FOLLOWERS

Tuesday, 27 October 2009

AMANAT TUAN GURU HAJI HADI : SEKADAR REFRESH !




Amanat Haji Hadi Awang yang dikeluaru kan olehnya dari sat sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Amanat Dato Haji Abdul Hadi Awang

“Saudara-saudara sekalian!”


“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”


“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”


“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”


Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981.



Penghuni Gua : Sekadar " refresh " . Kadangkala pemimpin dan penyokong PAS ini lupa dan menafikan apa yang dikatakan. Amanat ini kalau tak sama pun , ia dianggap oleh pemimpin dan pendokong PAS macam ayat suci dan hadith Nabi.

2. Siap dicetak dan di bingkaikan. Di letakkan di segala sudut rumah. Kalau di pasar malan dan kedai-kedai chokia ini jangan cakaplah. Kasetnya pun berkumandang dari lepas subuh hinggalah ke suboh semula.

3. Semasa PG di UM dulu pun, jangan cerita lagi. Kita yang pakai seluar jeans ( tahan lama sebab itu pakai jeans dan 2 minggu sekali basuh ) dipandang oleh mereka ini dengan sebelah mata aje.

4. Menentang dan menyanggah amanat ini pun dikafirkan. Bermula dari itulah ujudnya sembahyang dua imam ( di Besut dan Pasir Putih Kelantan punmasih ujud hingga kini ) , kenduri kendara yang bukan PAS mereka tak akan pergi , sembelihan bukan PAS pun tidak dimakannya kerana haram. Sebab yang sembelihnya UMNO yang dikafirkan oleh TGHH.

5. Akhirnya , hapah pun tak ada apa sekarang dan sudah takut nak didendangkan oleh TGHH atau semua pendokong PAS. Kalau betul amanat itu, mengapa tidak didendang hingga sekarang?

6. Minta jawab sikit?

Nota : Ayah PG pun adalah pemimpin PAS Daerah Kuantan yang tegar juga ( tetapi tak adalah kasar dan memaki hamun orang. Tak pernah. Cakapnya pun tak berapa nak dengar / amat perlahan ) . Tetapi kerana Amanat inilah beliau terus berdiam diri serta menjauhkan diri dari PAS. Ini yang amat melukakan hatinya seperti mana di bisikkan kepada PG sebelum beliau kembali ke rahmatullah.

Juga kerana beberapa penyelewengan pemimpin PAS tempatan dalam hal duit simpanan pengikut PAS yang akan ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji pada masa itu ( 1980an ) yang digelapkan oleh beberapa pimimpin PAS di Pahang dan Kuantan pada masa itu. Simpanan duit ahli PAS ini hanya ditulis dalam buku 555 sahaja. Akhirnya , ahli-ahli PAS menangis tak berair mata. Ada lagi pun pemimpin itu. Cuma kurang aktif sekarang.

8 comments:

  1. kalau ada fatwa-fatwa yang dulu dorang cakap, ko keluarkan je..biar rakyat tahu, dorang ni jenis lidah biawak komodo..suka putar belit...

    ReplyDelete
  2. Mengikut kata Us. Latif yang telah disingkirkan oleh Hadi kerana mahu meletakkan Dato Hussin yang berkahwin dengan waris (saudara) Hadi sebagai ketua Pas Besut:

    Permulaan masaalah 2 mesjid 1 mukim; 2 imam 1 mesjid; mengkafirkan itu bermula dari satu kertas kerja yang disediakan dan dibentangkan oleh Hadi dalam Muktamar Pas di Kota Bharu sebelum 1981 itu.

    Ucapan Hadi di Banggol Peradong yang telah dipetik dan dicetak dengan tajuk AMANAT HADI itu adalah usaha memperkasa dan mensemarakkan gerakan pecah belah itu.

    Masaalahnya sampai kini Hadi belum lagi menarik balik amanat itu atau pun memperjelaskan maksud sebaliknya kepada mereka yang salah faham melampau.

    Siapa nak tanggong disa jariah ini.

    ReplyDelete
  3. Antara sumbangan besar amanat Hadi ini ialah Tragedi Memali di Memali Kedah.

    ReplyDelete
  4. Jangan lah pandai nak ceriter dongeng... Kalau nak reka ceriter puak UMNO saya pun boleh ... tapi untuk ape .... untuk sekadar syok sendiri ... kita menipu pada diri sendiri... yang rugi siapa ... lu fikir la sendiri ... orang melaka nak ceriter pasal negeri pahang!!!

    ReplyDelete
  5. SLM BRO..NAK TAU JUGAK..APE DIORANG BUAT DGN DUIT KUTIPAN DLM CERAMAH PAS TU? SETAKAT DGR CELOTEH MAKI HAMUN FITNAH TU, HALAL KE DUIT TU? OPSS LUPE..PAK AJIS KATE X APE..HALAL HARAM DIA YG TENTUKAN. SYURGA DIA YG CIPTA! HEHEH

    ReplyDelete
  6. anao, kawan orang beserah kuantan totok. cuma sebab melaka dah bunuh sultan. maka PG ke melaka pada 1998. sultan melaka sekarang orang melaka. jadi kena lah jaga raja melaka sekarang. tentang cerita penyelewengan duit haji ini juga berlaku di lakukan oleh pemimpin pas pahang pada tahun 1980 an juga dalam jumlah juta juga. orangnya duduk di temerloh . dibeli nya ladang2 getah dengan duit tu. merana pengikut pas seluroh pahang dan malaysia. dia ni dulunya lawywr lagi. nama tak yah sebut le. lepas rembat duit beli ladang getah terus keluar PAS. Pergilah ke temerloh. kalau kita dari kl ke kuantan ikut jalan lama. selepas jambatan temerloh sebelah kiri itu, lihat le bangunan warna hijau dan ada madrasah lagi. itu le tempat pemimpin yang dikatakan beroperasintya dulu.

    ReplyDelete
  7. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete

PETA PELAYAR