FOLLOWERS

Saturday 17 October 2009

CELCOM BROADBAND : PERKHIDMATANNYA AMAT BURUK !



Bermula dari hari raya Aidil fitri hinggalah kini , PG melihat perkhidmatan Internet Broadband Celcom amat buruk. Celcom pernah memberi komen dan menjelaskan masalah ini dengan mengatakan kelambatan dan talian internet kerap terputus disebabkan masalah kesibukan talian pada hari raya.

2. Hari raya sudah hampir sebulan berlalu. Tetapi mutu perkhidmatanya amat buruk sekali. Taliannnya berjalan amat berlahan. Kura-kura-kura lebih laju dari talian Celcom. PG rasakan seolah masih berada di Maldives atau timur-timur. Sebelum Hari raya, kalau kita layari internet, setiap klik hanya mengambil masa 1 atau 2 saat sahaja , PG sudah boleh melihat dan membaca apa yang diperlukan. Kini: lima minit belum tentu dapat lagi.

3. Kalau dapat talian pula, tidak sampai 10 minit putus talian. Itu kalau di Kuala Lumpur. Kalau di Melaka lagi teruk. Rumah PG 2 km dari MITC ( macam lembah silikon atau putra jaya lah ). Tetapi perkhidmatan talian Celcom.... HAMPAS.

4. MUNGKIN JURUTERA DAN BOS-BOS , CELCOM ini masih berhari raya atau tidor dan makan gaji buta aje kot. Kami bayar talian ini, bukan percuma. PG nakkan nilai setiap sen wang yang telah dibayar terhadap perkhidmatan ini.

5. Jika CELCOM masih belum bertindak mengatasi masalah ini, JOM kita ramai-ramai berhijrah ke talian Broadband Maxis. Mungkin Maxis lebih baik.

4 comments:

  1. SLM BRO...CELCOM MEMANG HAMPEHH!!..BOS2 CELCOM KAKI BEDEKK!!..KWN PUN PAYAH NAK CONNECT BROADBAND. MCM SIPUT!!..KITA PUN BYR PERKHIDMATAN JUGAK!!..BKN FREE BEB!! KLU BOS2 CELCOM DH X BLH SETEL MSLH, BAIK LETAK JAWATAN DAAAAAAAAAA!!!..INGAT LA WEIII.."PENCAPAIKAN DIUTAMAKAN"

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Sayapun selalu mengalami keadaan yang hampir sama...tapi saya ada 1 pilihan lain jika kita gunakan windows biasa walaupun sama celcom broadband.

    Selalu saya akan gunakan "google chrome" untuk lebih cepat dwmload atau xcess ke internet.

    ReplyDelete
  3. Salam PG.

    Maxis Broadband pun kadang2 sama jugak kura2nya dengan celcom.

    So untuk surf lebih cepat, Google Chrome was a better option.

    Lagi satu cuba elakkan run any application sewaktu surfing.

    ReplyDelete
  4. Maxis broadband dan Celcom sama je, memang guna crome lebih cepat. tapi masih lambat lagi, disebabkan aku jenis yang surf kat rumah je. sekarang aku dah guna streamyx. combo pakej cuma rm110 unlimited, maxis aku dulu rm98 cuma bole guna 3 gig je. lepas tu terus ditutup, hampeh..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR