FOLLOWERS

Sunday 18 October 2009

SERANGAN PENGGANAS ISLAM DI PAKISTAN : 60 TERBUNUH !






RAWALPINDI (Pakistan): Kira-kira 60 militan terbunuh dalam tempoh 24 jam selepas serangan besar-besarkan dilakukan terhadap Taliban di Waziristan Selatan, hari ini, menurut pihak tentera Pakistan.

" Dalam tempoh 24 jam itu, dilaporkan 60 pengganas terbunuh dalam operasi Rah-e-Nijat. Di pihak keselamatan Pakistan pula, lima askar terbunuh dan 11 yang lain cedera," katanya pihak tentera dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. Jurucakapnya, berkata kumpulan askar sudah menghantar laporan kehilangan nyawa ke ibu pejabat di bandar Rawalpandi, di mana ia dikepung kumpulan lelaki bersenjata minggu lalu. - AFP

Penghuni Gua : Semua ini terjadi kerana ada sebahagian orang islam merasakan ia lebih islam dari yang lain. Yang merana ialah mereka yang tidak berdosa dan kanak-kanak.

2. Walau bagaimana pun, dari semua kejadian seperti di atas , walau di mana ia berlaku di negara islam, gulungan ini akan tetap memberikan dalil dan ayat suci Al Quran untuk menghalalkan jenayah yang mereka lakukan.
3. Samalah seperti sebahagian gulongan di Malaysia.............. Tak lebih tak kurang.

4. Semua yang berlaku ini tidak mustahil akan terjadi di Malaysia jika kerajaan terus berlembut dengan pihak-pihak seperti ini. Tanda-tanda di mana kerajaan kerap melayan desakan bodoh kupulan seperti ini seperti bersetuju meminda berbagai undang-undang pencegahan akan membawa malapetaka kepada rakyat dan negara. PG pun kadangkala amat kecewa dengan keadaan ini. 63 tahun sudah undang-undang pencegahan ini berfungsi di Malaysia dan tiada siapa teraniaya. PG pun tidak pernah sekalipun berasa susah dan terganggu dengan semua undang-undang ini.

5, Mengapa sebahagian kecil suara sumbang ini begitu terganggu dengan semua undang-undang-undang pencegahan yang ada? Ini kerana mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Meraka mahu orang melayu lemah juga mereka mahu PDRM lemah. Jika 2 elemen ini lemah maka senang lah mereka menyemournakan agenda mereka.

6. Keutamaan mereka ialah melemahkan Melayu dan PDRM. Inilah asas ketahanan negara . Jika ini lemah maka jatuhlah kerajaan yang ada.

7. Fikirkah. Ini semua tidak mustahil berlaku di Malaysia dan telah hampir berlaku pun jika kita / PDRM tidak menghalang kegiatan haram JI pada 2005 dan 2006 termasuk penangkapan anak TGNA.
8. Fikirkanlah......................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR