FOLLOWERS

Sunday 4 October 2009

GOBALA, GOBALA , KESIANNYA : AYAT SUCI TU UNTUK ANDA !


Utusan Malaysia

( Awang Selamat )

4 okt 2009


Apabila Gobala memetik ayat al-Quran...


Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen. Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan raya serta maklumat daripada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia banyak berpunca daripada budaya kekasaran yang sudah meresap kuat di kalangan sebahagian ahli dan penyokong tegar pembangkang.


Dengan kata lain, golongan tersebut akan menjadi begitu provokatif dan agresif setiap kali berkempen. Awang melihat ini angkara ketaksuban dan juga boleh ditafsir sebagai kerendahan budaya politik. Menang pilihan raya satu hal tetapi penilaian rakyat terhadap tingkah laku sesebuah parti politik ketika berkempen adalah hal yang akan menjadi pertimbangan utama. Selagi pembangkang mengamalkan budaya sedemikian, selagi itu ia terus merugikan mereka.


Sebab itu, Awang melihat pembangkang gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu dan biarpun memenangi beberapa pilihan raya kecil. Dengan kata lain, tiada gelombang rasa teruja ke atas pembangkang yang sepatutnya boleh tercetus dengan sendirinya jika pembangkang lebih sederhana dan harmoni dalam pendekatan mereka. Akibatnya, sokongan kepada pembangkang bukan sahaja tidak meningkat malah merosot, yang juga disebabkan pelbagai isu kebelakangan ini.


Semalam, penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port Dickson turut tegang sehingga ada pemimpin UMNO dikasari dan ditumbuk. (Mungkin sudah sampai masanya sistem penamaan calon yang ada termasuk perhimpunan diharamkan. Cukup sekadar calon dan wakilnya mendaftar kepada SPR dalam tempoh tertentu yang tidak semestinya serentak sebagaimana dilaksanakan di sebahagian negara).


Awang percaya sebahagian rakyat sudah muak dengan suasana tidak menyenangkan pada pilihan raya kecil meskipun proses itu terpaksa dilaksanakan atas tuntutan demokrasi.


Tetapi yang membuatkan Awang lebih meluat ialah trend pemimpin pembangkang bukan Islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya. Kali ini, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang malam semalam. Ramai kenal siapa Gobalakrishnan yang merupakan politikus yang suka membuat gimik murahan dan provokasi seperti menerpa untuk memanjat meja Speaker Dewan Rakyat dan membuat kecoh dengan cuba menumbuk polis pada pilihan raya kecil Permatang Pasir selain gemar berdemonstrasi liar.


Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Penghuni Gua : Ish, ish, ishhhhhhhhhhhh. Gobala, Gobala. Kesian juga PG pada anda. Tapi apa nak buat : inilah hasil tarbiah PAS kepada orang seperti anda. Bacalah ayat suci tu berulangkali.

2. Tak sedar rupanya spesis ini bahawa ayat tersebut untuk dirinya sendiri. Kafir tu untuk kau le Mr. Gobala. Kesian.

3. Tapi cadangan lebih baiknya ialah adalah lebih baik Gobalakrisnan ini habiskan dulu membaca kitab suci hindunya ( kalau boleh hafalkan ). Juga dicadangkan supaya Gobala hafalkan sejumlah 180 mandrem Hindunya untuk keberkatan beliau. Tak usah sibuklah nak baca ayat suci islam yang beliau sendiri tak tahu hujung dan pangkalnya. ( Itupun terdengar takbir dari penyokong PAS bila Gobala membaca surah ini : kesian ).

4. Kepada Gobala : anda sendiri sudah hafal ke mandrem Hindu anda ? Cukup ke 180 kali sehari anda membaca mandrem ini. Kalau masih belum cukup 180 kali sehari atau lebih , maka anda bukanlah penganut hindu yang baik. Belajarlah mandrem Hindu tu dulu sampai tamat.

5. Cukuplah dengan politik murahan ini. Silap baca ayat suci nanti, macam-macam perkara boleh terjadi. Fikirkanlah untuk rakyat terbanyak dari berfikir tentang politik bodoh anda tu.


3 comments:

  1. assalammualaikom....

    masih belum ada apa2 komen, tapi setakat nie cukut bersemanagt untuk terus membaca di sini.

    ReplyDelete
  2. ala kenapa perlu tapis pandangan biar la ia dipaparkan tak perlu tapis pandangan baru tahu cerita sebenar....

    maaf menyibuk.....

    ReplyDelete
  3. Gobala tu minat sgt nak jadi Ulama PAS. Dia tau Nik Aziz pun tak faham makna kafir. Pengikut PAS pun ok jer. Depe bukan faham ISLAM itu ape.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR