FOLLOWERS

Tuesday 20 October 2009

JABATAN HUTAN : HANYA JAGA HUTAN REKREASI AJELAH !





KUALA LUMPUR: Empat pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditangkap dalam tempoh dua hari ini kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000. Menurut satu kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mereka yang ditangkap semalam dan hari ini terdiri daripada seorang pegawai kanan JPNK, seorang pegawai jabatan perhutanan daerah dan dua renjer hutan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan melacurkan hutan di semenanjung Malaysia. 4 Pegawainya telah ditangkap menerima rasuah ratusan ribu ringgit.

2. Inilah yang merosakkan kerajaan. Kerajaan yang dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh mereka. Sudah tidak ada hutan lagi di Malaysia. Kalau kita memandu sepanjang lebuh raya utara selatan ataupun lebuhraya Pantai Timur pun , keadaan begitu panas sekali. Dah tidak ada hutan lagi. Hati lagi panas bila melihat kegondolan hutan di bukit-bukit kiri dan kanan lebuhraya berkenaan.

3. Pada tahun 2005 ke 2006 PG menaiki helikopter sebanyakr 8 kali dan terbang di sepanjang lebuh raya Pantai Timur. Pilot kemudian tunjukkan dan mendedahkan bahawa sepanjang LPT iaitu 100 ke 300 meter kiri kanan LPT itu sebenarnya habis ditebang balaknya. Bukit kelihatan merah semuanya. Penuh dengan jalan tanah merah kelihatan dari atas. Ini PG lihat sendiri. Dari LPT memang hijau. Tetapi 100 ke 300 meter dari LPT keadaan berlainan. Sakit hati kita melihatnya.

4. Apa yang berlaku di atas tersebut mungkin berpunca dari keadaan jenayah rasuah yang dilakukan oleh mereka yang seperti inilah.

5. Kalau kita lihat sekarang pun, Jabatan Hutan dan kakitangannya hanya menjaga Hutan Rekreasi sahaja. Jadi pada pandangan PG, baik tutup dan bubar aje jabatan ini. Atau pun kerajaan tukar aje fungsi jabatan ini dari menguruskan hutan negara ( dah habis pun disebat mereka ) kepada menguruskan taman permainan kanak-kanak . Lagi afdal.

6. Perabiskan hutan aje. Patutnya Jabatan Hutan ini menguruskan hutan dan melestarikannya. Di mana sepatutnya hutan yang dah di tebang , di tanam semula. Ini tidak : HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI.

6 comments:

  1. tu lah sikap angota dan pegawai kerajaan

    ReplyDelete
  2. Salam, mengikut cerita teman-teman kawan, Pentadbiran Jabatan Perhutanan di Pahang boleh dikatakan semuanya hidup mewah, sehinggakan budak pejabat dan pemandunya lebih mewah dari Pegawai-Pegawai Kerajaan yang lain.

    Kerana sikap tidak amanah mereka inilah yang telah mengkhianati dasar-dasar kerajaan BN.....

    ReplyDelete
  3. renjer hutan dan pencari fail / budak pejabat pun rumah 3 ke 4 biji boleh main golf lagi. rumah pulak tu kayu cengal semuanya. heran.

    ReplyDelete
  4. Lapuran di TV3 tadi SPRM jumpa RM300k kat rumah salah seorang pegawai. Tak sah lah kerja pejabat hutan kalau tak jadi kaya.

    Yang dok buat kerja tu kadang kadang adalah penyokong penyokong pembangkang juga.

    Tetapi yang nyaya dituduh ialah kerajaan juga. Yang menjadi lemah ialah Negara dan Bangsa. Maka lemahlah pendokong Islam itu sendiri.

    Ditakutkan dalam keadaan sekarang ini dosanya sampai ke situ. Melemahkan Islam.

    ReplyDelete
  5. jgn la salah kan pegawai jer.. diorg tu kena face dgn ahli2 politik.. exco2.. org2 asli.. punca bukan dari pegawai tu.
    cam kedah tu mana nak korek hasil lain.. kayu je la yg ader.. jgn la hukum depa dlu.. bg SPRM siasat dlu..

    ReplyDelete
  6. Taniah SPRM!!.Jalankan tugas sebaik mungkin.JalankanLah tugas dan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan penuh didikasi.Jangan libatkan politik dalam membasmi amalan rasuah ini agar SPRM akan tetap disanjung oleh rakyat malaysia..Ramai pegawai2 dan kakitangan2 hutan yang rakus dengan rasuah.Bawa mereka ini kemuka pengadilan dan ambillah tindakan yang seadil - adilkan berlandaskan ajaran Islam sebenar.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR