FOLLOWERS

Monday 12 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN MELIBATKAN KANAK-KANAK !


[1994] 2 MLJ 187
Mohamad Safuan bin Wasidin & Anor v Mohd Ridhuan bin Ahmad (an infant)
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CIVIL APPEAL NO 12–61–92

Judges ABDUL MALIK ISHAK JC

Date 19 JANUARY 1994

Citation [1994] 2 MLJ 187


Bahasa Malaysia Summary:

Responden, seorang kanak-kanak berumur empat tahun (‘kanak-kanak itu’), telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu oleh perayu pertama, seorang posmen. Beliau mengalami kecederaan dan mendakwa melalui bapa dan sahabat wakilnya, Ahmad bin Yusof.

Perayu pertama mengaku bahawa beliau langsung tidak nampak kanak-kanak itu dan semasa memberi keterangan, telah menyeleweng daripada pembelaan di dalam pliding pembelaannya. Peguam pihak perayu menegaskan bahawa kanak-kanak itu, walaupun seorang budak, seharusnya menanggung sebahagian daripada liabiliti untuk kemalangan itu. Hakim mahkamah sesyen tidak mengendahkan soalan mengenai kecuaian sertaan pada pihak kanak-kanak itu dan mendapati bahawa perayu bertanggungjawab sepenuhnya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tahap berjaga-jaga yang terletak pada seorang kanak-kanak seharusnya berlainan daripada seorang dewasa. Tahap berjaga-jaga itu mesti mengikut kadar umur kanak-kanak itu. Lebih muda seseorang kanak-kanak itu, kurang tahap berjaga-jaga yang terletak pada kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ini mesti bergantung kepada fakta setiap kes.

(2) Perayu pertama semestinya cuai kerana tidak memberi perhatian apabila menunggang motosikal itu kerana adalah merupakan tanggunjawabnya untuk meletakkan dirinya di dalam kedudukan di mana beliau boleh memberhentikan motosikalnya apabila berlaku kecemasan. Darjah berjaga-jaga yang diperlukan daripada seorang pemandu motosikal sangatlah tinggi oleh kerana motosikal itu boleh dianggap sebagai sesuatu benda yang merbahaya.

(3) Penyelewengan perayu pertama daripada pembelaan di dalam plidingnya akan menjadikan testimoni perayu pertama sangat dicurigai. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa di mana butir-butir kecuaian seperti yang diplikan oleh pihak pembelaan berlainan secara drastik dan sepenuhnya daripada versi yang diberikan oleh defendan di mahkamah, mahkamah berhak untuk menolak cerita defendan itu. Oleh itu, tidaklah menghairankan bahawa hakim mahkamah sesyen telah terus menolak versi perayu pertama dan memberi penghakiman kepada kanak-kanak itu.

(4) Oleh kerana kuantum yang terlibat di dalam kes ini kurang daripada RM10,000 dan memorandum rayuan tidak menimbulkan sebarang soalan mengenai undang-undang seperti yang diperlukan di bawah s 28(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, rayuan ini ditolak dengan kos.

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca mendapat pengajaran dari keputusan kes di atas. Tahap berhati-hati dan berjaga-jaga apabila memandu dan berhadapan dengan kanak-kanak dan juga murid sekolah adalah amat tinggi.

2. Kanak-kanak terutama sekali apabila memandu melalui kawasan sekolah atau melihat kanak-kanak yang memakai uniform sekolah : darjah berjaga-jaga kita semasa memandu perlulah amat tinggi. Kawasan sekolah dan uniform sekolah adalah perisai utama kepada golongan ini.

3. Jadi berhati-hati semasa memandu jika melihat kanak-kanak, beruniform sekolah dan melalui kawasan sekolah. Jika kemalangan melibatkan tiga perkara ini , anda sebagai pemandu dan penunggang dewasa akan menanggung akibat yang teruk. Hati-hati di jalanraya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR