FOLLOWERS

Thursday 15 October 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DAN SIVIL


[1992] 2 MLJ 244
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa Abdul Rahman & Satu Yang Lain
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH AGUNG (KUALA LUMPUR) — RAYUAN SIVIL NO
02–329–91

Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) HB
MOHAMED YUSOFF HMA
DAN EUSOFF CHIN HMA

Date 5 1992

Citation [1992] 2 MLJ 244



Catchwords:


Acara Sivil — Injunksi — Injunksi berkekalan mencegah perobohon masjid — Wakaf — Hukum syarak — Bidang kuasa mahkamah kadi besar dan kadi untuk mengeluarkan perintah injunksi berkekalan — Sama ada kuasa mengeluarkan injunksi terletak hanya pada Mahkamah Tinggi — Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 (Pulau Pinang) s 40(3)(b) — Akta Relif Spesifik 1950 Bahagian III — Perlembagaan Persekutuan perkara 121(1A)

Undang-Undang Islam — Wakaf — Hukum syarak — Tuntutan mendapat deklarasi dan injunksi berkekalan untuk mencegah perobohan masjid — Sama ada tuntutan boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi — Bidang kuasa mahkamah kadi besar dan kadi mengeluarkan injunksi — Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 (Pulau Pinang) s 40(3)(b) — Akta Relif Spesifik 1950 Bahagian III — Perlembagaan Persekutuan perkara 121(1A)

Facts:

Di dalam kes ini, responden pertama ialah seorang waris bagi tuan tanah asal sekeping tanah yang telah membina sebuah masjid di atasnya dalam tahun 1889. Tuan tanah asal tersebut telah mewakafkan tanah dan masjid itu sebagai wakaf am. Perayu mencadangkan untuk merobohkan masjid itu dan menggantikannya dengan sebuah bangunan untuk tujuan komersial. Responden telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui writ saman terhadap perayu untuk mendapatkan perintah, antara lain:

satu pengisytiharan bahawa cadangan perayu untuk merobohkan masjid itu bercanggah dengan undang-undang dan hukum syarak; satu pengisytiharan bahawa di bawah wakaf am perayu tidak berhak merobohkan masjid itu; dan satu injunksi untuk mencegah perayu atau ejen-ejennya daripada merobohkan masjid tersebut.

Perayu telah memasukkan satu permelalui saman dalam kamar supaya writ saman dan tuntutan responden diketepikan. Penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan itu dan rayuan kepada hakim pun telah ditolak. Perayu selanjutnya membuat rayuan ke Mahkamah Agung.

Holdings:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Daripada pernyataan tuntutan responden, adalah jelas bahawa perintah sebenarnya yang dikehendaki oleh responden ialah satu injunksi berkekalan untuk mencegah perayu atau egen-egennya daripada meroboh masjid tersebut dan menahan perayu daripada melakukan segala penyediaan awal merobohkan masjid itu dan mendirikan sebuah bangunan komersial di tempat itu.

(2) Selepas meneliti peruntukan-peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 (Pulau Pinang), adalah didapati bahawa mahkamah kadi besar dan mahkamah kadi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi seperti yang dipohon oleh responden.

(3) Perkara injunksi diperuntukkan di dalam Bahagian III Akta Relif Spesifik 1950, dan kuasa mengeluarkan perintah injunksi hanya diberikan kepada Mahkamah Tinggi. Jelas bahawa tuntutan resuntuk mendapat injunksi berkekalan hanya boleh dibicaraoleh Mahkamah Tinggi sahaja.

Per curiam

Apabila sesuatu mahkamah sivil membicarakan tuntutan untuk mendapat sesuatu perintah (dan perintah yang dituntut bukan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan) maka mahkamah sivil hendaklah membicarakan tuntutan itu dan jika soal mengenai hukum syarak timbul semasa perbicaraan pihak-pihak terlibat boleh memanggil pakar-pakar ugama Islam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu; atau pun pihak mahkamah boleh merujuk soalan-soalan kepada majlis fatwa berkenaan untuk mendapat kepastian.

Judgment:
Cur Adv Vult

Eusoff Chin HMA(menyampaikan penghakiman mahkamah) :
Section #1

Pada 6 Disember 1990 responden (plaintif) telah melalui writ saman membuat tuntutan terhadap perayu untuk mendapatkan perintah-perintah berikut daripada Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang:

(a) satu pengisytiharan bahawa cadangan defendan untuk merobohkan masjid jamek Hj Abdul Wahab adalah bercanggah dengan undang-undang dan hukum syarak;
(b) satu pengisytiharan bahawa di bawah wakaf am pihak defendan tidak mempunyai hak untuk merobohkan masjid tersebut semata-mata kerana tujuan perobohan tersebut adalah bercanggah hukum syarak;
(c) satu pengisytiharan bahawa defendan tidak layak untuk merobohkan masjid tersebut tanpa mendapat restu dan keizinan daripada waris-waris dan umat Islam Pulau Pinang (benefisiari) termasuk plantif; dan
(d) satu injunksi untuk mencegah defendan atau ejen-ejennya daripada merobohkan masjid tersebut dan memberhentikan daripada melakukan segala penyediaan-penyediaan awal untuk merobohkan masjid berkenaan seperti ujian-ujian tanah dan sebagainya.

Pada 9 Januari 1991 perayu (defendan) telah memasukkan satu permohonan melalui saman dalam kamar supaya writ saman dan tuntutan plaintif diketepikan. Pada 23 Mac 1991 penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi menolak permohonan perayu. Perayu membuat rayuan kepada hakim yang mengesahkan keputusan penolong kanan pendaftar itu. Perayu selanjutnya membuat rayuan ke Mahkamah Agung.

Responden pertama, Isa bin Abdul Rahman menyatakan dalam tundan tidak dinafikan oleh perayu, bahawa dia ialah seorang waris bagi tuan tanah asal Pegangan 6, 318 dan 578 PB 16 DTL Pulau Pinang yang telah membina masjid yang dinamakan Masjid Jamek Hj Wahab dalam tahun 1889, dan tuan tanah asal telah mewakafkan tanah dan masjid itu sebagai wakaf am. Perayu tidak mempertikaikan bahawa tanah dan masjid itu telah diwakafkan sebegitu tetapi menyatakan bahawa masjid itu terdiri di atas tanah Pegangan 318 sahaja, dan tanah Pegangan 318 telah diletak hak kepada pihak perayu melalui perintah mahkamah pada 1 Disember 1989.
Perenggan 10, 14 dan 16 pernyataan tuntutan responden menyatakan:

(10) Plaintif-plaintif menyatakan dengan tegas bahawa cadangan untuk memasjid tersebut adalah bertentangan dengan hasrat dan tujuan sebenar wakaf am tersebut yang dibuat oleh pewasiat serta rancangan tersebut adalah bercanggah dan berlawanan dengan terma-terma dan syarat-syarat amanah.

(14) Plaintif-plaintif menekankan tindakan defendan adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Sungguhpun masjid tersebut terletak di bawah kawalan pihak defendan namun undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Pulau Pinang tidak memberi kuasa yang sewenang-wenang untuk meruntuhkan sesebuah bangunan masjid tanpa mengambilkira lain-lain faktor yang mustahak seperti hasrat sebenar pewasiat dalam membuatkan wakaf am, kepentingan umum, pandangan umum dan akibat-akibat buruk yang mungkin tercetus daripada tindakan defendan. Defendan telah gagal untuk memberi pertimbangan yang sewajar dan setimpal ke atas faktor-faktor yang tersebut di atas.

(16) Masjid tersebut telah dibina pada tahun 1889 dan pewasiat telah menyatakan dengan khusus di dalam wasiat bahawa tanah tersebut hanya untuk masjid sahaja semata-mata dan buat selama-lamanya. Rancangan defendan adalah bertentangan dengan kemahuan dan keinginan pewasiat tersebut memandefendan ingin merobohkan masjid tersebut dan menggantikan dengan sebuah bangunan untuk tujuan komersial.

Daripada pernyataan tuntutan responden, adalah jelas bahawa perintah sebenar yang dikehendaki oleh responden ialah satu injunksi berkekalan untuk mencegah perayu atau ejen-ejennya daripada meroboh masjid terdan menahan perayu daripada melakukan segala penyediaan awal merobohkan masjid itu dan mendirikan sebuah bangunan komersial di tempat itu. Alasan yang diberi oleh responden untuk mendapat perintah ini ialah bahawa cadangan dan tujuan perayu untuk merobohkan masjid itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum syarak; dan juga perayu tidak berkelayakan untuk meroboh masjid itu tanpa mendapat restu dan keizinan daripada waris-waris pewakaf dan umat Islam di Pulau Pinang.

Section #2

Perlu diteliti sama ada mahkamah kadi besar atau mahkamah kadi Pulau Pinang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan tuntutan ini dan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon. Jika mahkamah-mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sedemikian, Mahkamah Tinggi adalah ditegah oleh perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan daripada membicarakan tuntutan responden itu.

Bidang kuasa mahkamah kadi besar adalah seperti yang diberikan oleh s 40(3)(b) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 (Pulau Pinang) (‘Enakmen itu’) yang menyatakan:

Maka hendaklah Mahkamah Kadi Besar —

(b) Dalam takluk kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua perkara-perkara dan perbicaraan-perbicaraan yang di antara pehak-pehak itu semuanya berugama Islam dan yang berkenaan dengan:
(i) Pertunangan, nikah, cerai, pembatalan nikah, perceraian mengikut hukum Mahkamah atau nusuz;
(ii) Sesuatu pemberian atau tuntutan harta benda yang terbit daripada mana-mana perkara yang tersebut di dalam perenggan kecil (i) bagi perenggan ini;
(iii) Nafkah orang-orang yang di bawah tanggungan, pengesahan, penjagaan, atau pemeliharaan kanak-kanak yang belum cukup umur;
(iv) Pembahagian harta sepencarian di-antara orang-orang yang hidup;
(v) Wakaf atau nazar; atau
(vi) Lain-lain perkara yang diberikan takluk kuasa kepadanya oleh mana-mana Undang-Undang yang bertulis.

Mahkamah kadi pula mempunyai bidang kuasa yang sama, tetapi dihadkan kepada perkara-perkara yang tak melebihi seribu ringgit.

Perenggan (i) hingga (iv) memberikan bidang kuasa kepada mahkamah kadi besar membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluarsahaja.

Peguam-peguam yang bijaksana bagi kedua-dua pihak semasa berhujah tidak dapat memberitahu mahkamah adakah undang-undang bertulis yang lain yang ada memberi kuasa untuk mahkamah kadi besar atau kadi memtuntutan mendapat injunksi.

Section #3

Selepas meneliti peruntukan-peruntukan lain dalam Enakmen itu, ada-lah didapati bahawa mahkamah kadi besar dan mahkamah kadi tidak membidang kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi seperti yang dipohon oleh responden.

Perkara injunksi diperuntukkan di dalam Bahagian III Akta Relif Spesifik 1950, dan kuasa mengeluarkan perintah injunksi hanya diberi kepada MahTinggi. Malahan mahkamah-mahkamah sesyen dan majistret adalah ditegah oleh ss 69 dan 93 Akta Mahkamah Rendah 1948 daripada membuat perintah injunksi sama ada injunksi berkekalan atau pun sementara.

Daripada apa yang dinyatakan tadi, jelas bahawa tuntutan responden untuk mendapat injunksi berkekalan hanya boleh dibicarakan oleh MahTinggi sahaja.

Seksyen 51(2) Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan seperti berikut:

A perpetual injunction can only be granted by the decree made at the hearing and upon the merits of the suit; the defendant is thereby perpetually enjoined from the assertion of a right, or from the commission of an act, which would be contrary to the rights of the plaintiff.

(Bahasa Malaysia translation

Injunksi berkekalan hanya boleh diberi melalui dekri yang dibuat selepas perdan berdasarkan kepada merit guaman; dengan yang demikian defendan adalah ditegah selama-lamanya daripada membuat tuntutan hak atau daripada melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan hak-hak plaintif.)

Benar bahawa tuntutan respondon (plaintif) ada melibatkan soal wasiat dan wakaf. Tetapi tuntutan responden yang sebenar dan utama bukannya pentafsiran wasiat atau wakaf. Daripada pernyataan tuntutan responden dan afidavit bagi pihak perayu, kami dapati bahawa soal sama ada wakaf yang dibuat oleh tuan tanah itu sah atau tidak, tidak menjadi isu dan tidak pula dipertikaikan oleh perayu.

Apa yang dipertikaikan ialah sama ada tujuan wakaf terjejas apabila masjid itu dirobohkan dan satu bangunan bukan masjid didirikan di atas tanah berkenaan. Kami berpendapat bahawa apabila sesuatu mahkamah sivil membicarakan tuntutan untuk mendapat sesuatu perintah (dan perintah yang dituntut bukan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan) maka mahkamah sivil hendaklah membicarakan tuntutan itu dan jika soal mengenai hukum syarak timbul semasa perbicaraan, pihak-pihak terlibat boleh memanggil pakar-pakar ugama Islam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu; atau pun pihak mahkamah boleh merujuk soalan-soalan kepada majlis fatwa berkenaan untuk mendapat kepastian.

Section #4

Satu lagi perkara yang dipertikaikan oleh kedua-dua pihak ialah mengenai kuasa perayu meroboh masjid dan mendirikan satu bangunan bukan masjid di atas tanah berkenaan. Ini melibatkan peruntukan s 108 Enakmen itu yang menyatakan:

The Majlis may for sufficient reason close or demolish any mosque and may, where any mosque has been demolished and it is not intended to build another mosque on the same site and it is in the opinion of the Majlis no longer possible to use such site for other religious purposes, sell and dispose of such site, but the proceeds of any such sale shall be earmarked for the erection, maintenance or repair of mosques, and no other purposes.

(Bahasa Malaysia translation

Maka bolehlah Majlis dengan sebab yang cukup, menutup atau merobohkan sesebuah masjid dan boleh, manakala sebuah masjid telah pun diroboh dan tidak ada cadangan hendak mendiri sebuah masjid yang lain di atas tapak itu juga, dan pada fikiran Majlis tidak boleh lagi menggunakan tapak itu bagi lain-lain maksud ugama, menjual dan menyelesaikan perkara tapak itu, akan tetapi pendapatan daripada jualan itu hendaklah disimpan tertentu bagi membangun, menjaga atau membaiki masjid-masjid dan tidak bagi maksud-maksud yang lain.)

Peguam yang bijaksana bagi perayu mengatakan bahawa mahkamah kadi mempunyai bidang kuasa mentafsirkan peruntukan seksyen ini. Kami bersetuju bahawa mana-mana mahkamah boleh mentafsirkan apa-apa jua seksyen undang-undang bertulis yang terlibat di dalam sesuatu perbicaraan melainkan ada peruntukan menegahnya berbuat demikian. Tetapi s 108 bukannya asas tuntutan responden. Seksyen 108 adalah menjadi satu darisebab-sebab untuk menyokong responden mendapatkan perintah injunksi berkekalan terhadap perayu.

Tidaklah berkesan bagi responden mendapat perintah-perintah deklarasi seperti dipohon jika perintah-perintah itu tidak dapat dilaksanakan dengan perintah injunksi berkekalan.

Memandangkan mahkamah kadi besar atau mahkamah kadi tidak membidang kuasa untuk mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh responden, kami berpendapat bahawa permohonan responden hendakdibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kami menolak rayuan ini dengan kos. Wang deposit rayuan diberi keresponden terhadap taksiran kos.

Section #5

Rayuan ditolak.

Penghuni Gua : Semuga paparan mengenai kes ini dan alasan penghakiman YAA Hakim ini dapat memberi pemahaman dan menafaat kepada pembaca dan pelajar semua.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR