FOLLOWERS

Saturday 10 October 2009

EGM MCA : KUASA KETIGA YANG MENANG : TAHNIAH !!!!





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau dan pemimpin MCA lain menerima keputusan perwakilan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti yang antara lain melulus usul tidak percaya terhadap beliau sebagai presiden parti.

Ong berkata, mereka akan membincangkan keputusan itu pada peringkat Jawatankuasa Pusat dan Lembaga Presiden parti. Mesyuarat hari ini juga meluluskan usul membatalkan penggantungan keahlian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tetapi menolak usul dikembalikan kepada beliau jawatan timbalan presiden parti.

Penghuni Gua : Selamat jalan kepada Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Selamat menjalani pencen dengan penuh aman damai. Jangan dan cukuplah anda berada di persada politik BN yang penuh dengan perkara yang tidak memberi faedah kepada BN dan negara.

2. Pergilah anda berdua dengan penuh hormat. EGM anda telah menunjukkan dengan jelas jalan keluar kepada anda berdua. Jangan memberi alasan dan mencari alasan untuk menangguhkan pencen dan persaraan anda. PM DS Najib pasti gembira dengan keputusan EGM ini. Dua pembeban dan perosak ini telah tiada tempat dalam BN.

3. Tahniah kepada kuasa ketiga yang memberi idea dan menggerakkan cadangan agar keduanya disingkirkan secara begini. Ini memperlihatkan perwakilan MCA telah matang dan mengambil contoh dari krisis terdahulu di mana Tun Mahathir telah memberi pandangan agar Ling Liong Sik dan Lim Ah Lek berundur bagi selesaikan krisis keduanya. Hasilnya MCA mantap.

4. Jadi hari ini, perwakilan MCA telah mendengar pandangan kuasa ketiga MCA dan kedua pemimpin ini telah ditunjukkan jalan keluar. Undi tidak percaya telah diluluskan untuk Ong Tee Keat dan Jawatan Chua tidak dikembalikan walaupun penggantungan keahliannya di batalkan.

5. Tahniah kepada MCA dan perwakilannya.

5 comments:

  1. tahniah kepada umno kerana telah menimbang bola dengan tinggi dan hanya menunggu masa jatuh ataupun untuk di 'spike'

    nak selamatkan anjing kurap tersepit akhirnya digigit semula oleh anjing kurap tersebut..well done...

    ReplyDelete
  2. Diberi kuasa, tapi masing2 nak tunjuk keras kepala. What we need are those leaders willing to listen and act for the sake of the party.

    Best of luck to the third party, ensure the same attitude tidak diteladani!

    Syabas, the chinese community deserves a good leader to lead them in this nation.

    Bota

    ReplyDelete
  3. Congratulations MCA.

    Good sincere leaders will be selected by good and focused supporters chosen by good and responsive followers.

    A sample for other components to cultivate their internal image to build a common stable and strongly powered image.

    Jangan pedulikan Faizal itu. Dia memang bertujuan untuk khianat kerana ada kepentingan sendiri. Biarkan dia menanggong sendiri hasil kerjanya sendiri besok.

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..BAGUS LA ANJING2 KURAP TU DAH BLAH. BLEY LA LEPAS NI PKR KUTIP BUAT PENCACAI DLM PAKATAN PLAK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. UMNo boleh bebas macam ni ker?
    Tak mungkin...dulu kini dan selamanya ...AMPU!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR