FOLLOWERS

Sunday 4 October 2009

YDP MAINPP : PERKENAN AGUNG DISOROK : LIM GUAN ENG MULA LANGKAH CUCI TANGAN !





BUTTERWORTH: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyerahkan isu mengenai siapa yang layak memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

"Saya tidak mahu komen apa-apa, ia diserahkan kepada Exco yang bertanggungjawab. Lebih baik tanya Mansor," katanya kepada pemberita selepas upacara pecah tanah pembinaan Tokong Guan Im Po Mo Gong di Jalan Raja Uda di sini, hari ini.

Isu jawatan Yang Dipertua MAINPP hangat diperkatakan berikutan pendedahan surat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang telah berkenan melantik bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria.

Bagaimanapun, kerajaan negeri gabungan parti pembangkang menjanjikan jawatan itu kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, sebagai memancing undi sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu .

Surat perkenan itu telah diterima kerajaan negeri pada pertengahan Ogos lalu iaitu sebelum pilihan raya kecil itu diadakan tetapi pucuk pimpinan tidak mengumumkannya kepada orang ramai.

Pendedahan surat perkenan itu dibuat oleh Yang Dipertua MAINPP ketika ini, Shabudin Yahaya, semalam. Shabudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. - Bernama
Penghuni Gua : Lim Guan Eng membuka langkah silat daan kun tau lagi.

2. Perkenan DYMM Agung disorok . DYMM Agung telah memperkenankan perlantikan Yang di Pertua MAINPP bagi mengantikan YDP Sekarang iaitu Shabudin. Sebabnya kerana kerana sudaah terlepas cakap bahawa Salleh man dijanjikan untuk dilantik sebagai YDP MAINPP jika menang PRK Permatang Pasir bagi menarik sokongan pengundi Melayu Islam mengundi PAS. Seblum PRK PAS tiada jawatan di dalam kerajaan PR. Jadi YDP MAINPP menjadi taruhan.

3. Surat Perkenan DYMM disorok walaupun telah dikeluarkan sebe;ujm PRK Permatang Pasir. Sekarang Ketua Menteri mula bersilat dan membuka langkah dan mencuci tangan dan menolak isu ini kepada TKM 1 Mansor Othman untuk selesaikan.

4. Isu sebesar ini bukan isu TKM1. Walaupun TKM 1 menjaga hal ehwal islam di P Pinang tetapi ini berkaitan surat perkenan DYMM melantik YDP MAINPP telah disorokkan dan tidak diumumkan sehingga kini. Ini tugas dan tanggungjawab KM. TKM1 hanya menjalankan tugas bagi pihak KM. Jadi KM yang sepatutnya menguruskan dan memaklumkan hal ini setelah mendapat penjelasan dari TKM 1.

5. Bukan dengan menolak isu ini ke tengkok TKM1 dengan alasan bodoh. Ini bukan isu kecil. Tetapi adalah isu negara dan negeri. Mengapa Lim Guan Eng tidak berani bercakap dan mencuci tangan.

6. Atau beginilah dan beginikah cara dan kaedahnya kerajaan DAP dan PR bertindak?

7. Nampak sangatlah selekehnya kerajaan ini. Ini rupanya keselekehan mereka. Cakap aje berdegar . Dengar cakap mereka , bangunan komtar tu pun boleh dimakan mereka.

8. Sekarang bagaimana? YDP yang di perkenan oleh DYMM iaitu bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria akan dilantik atau melantik YB Salleh Man sebagai YDP. Jika tidak lantik Salleh man bermakna janji kerajaan negeri kepada pengundi Permatang Pasir hanya kosong. Jika tidak lantik Ellias Zakaria pun memang tidak boleh. Perkenan telah diberi oleh DYMM Agung.

9. Bersilatlah anda semua . Ini semua terjadi kerana buat sesuatu perkara tanpa adanya keikhlasan. Semua perbuatan bermotif politik. Maka inilah jadinya. Perkenan DYMM Agung telah dkeluarkan sebelum PRK Permatang pasir lagi. Tetapi didiamkan. Semuanya kerana tersepit.

10. Tetapi PG percaya , Lim Guan Eng ada kaedah penyelesaiannnya. Kaedahnya macam biasalah iaitu : " Semuanya salah kerajaan BN terdahulu atau ini adalah konspirasi kerajaan BN ". Inilah buah silat yang sentiasa digunakan. Lihatlah nanti.

3 comments:

  1. Calun yang sudah diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agong tidak diambil tindakan pengesahan undang undang. Sebaliknya calun lain pula diistiharkan. Sedangkan Hal Ehwal Ugama Islam itu adalah di bawah bidang tanggong jawab DYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Itu sedah jelas tindakan derhaka.

    Perkara kedua pula ialah tindakan berbaur politik ini menunjukkan Perlembagaan Negara dibelakangi dan tidak dihormati.

    DERHAKA KEPADA NEGARA DAN
    DERHAKA KEPADA DYMM SBP YANG DIPERTUAN AGONG.

    Hukuman ? ? ?? ??? ????

    ReplyDelete
  2. Salam, Salleh Man ? hai bertambah-tambahlah tempat cuci rambut wanita asing di Pulau Pinang..........

    ReplyDelete

PETA PELAYAR