wajib meletakkan jawatan sebagai ADUN Bagan Pinang kerana pada PAS undi posnya berganda. Dan PAS amat menitik beratkan keadilan. Jadi sehingga kini SPR tetap dengan keputusannya bahawa daftar pemilih Bagan Pinang bersih dari undi berganda dan PAS pula mati-matian mengatakan ia berganda dan daftar pemilih tersebut tidak bersih.

5. Jadi persoalannya : ADAKAH PAS DAN CALUNNYA AKAN ISTIHARKAN KEKOSONGAN KERUSI DUN BAGAN PINANG WALAU PUN IA MENANG NANTI?

6. Jawab jangan tak jawab. Kalau ikut prinsipnya kena le kosongkan kerusi dan buat PRK baru danb sebelum PRK baru , perlulah PAS membersihkan daftar pemilih tentera yang didakwa berganda tersebut terlebih dahulu. Jadi tak le perlu nanti nak ke mahkamah pula untuk mohon penangguhan dalam PRK kedua nanti. BERANI KE ?

2 comments:

  1. Salam..
    harap-harap masin dan berkat mulut tuan.. Calon PAS akan menang.. Ameen.

    ReplyDelete
  2. yang si pencacai Manjungmari kat atas tu kita ajak dia pergi Singapork...negara yang dikuasai oleh sekutu DAP iaitu PAP..tengok apa dah jadi pada Melayu dan Islam..baru dia sedar...eh eh PAP/DAP bukannya sekutu PAS???

    ReplyDelete

PETA PELAYAR