FOLLOWERS

Friday 30 October 2009

PAS AMALKAN KEBEBASAN BERSUARA? SUDAHLAH... BOHONG SEMUANYA !





KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Disiplin Pas memberi amaran dan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan kepada mana-mana ahli mahupun pemimpin parti yang bertindak membincangkan semula masalah yang telah diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa memandang serius perkara ini walaupun perkara itu disuarakan di laman blog kerana parti mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu dalaman parti yang berlaku. “Sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

“Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan dan merosakkan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat,” katanya dipetik dari laman blog beliau semalam.

Menurutnya, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. “Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PAS akan mengambil tindakan disiplin kepada pemimpin dan ahli parti yang membincangkan semula masalah yang sudaah " diselesaikan ". Hai lain macam pulak PAS kali ini.

2. PAS dan PR selalu melaungkan ketelusan , hak asasi manusia, keterbukaan dan kebebasan media dan hak kebebasan bersuara. Mengapa kali ini cuba sekat pemimpin dan ahlinya bersuara?

3. Itu belum Memerintah negara. Habis pemimpin dan ahlinya ditutup mulut dan di halang hak asasi bersuara pemimpin dan ahlinya. Kalau sudah memerintah negara : seperti PG katakan dulu, siapa sahaja yang mengkritik PAS, pemimpin dan ulama PAS wajib dan semisitinya di ISA kan mereka ini. Yang jelas , itu pasti.

4. Jadi kepada PAS, Pemimpinya dan ahlinya: jangan cakap lagilah bab kebebasan bersuara ke, hak asasi manusia ke, keterbukaan ke dan sebagainya dan menghentam kerajaan atas perkara ini. Anda sendiri pun , kena cubit sikit , sudah mula mengancam untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pemimpin dan ahli sendiri.

5. Jadi kalau anda semua mengutuk dan mengecam kerajaan kerana dikatakan menyekat kebebasan bersuara : Baik lihat Parti dan Pemimpin anda sendiri memadailah dari hendak mengkritik kerajaan bak kebebasan bersuara. Selak semua dicelah serban, jubah dan mulut busuk anda itu. Itu lebih afdal.

6. Cakap tak serupa bikin. Itu baru masalah dalam unit kecil. Kebebasan telah disekat dari segala sudut. Sudahlah. Hanya gelembung angin aje.
7. Yang PG selalu nak muntah melihat telatah parti dan pemimpin PAS ini ialah jumud dan hati serta jiwa mereka tidak besar. Cepat melenting jika dikritik. Lihat ajelah Taliban memerintah. Cakap dia aje lah betul. Jadi yang di Malaysia ini pun sama le. Bukan susah sangat nak analis. Semua perkara Allah jadikan kita untuk berfikir dan ambil ikhtibar darinya.

3 comments:

  1. PAS sejak dulu tidak pernah mengamalkan demokrasi. Mereka hanya mengekspolitasi demokrasi. UMNO pula memang telah lama memperjuangkan demokrasi yang sesuai dengan iklim Malaysia, bukan demokrasi ala Amerika.

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..DIORANG NI ULAMA SESAT. PATUT LE YB PERLIS BEDAL BINI DIA TERUK2. RUPENYA DIA DH BOSAN!. SEBELUM KENE SEPAK DGN PAS, DIA BUAT ALASAN KAWIN LAIN LA TU. KONON2 IKUT FATWA N.AJIS. KEPALE HOTAK ORG PAS MMG BERDENGUNG! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. salam..UMNO bukan le parti yg mulia @ terjamin ke syurga seperti PAS..Dah nama pun manusia..Cuma 1 je wat aku terpikir..
    Tahun 1998,PAS yang mula2 mendesak Anwar digulingkan..Juga digelar oleh Mat Sabu..'AlJuburi'..X silap aku baca mcm2 lagi kat dlm HARAKAH..
    Alih2 tetiba skang,bkn main mengampu/sekutu lagi PAS ngan ANWAR ALJUBURI..Bukan ke MUNAFIK 2..MANA PERJUANGAN 'NEGARA ISLAM???..
    Byk lagi DALIL2 keMUNAFIKan PAS..
    So,renung2kan..'PAS 4 ALL SUCKs'

    ReplyDelete

PETA PELAYAR