FOLLOWERS

Sunday 25 October 2009

MEE BODOH DAN RIADAH KUDA DI AYER KEROH !

Hari ini jam 8 pagi PG dan keluarga sarapan pagi di gerai Mee Bodoh di Tengkera ( semalam di gerai mee sup bodoh ). Gerai mee Bodoh ini terletak di 300 meter dari masjid Tengkera dan 200 meter dari gerai mee sup bodoh.

2. Taukeh nya adalah orang yang sama cuma gerai mee bodoh dan mee sup bodoh ini berlainan lokasi ( tetapi berhampiran dan di jalan yang sama ). Datanglah ke gerai ini dan jika tidak dapat mencarinya, tanyalah orang Melaka , di mana letaknya gerai Mee bodoh ini. Memang namanya dan dikenali sebagai mee bodoh. Kerana hanya mee dan taugeh sahaja. Tetapi sedapnya , Ya Allah. Tak terkata. Harga RM 1.50 . Kalau nak tambah telor mata kerbau tambah lagi RM .70.

3. Tak lengkap kunjungan anda ke Melaka jika tak makan di gerai ini. Waktu perniagaan ialah setiap hari kecuali hari khamis di tutup. Masanya 8 pagi hingga 10 pagi sahaja. Lambat , maknanya gigit jarilah.




4. Selepas melantak mee bodoh tersebut, jam 9 pagi PG dan anak beriadah kuda sejauh 10 km di kawasan kem PLKN Hutan Rekreasi dan di kawasan Tasik Utama Ayer Keroh. Segarkan badan di samping menikmati kehijauan hutan ( sejemput aje ) di kawasan sekitar. Kawasan di atas adalah kawasan orang ramai berjogging dan mengayuh basikal. Meriah kawasan ini. Kunjungilah. Anda semua tidak akan rugi.

5. Sekitar kawasan ini terdapat muzium orang asli, Taman Buaya, Zoo Melaka, , Hutan Rekreasi, Taman Rama-Rama, Padang Golf AKCC, Go Kart di kawasan Tol dan sebelah Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Hotel-hotel yang menarik, MITC dan Gedung membeli Belah Mydin, Kota Fesyen dan Juga Planetirium .

6. Kawasan ini juga adalah zon bebas internet. Percuma sahaja untuk melayari Internet dan jika tiada komputer, anda semua boleh pergi ke pusat Inkubator dan boleh gunakan kemudahan komputer dan inernet di sana secara percuma.

7. Selain itu terdapat kawasan memancing di Tasik sekitar juga boleh bersiar di samping melihat perumahan yang tumbuh bagai cendawan dan jika ada lebihan duit boleh membelinya . Pasti anda tidak akan rugi.

8. Kunjungilah Melaka. Semuanya ada. Datang Melaka seolah anda melawat Malaysia keseluruhannya. Sejarah negara bermula di sini. Selamat datang.

5 comments:

  1. ye betul, melawat Melaka seperti melawat satu Malaysia. Kalu rasa boring pegi la Melaka. Tapi saya selalu g makan ikan bako je. nak juga rasa sup bodoh dan mee bodoh tu.....nasib baik Melaka tak jauh dan orang Muor dan org Batu Pahat lebih selesa ke Melaka daripada ke Johor - lebih dekat

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh byk2 abg Arif atas informasi yang begitu baguih ni ... Nanti kalau aku pi Melaka lagi, pasti aku akan try Mee Bodoh tu!

    bravo PG !...



    AloQStaQ

    ReplyDelete
  3. aku pernah makan di gerai mee bodoh ni.

    apa yang sedap nya ?? tak sedap langsung..orang bodoh aje makan mee dia ni..itu lah the first and the last aku makan meedia ni...

    ReplyDelete
  4. apa nak buat. dah selera macam tu. beribu ynag lain kata sedap. taukeh tu pun ada 5 biji rumah banglo 6 bilik tiap satu hasil mee dan mee sup bodoh tu le. mungkin orang lain boleh cuba. jalan2 cari makan dah iktiraf masakanya. bukanya benda haram. dah terkenal seluroh melaka. tak berdosa mencubanya

    ReplyDelete
  5. Salam:-

    Bro:-

    Dah cuba naik boat menyusuri sungai Melaka? Lagi seronok dan selesa jika naik bot vip waktu malam.Ada tour guide dan anda boleh menyanyi bersama selepas berpatah balik ke pangkalan.

    Melaka hebat sekarang baa....

    ReplyDelete

PETA PELAYAR