FOLLOWERS

Friday 2 October 2009

SKJ / UNDANG-UNDANG KETERANGAN : KES AGEN PROVOKATOR !




1DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
(BIDANGKUASA RAYUAN)
RAYUAN JENAYAH NO:T-05-23-03

ANTARA

WAN MOHD AZMAN BIN HASSAN @ WAN ALI …PERAYUKP

NO. 730927-11-5167

DANPENDAKWA RAYA …RESPONDEN



[Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala TerengganuPembicaraan Jenayah No.45-01-2000AntaraPendakwa RayaDan1. Wan Mohd Azman Bin Hassan @ Wan AliKP No. 730927-11-51672. Ibrahim Bin NawangKP No.A 2715203KORAM:TENGKU BAHARUDIN SHAH TENGKU MAHMUD, HMRWAN ADNAN MUHAMAD, HMRSULONG MATJERAIE, HMR2ALASAN PENGHAKIMAN

Tertuduh pertama (T1) bersama seorang lagi iaitutertuduh ke-2 (T2) bernama Ibrahim bin Nawang telah didapatibersalah dan disabitkan atas kesalahan mengedar dadah dandijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah TinggiKuala Terengganu.

Mereka menghadapi pertuduhan dibawahseksyen 39B(1)(a) dan hukuman dibawah seksyen 39B(2)Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) serta dibaca bersamadengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Mereka memfailkanrayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah tersebut.Walau bagimanapun sebelum rayuan mereka dibicarakan T2telah kembali ke Rahmatullah.

Justeru pada 2 Oktober 2006Mahkamah ini telah membatalkan rayuan terhadap allahyarhamsemasa kehadiran peguamnya En. Pritam Singh Brrard danTimbalan Pendakwa Raya Pn. K Mangaiarkarasi. Kami telahmendengar rayuan T1 dan dengan sebulat suara menolakrayuannya dan mengekalkan keputusan hakim bicara. Kinialasan saya bagi pihak Mahkamah ini hanya mengenai rayuanT1.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwaan terhadaptertuduh diperturunkan seperti berikut. D/Kpl. 97874 Mahmoodbin Nor (SP3) dari bahagian Narkotik IPK Kuala Terengganuialah agen provokator dalam kes ini. Beliau bertindak sebagaipembeli ganja.3Pada 12.4.99, atas arahan pegawai atasan SP3 telahdiperkenalkan oleh Kpl. Ismail bin Omar dengan seoranginformer (informer 1).

Dalam pertemuan tersebut, SP3 daninformer 1 membuat perbincangan mengenai jualan dadah.Selepas itu informer 1 membawa SP3 berjumpa denganseorang lagi lelaki Melayu (informer 2). Dengan bantuaninformer 2, SP3 telah diperkenalkan kepada T1 dimana SP3memberitahu T1 bahawa beliau hendak membeli 1 kilogramganja dengan harga RM1,900.00. T1 bersetuju untuk menyerahganja kepada SP3 pada jam 9.30 malam hari yang sama disebuah restoran di Jerteh. Perbincangan antara merekaberlangsung dalam kereta SP3. Informer 2 ada bersamasemasa perbincangan, tetapi tidak mengambil bahagian.Informer 2 hanya duduk sahaja di dalam kereta.

Perbincanganantara SP3 dengan T1 memakan masa 15 minit. SP3 telahmemberitahu apa yang berlaku dalam perbincangan tersebutkepada ASP Mohd Nor (SP8). Kemudian SP8 mengadakansuatu taklimat.Pada hari yang sama jam 9.25 malam, SP3 seorang diripergi ke restoran seperti dijanjikan. Di restoran tersebut SP3berjumpa dengan T1 dan seorang lelaki. T1 perkenalkan lelakitersebut kepada SP3 sebagai Pak Ya iaitu T2. Sambilminum, SP3 bincang dengan T1 dan T2 mengenai hasratnyauntuk membeli ganja. SP3 membuat pertanyaan kepada T1dan T2 dimana ganja. T2 menjawab bahawa ganja berada4dalam kereta.

Mengikut SP3, T1 dan T2 tidak beranimenyerahkan ganja kepadanya di dalam restoran tersebutkerana terdapat ramai orang. T2 minta SP3 ikut mereka ketempat lain. Mereka naik kereta masing-masing. Selepas kirakira3 kilometer SP3 mengekori kereta Proton Aerobackbernombor WCB 822 (P14) yang dinaiki oleh T1 danT2,kereta tersebut yang dipandu oleh T1 tiba-tiba berhenti. SP3berhenti keretanya dan pergi berjumpa T1. Ketika itu T1 telahmengambil satu bungkusan ganja untuk diberi kepada SP3.Setelah mengambil dan melihat bungkusan ganja tersebut, SP3menyerah semula bungkusan berkenaan kepada T1 atasalasan beliau hendak pergi ke Kota Bharu.

T1 menyatakantidak mengapa. SP3 memberitahu T1 jika terdapat ganja T1boleh menaliponnya. Sebelum berpisah, SP3 telahmemberitahu T1 bahawa beliau mahu membeli 2 atau 3kilogram ganja dengan harga RM1,900.00 bagi 1 kilogram.SP3 memberi nombor telefon bimbitnya kepada T2 ketikamereka berada di restoran berkenaan.Pada 20.4.99 jam 8.30 pagi, SP3 telah menerimapanggilan telefon daripada T2 semasa SP3 berada di Dungun.T2 memberitahu SP3 bahawa beliau mempunyai 2 kilogramganja dan berjanji untuk berjumpa SP3 di Kemaman pada21.4.99. SP3 telah memaklumkan perkara tersebut kepadaSP8.5

Pada 21.4.99, jam 11.30 pagi semasa SP3 berada diHotel River Garden Kemaman, SP3 menerima panggilantelefon daripada T2 bagi kali kedua di mana mereka telahbersetuju menyerah ‘barang’ pada jam 12.30 tengah hari padahari yang sama. SP3 telah memaklumkan perkara tersebutkepada SP8, dan suatu taklimat telah diadakan yang dihadirioleh SP3 dan anggota-anggota polis yang lain.

SP8 telahmengarahkan SP3 untuk berjumpa T1 dan T2. SP3dikehendakki memberi isyarat kepada SP8 dengan SP3memakai cermin mata dan ia bermakna tangkapan bolehdibuat.Pada jam 1.00 petang hari yang sama, sekali lagi SP3telah menerima panggilan telefon daripada T2 yangmenyatakan beliau terlambat kerana terdapat sekatan jalanraya oleh JPJ. Pada jam 1.25 petang, semasa SP3 berada dilampu isyarat trafik di hadapan Hospital Kemaman, SP3ternampak kereta (P14) yang dinaiki T1 dan T2 yang dipanduoleh T1 juga berada di lampu isyarat yang sama.

SP3seterusnya menyuruh T1 pergi ke tempat yang dijanjikan. P14masuk dan berhenti di stesen minyak Esso di hadapan KFC.SP3 mengekori P14 dan berhenti di belakangnya. SP3 keluardari keretanya dan menuju ke P14. T2 keluar dari kereta (P14)dan berjumpa dengan SP3. SP3 bertanya kepada T2 di manabarang. T2 memberitahu ia berada di dalam kereta. T2menyuruh SP3 membuka pintu bahagian belakang sebelah kiri6P14.

SP3 membukanya. SP3 dapati satu beg warna biru (PI3)terletak di tempat letak kaki sebelah kiri tempat dudukpenumpang bahagian belakang dalam kereta. SP3 buka begberkenaan dan nampak ganja dalam bentuk ketulan mampatwarna kuning di dalamnya. SP3 terhidu bau ganja ketika beliaumembuka beg tersebut. Ketika itu, T2 berada berhampirandengan SP3. Manakala T1 pula berada dalam kereta di kerusipemandu.

SP3 minta T2 beredar dari situ supaya ganja dapatdiserah kepadanya di tempat lain. SP3 menyuruh T2 berbuatdemikian sebagai alasan sahaja. Ketika SP3 berjalan menujuke keretanya beliau memakai cermin mata.SP8 dan anggota polisnya yang membuat pemerhatian disitu terus bertindak dan menghalang kereta berkenaan (P14).Pihak polis cuba membuka pintu di sebelah kiri dan kanan P14tetapi tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Selepasmemperkenalkan diri sebagai anggota polis, dan ataskegagalan T1 dan T2 membuka pintu kereta selepas dimintaberbuat demikian, SP8 mengarahkan anggotanya memecahcermin pintu P14.

Selepas cermin kereta berjaya dipecahkanT1 dan T2 ditangkap dan pemereksaan dibuat ke atas P14dihadapan mereka. Hasil pemereksaan pihak polis menjumpaidari dalam kereta tersebut iaitu di tempat letak kaki sebelah kiridi bahagian penumpang satu beg warna biru tua berjenamaKozato (PI3), dan di dalamnya, terdapat 2 ketulan daun keringmampat yang disyaki ganja.

Mengikut SP8, T1 dan T2kelihatan pucat dan menggeletar ketakutan.7Barang-barang kes serta T1 dan T2 dibawa balik ke BalaiPolis Chukai, Kemaman di mana suatu laporan polis (P7)dibuat. Barang-barang kes sentiasa berada dalam simpananSP8 sehingga beliau menyerahkannya kepada InspektorMohammad bin Hamidon (SP5) iaitu pegawai penyiasat kes iniuntuk diambil tindakan selanjutnya.Dua ketulan mampat yang ditanda M dan Ml yangmengandungi daun-daun kering mampat yang disyaki ganjatersebut dihantar ke Jabatan Kimia Kuala Terengganu untukdiperiksa dan dianalisa.

Ahli Kimia Puan Zainun bt Muhamad(SP1) telah menjalankan 4 ujian seperti: (1) PemeriksaanVisual, (2) Pemeriksaan Microscopic, (3) Ujian DequenoisLevine Test (DLT), dan (4) Ujian Thin Layer Chromatography(TLC) ke atas ketulan-ketulan tersebut dan mengesahkanbahan-bahan tersebut adalah dadah berbahaya jenis cannabisseperti ditakrifkan di bawa peruntukan seksyen 2 Akta DadahBerbahaya 1952 (ADB) dan jumlah berat bersih ketulan M danMl berkenaan iaIah 1,884.16 gram.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rayuanbersabit kesalahan pengedaran dadah lazimnya tertumpukepada isu-isu berkenaan milikan dadah, pengetahuanmengenai kewujudannya, cara pengedaran seperti pengedaransecara pisikal atau inferen pengedaran melalui andaian dibawah peruntukan seksyen 37 atau pengedaran seperti takrifan8seksyen 2 ADB.

Sehubungan dengan itu kami ingin menarikperhatian kepada nas-nas utuh yang menjadi panduan bagimembantu kami dalam membuat keputusan yang seadiladilnyadengan keidzinan Tuhan.Di sini kami perturunkan takrif seksyen 2 ADB mengenaipengedaran dadah. Ia berbunyi sedemikian:-

“Pengedaran dadah” termasuklah melakukan salahsatu daripada perbuatan-perbuatan ini, iaitu mengilang,mengimport, mengeksport, menyimpan, menyorok,membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor,mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar,mengirim, berusaha mendapatkannya, membekal ataumengedar sesuatu dadah berbahaya atau dengan caralain di bawah penguatkuasaan Akta ini atau peraturanperaturanyang dibuat di bawah Akta ini”.

Adalah jelas daripada seksyen 2 berkenaan perbuatanperbuatanpengedaran dadah seperti ditakrifkan amat luas.Dalam kes PP v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3MLJ 560 di mana fakta kes adalah seakan-akan kes rayuan ini,Mahkamah Persekutuan menyatakan di halaman 574 takrifpengedaran seperti dalam ADB amat luas dan bukan sahajamengenai perbuatan membeli dan menjual bahkan termasukperbuatan seperti membawa, menyimpan serta menyorok.9Dalam kes tersebut pihak pendakwaan juga bergantongkepada peranan agen provokator.

Mahkamah Persekutuantelah membenarkan rayuan Pendakwa Raya dan menyatakanterdapat banyak bukti kukuh yang menunjukkan kewujudanperbuatan menjual dadah di antara agen provokator dantertuduh setelah mengambil kira penglibatan tertuduh dan agenprovokator dalam proses rundingan sebelum tertuduhditangkap.Berbalik kepada kes rayuan ini senario serupa melibatkanagen provokator (SP3) sebagai pembeli dengan tertuduhsebagai penjual dadah.

Ia adalah suatu hakikat nyatamengenai penglibatan tertuduh dalam perbuatan-perbuatanpengedaran dadah iaitu menjual, membawa serta mengangkutganja yang seberat 1,884.16 gram dalam keretanya (P14).Fakta keterangan juga menunjukkan ganja tersebut beradadalam milikan mereka. Pengetahuan T1 mengenai apa yang dibawanya adalah nyata daripada hal keadaan yang memberiinferen tentang penglibatannya dalam penjualan dadah kepadaSP3. Keterangan SP3 disokong (corroborate) oleh keteranganSP8 di mana ganja dijumpai dan T1 pucat ketakutan sertakeengganan T1 untuk membuka pintu kereta yang dikunci daridalam.

Dalam rayuan ini pada penelitian kami melibatkan isuagen provokator. Prinsip udang-undang nyata (trite) mengenaiketerangan agen provokator ialah keterangan sedemikian boleh10di terima oleh mahkamah. (Jeva Subramaniam & Anor v PP[2009] 3 CLJ 597). Mengenai persoalan ini hakim bicaramenerima keterangan SP3 sebagai boleh di terima di bawahperuntukan seksyen 40A ADB. Pada pendapat kami hakimbicara tidak khilaf dalam pemakaian prinsip berkenaan.Pada pengertian kami perkataan menjual ialah suatuproses jualan. Jual ialah bererti berniaga atau berdagang.

Perbuatan menjual membawa maksud yang luas. Ia tidaksemestinya barangan bertukar tangan baru boleh dikatakanmenjual. Dalam kes Jeva Subramaniam & Anor v PP [Supra]Mahkamah ini memberi ratio decidendi dalam hal keadaansebegini di halaman 606 seperti berikut (dalam bahasa asal):-

“As regards the first accused, his learned counselMr Naran Singh submitted that there had been no deliveryand therefore there was no sale of drugs in the presentcase. He submitted that at best his client had onlypossession of the drugs in question. In support of hisargument learned counsel relied on the decision ofFederal Court in PP v Sa’ari Jusoh [2007] 2 CLJ 197. Inthat case it was held by the Federal Court that there mustbe an actual delivery of the proscribed drugs. In ourjudgment, whether there is delivery in a given case is aquestion of fact and of degree. It all depends on thecircumstances of each case.

In the present instance, theact of presenting the drugs to PW4 in the manner11described earlier in this judgment clearly denotes deliveryof the same to the witness. Accordingly, we are satisfiedon a consideration of the totality of the evidence includingthe conversation between PW4 and the first accused aswell as the conduct of the second accused alreadyadverted to, that there is a sale of drugs to PW4. It didnot matter, on the facts before us that the drug was notphysically handed to PW4.

It also does not matter thatthe price was not paid for it”.Mengenai milikan yang bukan secara pisikal sepertidalam kes rayuan ini Mahkamah Persekuatan dalam kes-kesseperti PP v Abdul Rahman Bin Akif [2007] 5 MLJ 1 danParlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 memutuskan bahawadadah yang dijumpai tersorok di bawah kerusi dalam keretayang dinaikki tertuduh menunjukkan tertuduh mempunyaipengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut iaitu jolokanmilikan men rea.

Mahkamah tertinggi kita dalam kes ParlanDadeh telah menolak keputusan Mahkamah ini dalam kes TohSu Kuan v PP [2005] 3 CLJ 740 yang memutuskan tiadamilikan ber mens rea walaupun dadah ditemui di badantertuduh. Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan memutuskanbahawa pengetahuan boleh di andaikan daripada tingkah lakutertuduh seperti tertuduh berpeloh ketakutan: PP v Lim HockBoon [2009] 2 AMR 768.12

Daripada alasan penghakiman hakim bicara yang arif,kami dapati tiada ruang untuk kami menggangu keputusannya.Beliau secara terperinci menilai keterangan daripada ke duaduapihak. Sehubungan dengan itu daripada penghakimanbeliau kami berpuashati segala unsur-unsur pertuduhan dibawah seksyen 39B ADB telah diberi pertimbangan wajar.Beliau telah melandaskan keputusannya kepada keteranganboleh diterima. Pada hemat kami keputusan beliau adalahberdasarkan fakta.

Kami yang mendengar rayuan tidak mudahuntuk menggangu keputusan sedemikian. Sila lihat Andy binBangindah v PP [2000] 3 MLJ 644; Che Omar bin MohdAkhir v PP [2007] 3 CLJ 28I.Daripada fakta keterangan hakim bicara telah mendapatitertuduh bersama memiliki dadah dengan niat bersama padamasa material dan memenuhi kehendak peruntukan seksyen34 KK. Beliau telah mengambil kira hal keadaan penglibatan T1dn T2 dalam perundingan penjualan dadah ganja di antaramereka dengan SP3 pada 12.4.99 di restoran sehingga pada21.4.99 dimana TI dan T2 di tangkap oleh polis ketikaberada di dalam kereta (PI4) di tempat kejadian bersamadadah yang hendak dijual oleh mereka kepada SP3. Sila lihatkes Gunalan Ramachandran & Ors. v PP [2004] 4 CLJ 551;

Jeva Subramaniam & Anor v PP [Supra].13Secara terperinci hakim bicara telah memberipenjelasannya bagimana beliau mendapati pihak pendakwaantelah berjaya menegakkan suatu kes prima facie terhadap T1dan T2. Sila lihat seksyen 180 KAJ; Dato` Seri Anwar binIbrahim v PP [2002] 3 MLJ 193.

Bagi mendapat gambaranjelas kami fikir adalah perlu memaparkan pertimbangan yangdibuat oleh hakim yang arif tersebut. Petikan berikut terdapat dihalaman 1229-1232 Rekod Rayuan (RR) JILID 2, halaman 12-15 alasan penghakiman beliau berpendapat;“….saya dapati keterangan yang ada adalah mencukupi untukmembuktikan bahawa TI dan T2 mempunyai milikan bersama keatas cannabis dalam kereta itu dengan pengetahuan ke atasnya.

Mereka membawa dadah cannabis untuk diserah dan dijual kepadaSP3, seorang agen provokator. Perjumpaan dadah dalam keretatidak boleh diasingkan dengan keterangan lain dalam kes ini. Kesini hendaklah ditengok pada keseluruhannya. Episod pada 12.4.99adalah relevan, kerana itulah detik permulaan di mana SP3 telahberjumpa dengan T1 dan T2 dengan tujuan untuk membeli dadah.

Walaupun transaksi itu dibatal dengan helah SP3 hendak ke KotaBharu, namun SP3 ada memesan kepada T1 untuk di bekal 2-3kilogram ganja , kepadanya. Pesanan telah disambut olehT2 pada20.4.99 jam 8.30 pagi apabila T2 telah menalefon SP3memberitahu bahawa T2 ada mempunyai ganja sebanyak 2kilogram, dan mereka bersetuju ganja itu diserah di Kemamanpada keesokan hari 21.4.99. T2 telah menghubungi SP3 sebanyak2 kali lagi untuk menghantar dadah yang dipesan itu kepada SP3.

Setiba di Kemaman di kawasan stesen minyak Esso,T2 yangduduk di sebelah T1 telah keluar dari kereta yang dipandu oleh T1,14dan T2 memberitahu SP3 bahawa ‘barang’ ada dalam kereta.‘Barang’ itu tidak lain dan tidak bukan iaiah ganja sebagaimanadilihat oleh SP3 apabila dia membuka beg P13 dan berbau ganjadan ganja itu telah dibawa oleh T1 dan T2 dalam kereta untukdiserah dan dijual kepada SP3 sebagaimana janji. Tidak adabarang lain selain barang kes yang telah dijumpai dalam kereta.

Kereta yang dipandu oleh T1 adalah kepunyaannya.Sebagai pemandu, T1 sudah tentu mempunyai jagaan ataukawalan ke atas dadah dalam kereta yang dibawanya. KeretaProton Aeroback (PI4) seperti ditunjukkan dalam gambar P5A-P5Fbukanlah suatu kenderaan yang besar dan mempunyai ruang yangluas. Dadah dalam beg (PI3) cuma berada di tempat letak kaki ditempat duduk penumpang di belakang dalam kereta.

Dengan lainperkataan, jarak PI 3 dengan T1 dan T2 dari tempat duduk merekadalam kereta adalah sangat dekat hanya di belakang merekasahaja. Di sini juga, saya ambil pengiktirafan kehakiman denganmengatakan perjalanan dari Besut, di mana T1 tinggal, menurutbapanya, SP7, ke Kemaman adalah jauh, memakan masa yanglama sekurang-kurangnya 3 jam perjalanan dengan kereta.

Jadi,melihat dari konteks bahawa SP3 telah sebelum itu ada memesan2-3 kilogram ganja daripadanya, maka sudah pasti wujud satuinferens yang tidak dapat dibendung bahawa T1 tahu apa yangberada dalam PI3 dalam keretanya yang dipandndunya. Lagi pun,keengganan T1 dan T2 memuka pintu kereta apabila disuruh olehpihak polis untuk membukanya kerana dikunci dari dalam sehinggapolis terpaksa memecahnya, serta mereka dilihat pucat danmenggeletar ketakutan, menunjukkan dengan jelasnyakebersalahan mereka, dan mereka berdua tahu apa yang merekabawa di dalam kereta yang mereka naiki.

Oleh yang demikian,dengan keterangan di atas, saya putuskan bahawa dadah cannabis15dalam kereta itu adalah berada dalam jagaan atau kawalan T1dengan pengetahuan dan oleh itu, T1 mempunyai milikan ke atascannabis itu,

”Hakim bicara juga mendapati keterangan pihakpendakwaan berjaya membuktikan secara langsung bahawaT1 dan T2 memiliki dan mengedar dadah tanpa bergantongkepada mana-mana peruntukan di bawah seksyen 37 ADB iaituseksyen-seksyen kecil (d) atau (da). Ini dapat kita lihatdihalaman 17 dan 18 di mana beliau menyatakan sepertiberikut:-“Nampaknya makna trafficking di atas adalah luas.

Oleh itu, dengan fakta yang ada, tindakan bersamakedua-dua tertuduh bukan sahaja terjatuh di bawah istilah‘carrying’ malah ia juga boleh dikatakan tergolong dibawah ‘transporting’ atau ‘delivering’.Tujuan sebenar T1 dan T2 membawa cannabistersebut adalah untuk menyerah dadah kepada SP3 hasildaripada rundingan jual beli antara mereka. Inilah yangtelah dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Jadi keteranganrundingan untuk menjual dadah sudah memadai bagimaksud pengedaran, meski pun tiada keteranganbahawa deposit bagi dadah itu telah dibayar atau samadaSP3 mempunyai wang untuk membeli dadah tersebut.16Keterangan sedemikian tidak perlu. Justeru, atas alasandi atas, saya dapati pihak pendakwa telah berjayamembuktikan elemen pengedaran dadah cannabisterhadap kedua-dua T1 dan T2”.

Setelah meneliti rekod rayuan jelas suatu kes prima faciedapat ditegakkan terhadap tertuduh. Nyata sekali tertuduhmempunyai dadah ganja seberat 1,884.16 gram dalammilikannya ketika ditangkap. Terdapat banyak keterangan yangdapat menunjukkan beliau mempunyai pengetahuan mengenaikewujudannya. Inferen yang kuat dapat dibuat hasil sepanjangpenglibatannya dengan SP3.

Lagi pun cermin keretanyaterpakasa dipecahkan oleh pihak polis untuk menggambil P13yang berisi dadah dari dalam keretanya yang dikunci. Tertuduhenggan membuka pintu kereta walaupun selepasmemperkenalakan diri mereka. Tertuduh juga pucatmenggeletar ketakutan. (PP v Lim Hock Boon [Supra]). Kamiberpendapat perlakuan tertuduh boleh membawa inferenbahawa beliau takut kerana memiliki barang salah. (Sila lihatseksyen 8 Akta Keterangan) (AK).Persoalan juga ditimbulkan oleh pihak perayu T1mengenai kegagalan pihak pendakwaan mengemukanketerangan informer 1 dan 2 dalam perbicaraan yangmembolehkan T1 mendapat manfaat dibawah peruntukan17seksyen 114(g) AK.

Hakim bicara telah memberi alasanbahawa informer-infomer tersebut tidak perlu dipanggil sebagaisaksi oleh pendakwaan kerana mereka tidak terlibat secaraaktif dan tidak boleh dianggap sebagai agen provokator. Padapendapat kami hakim bicara tidak khilaf dalam persoalan ini.Beliau membuat keputusan berdasarkan fakta dan menepatipemakaian prinsip nyata. Mahkamah Persekutuan dalam kesPP v Mansor bin Md Rashid & Anor [Supra]; [1996] 3 AMR3989 telah memutuskan atas fakta yang seakan-akan bahawapihak pendakwaan tidak dikehendaki memanggil ataumenawarkan saksi-saksi yang bukan boleh disifatkan sebagaiagen provokator kerana peranan passif mereka dalam urusanpenjualan dadah.

Apabila mahkamah telah mendapati pihak pendakwaanberjaya menegakkan suatu kes prime facie dan tertuduhmembuat pilihan untuk berdiam diri, kami berpandukan prinsipyang ditetapkan dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ301 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan sepertiberikut (dalam bahasa inggeris) di halaman 316:-

“As the accused can be convicted on the primafacie evidence it must have reached a standard which iscapable of supporting a conviction beyond reasonabledoubt. However it must be observed that it cannot, at thatstage, be properly described as a case that has been18proved beyond reasonable doubt.

Proof beyondreasonable doubt involves two aspects. While one is thelegal burden on the prosecution to prove its case beyondreasonable doubt the other is the evidential burden on theaccused to raise a reasonable doubt. Both these burdenscan only be fully discharged at the end of the whole casewhen the defence has closed its case.

Therefore a casecan be said to have been proved beyond reasonabledoubt only at the conclusion of the trial upon aconsideration of all the evidence adduced as provided bys 182A(1) of the Criminal Ptocedure Code. That wouldnormally be the position where the accused has givenevidence. However, where the accused remains silentthere will be no necessity to re-evaluate the evidence inorder to determine whether there is a reasonable doubt inthe absence of any further evidence for such aconsideration.

The prima facie evidence which wascapable of supporting a conviction beyond reasonabledoubt will constitute proof beyond reasonable doubt”.

Hakim bicara setelah menilai semula keseluruhanketerangan mendapati mereka bersalah dan disabitkankesalahan seperti pertuduhan. Hakim bicara peka dengantahap pembuktian di akhir perbicaraan seperti di bawahperuntukan seksyen 182A(1) Kanun Prosedur Jenayah(KPJ). Ini jelas apabila hakim bicara menyatakan di halaman1928 dan 29 alasan penghakimannya mengenai tanggungjawabmahkamah untuk menilai semula kes pendakwaan atas tahappembuktian melampaui keraguan munasabah.

Selepas berbuatdemikian beliau mendapati tertuduh gagal menimbulkansebarang keraguan munasabah terhahap kes pendakwaankerana tiada apa-apa lagi yang baru di timbulkan oleh pihaktertuduh. Kami berpendapat hakim bicara adalah betul dalampertimbangannya. Beliau tiada pilihan dalam keadaansedemikian melainkan mendapati pihak pembelaan gagalmenimbulkan keraguan munasabah atas tahap imbangankebarangkalian. (Sila lihat Jeva Subramaniam v PP [Supra];

Balachandran v PP [Supra]; Ahmad Najib bin Aris v PP[2009] 2 MLJ 613).

Di peringkatan akhir penghakimannya hakim bicarasecara terperinci telah menyatakan satu persatu kenapa beliaumendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikankesnya mengikut prinsip yang nyata dan kegagalan pihaktertuduh menyangkalkan kes pendakwaan. Kami sebagaihakim mendengar rayuan tidak akan dengan sewenangwenangmenggangu keputusan sedemikain;

Herchun Singh &Ors v PP [1969] 2 MLJ 209; Lai Kim Hon & Ors. v PP [1981]1 MLJ 84; Dato` Mokhtar Hashim & Anor. v PP [1983] 2 MLJ232.20

Akhir sekali kami berpendapat fakta kes ini begitu teguhuntuk mengsabitkan tertuduh atas kesalahan mengedar dadahganja secara langsung di bawah peruntukan seksyen 2 ADBatau dengan menggunapakai anggapan di bawah peruntukanseksyen 37 (da) akta yang sama.

Sehubungan dengan itu Mahkamah Persekutuan dalamkes PP v Lim Hock Boon [Supra] Nik Hashim Ab RahmanHMP (secara kebetulan hakim bicara dalam rayuan ini)menghakimkan bagi pihak mahkamah tersebut menyatakandalam bahasa inggeris seperti berikut;“ A good example where the definition of trafficking in s 2 ofthe Act was invoked is in the case of PP v Abdul Manaf b MuhamadHassan [2006] 3 AMR 89; [2006] 2 CLJ 129.

There the FederalCourt, in order to avoid contravening the bar against the use ofdouble presumptions following the case of Muhammed b Hassan vPP [1998] 1 AMR 829; [1998] 2CLJ 273, substituted thepresumption of trafficking under s 37(da) of the Act relied on by thetrial court, to find trafficking in the dangerous drugs by carryingunder s 2 of the Act.

The Federal Court ruled that the Court ofAppeal ought to have applied the proviso to s 60(1) of the Courts ofJudicature Act 1964 and upheld the conviction and sentencenotwithstanding the misdirection by the learned trial Judge inapplying the double presumptions under s 37(d) and (da) of the Actto convict the accused.It is worthy of note that there is only one offence of traffickingunder the Act.

However, there are several acts that may constitute21the offence. If the prosecution is not able to bring its case withinone of the acts (see Ong Ah Chuan v PP and Koh Chai Cheng vPP [1981] 1 MLJ 64) under s 2 of the Act, but is nevertheless ableto establish the existence of primary facts that draw thepresumptions under the Act, then the court is enjoined to drawthose presumptions, subject of course to the bar as set out byMuhammed b Hassan (supra).

”Kami telah meneliti alasan penghakiman berserta notaketerangan dan juga hujahan oleh pihak perayu (T1) dan pihakPendakwa Raya sebagai responden. Kami berpuashati hakimbicara tidak khilaf dalam membuat keputusannya. Kami dapatihakim bicara telah memberi pertimbangan yang wajar baik darisegi fakta mahu pun dari sudut prinsip undang-undang. Di atasalasan-alasan yang kami nyatakan di atas kami sebulat suaramenolak rayuan T1 dan memperakui keseluruhan keputusanMahkamah Tinggi mengenai sabitan dan hukuman.Saudara-saudara saya Tengku Baharudin Shah TengkuMahmud, HMR dan Sulong Matjeraie, HMR telah melihatalasan penghakiman ini dalam bentuk deraf dan melahirkanpersetujuan mereka.

Bertarikh: 27 Julai, 2009

t.t.

[DATO’ WAN ADNAN BIN MUHAMAD]
HakimMahkamah Rayuan MalaysiaPutrajaya.

22Bagi Pihak PerayuTetuanPritam SinghPeguambela & Peguamcara

3A Jalan Sulaiman,83000 Batu Pahat,Johor.

Bagi Pihak RespondenTimbalan Pendakwa RayaKamar Peguam NegaraJabatan Peguam Negara Malaysia (4G7),No.45, Pesiaran Perdana,Presint 4,62160 Putrajaya.

23Kes-Kes Yang Di Rujuk

1. PP v Mansor Bin Mohd Rashid & Anor [1996]

3 MLJ 560;2. Jeva Subramaniam & Anor v PP [2009] 3 CLJ 597;3. PP v Abdul Rahman Bin Akif [2007] 5 MLJ

1;4. Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717;

5. Toh Su Kuan v PP [2005] 3 CLJ 740;

6. PP v Lim Hock Boon [2009] 2 AMR 768;

7. Andy Bin Bangindah v PP [2000] 3 MLJ 644;

8. Che Omar Bin Mohd Akhir v PP [2007] 3 CLJ 281;

9. Gunalan Ramachandran & Ors. v PP [2004] 4 CLJ 551;

10. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim v PP [2002] 3 MLJ 193;

11. PP v Mansor Bin Md Rashid [1996] 3 AMR 3989;

12. Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301;

13. Ahmad Najib Bin Aris v PP [2009] 2 MLJ 613;

14. Herchun Singh & Ors. v PP [1969] 2 MLJ 209;

15. Lai Kim Hon & Ors. v PP [1981] 1 MLJ 84;

16. Dato’ Mokhtar Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232;

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan para pelajar mendapat menafaat dari alasan penghakiman kes ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR