1 okt 2009
Mahkamah batal saman fitnah Chin Peng
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membatalkan saman fitnah yang dikemukakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng terhadap Kerajaan Malaysia. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakimannya memberi tiga alasan untuk menolak saman Chin Peng dengan kos. Alasan pertama katanya, Chin Peng tidak mempunyai kapasiti untuk membawa tindakan mahkamah mewakili keseluruhan ahli PKM.
“Keduanya, sudah menjadi pengetahuan masyarakat dan fakta sejarah serta tidak boleh dinafikan mengenai kekejaman yang dilakukan Chin Peng dan PKM. Jadi dia tidak layak mengatakan reputasinya terjejas dengan laporan itu.
“PKM juga tidak boleh membuat sabarang tuntutan di sisi undang-undang berikutan pertubuhan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Oleh itu ia tidak mempunyai kapasiti untuk menyaman Kerajaan Malaysia,” katanya.
Chin Peng memfailkan saman itu berikutan laporan media pada 21 Mac dan 6 Mei 2005 memetik kenyataan Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Zainuddin Maidin bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan dokumentari mengenai kekejaman pengganas komunis selepas Perang Dunia Kedua dan sedekad selepas kemerdekaan Malaysia.
Balia berkata, perjanjian menamatkan permusuhan itu ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 itu sendiri menunjukkan wujudnya perjuangan bersenjata antara kerajaan dan kumpulan itu. Malah, beliau juga menerima alasan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh bahawa saman fitnah difailkan Chin Peng atas kapasiti dirinya dan anggota PKM adalah satu fitnah dan bukan saman kemungkiran kontrak seperti yang didakwa.
Chin Peng, 85, yang dilahirkan sebagai Ong Boon Hua memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya sendiri dan PKM pada Jun 2005 bagi menuntut kerugian dan menghalang kerajaan Malaysia atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai mereka. Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa Perjanjian Damai 1989 serta persetujuan ditandatanganinya di Haadyai, Thailand, masih sah.
Penghuni Gua : Gila talak. Dulunya membenci habis-habisan. Sekarang bumi yang dikatakan buruk dan tak berguna inilah juga yang nak dijilat semula.
2. Inilah juga yang terjadi kepada sebahagian profesional kita yang belajar di Kanada dan di Australia dulu. Mereka memfitnah bahawa mereka dilayan sebagai rakyat kelas kedua di Malaysia. Tun Razak PM pada masa itu, dibaling telor busuk semasa lawatannya ke Australia.
3. Akhirnya mereka terkinja-kinja dan berbagai cara digunakan olehpihak ini untuk kembali semula di Malaysia dengan berbagai alasan. Setengahnya dulu mengoyak pasport dan kad pengenalan Malaysia dan menegaskan tidak akan kembali ke sini lagi. Akhirnya, semuanya menjilat balik muntah mereka. Dan dengan muka seperti sampah memohon pulang semula ke Malaysia.
4. Fikirkanlah generasi muda sekelian. Sejarah berulang. Cuma masa, watak dan cara sejarah dilakonkan semula aje yang berbeza. Kadang kala watak dan lakonan pun masih sama. Masa aje berbeza. Lihatlah blog Tukar Tiub. Inilah diantara spesis tegar yang memburuk kan Malaysia seantero dunia. Akhirnya merempat dan dibawa pulang oleh DSAI. Sekarang menjadi pemain utama di belakang tabir dalam banyak perkara kepada tokoh tertentu.
5. Fikirkanlah.
Salam, rakyat asing boleh sujud ke bumi bersyukur kepada Allah kerana dapat menjijak kaki si atas bumi Malaysia dengan selamat, tetapi ada manusia yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih beradadi bumi Malaysia....... inilah keangkuhan dan ketakburan mereka.
ReplyDeleteLihat sahajalah di negara jiran, tidak sampai beberapa minggu di turunkan bala gempa di pulau Jawa kini berhijrah ke Sumatera pula....... fikir-fikirkan lah..............
aku gi kedutaan indon pagi tadi continue paspor maid aku. mak aiii punya ramai mat2 indon cari makan di m'sia.
ReplyDeleteorg lain bergolok bergadai nak dtg m'sia dan bershukur m'sia aman damai, senang cari rezeki. tapi org m'sia ludah negara sendiri ludah pemimpin sendiri yg tak tidur siang malam memikirkan nasib rakyat.
yg sedih nya yg buat mcm tu org melayi, islam plak tu. dok percaya dengan anwar, percaya islam temberang yg dijaja pas kehulu kehilir.
ishh ...sedeh aku beb..
salim