FOLLOWERS

Sunday, 11 October 2009

EGM MCA : JANGAN BERTANGGUH LAGI ONG !


Apa yang hendak ditunggu sehingga khamis ini untuk meletakkan jawatan anda sebagai Presiden MCA? Sepatutnya dan semestinya selepas keputusan EGM semalam anda terus sahaja letak jawatan. Itu yang sebenarnya dan perwakilan serta musoh anda akan lebih menghormati anda.

2. Anda dan Chua Soi Lek hanya layak menjadi ahli biasa MCA sahaja. Itu sahaja standard anda berdua. Jadi cepat-cepatlah letak jawatan. Jangan bertangguh lagi. Buat semak politik Malaysia sahaja. Beri jawatan hanya menghabiskan tempohnya untuk bergaduh dan bukan untuk memperkuatkan parti.

3. Anda dilihat kerap memperkatakan prinsip perjuangan. Jadi kotakan prinsip anda. Segerakan perletakkan jawatan anda. Kalau keduanya keluar dari MCA adalah lebih baik. Aman BN.
4. Liow Tiong Lai ( Menteri Kesihatan ) : Bersedia untuk mengambil alih MCA. Tonjolkan diri mulai sekarang. Jangan asyik low profile aje. Masuk gear 1 dan terus ke gear 5. Jangan menunggu lagi.

KUALA LUMPUR 11 Okt.— Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengambil cuti selama empat hari selepas perwakilan pusat meluluskan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti semalam.

Beliau akan bercuti dari hari ini sehingga Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.

Kenyataan itu tidak menyatakan langkah yang akan diambilnya walaupun spekulasi tersebar luas kononnya beliau akan meletakkan jawatan selepas hampir setahun menerajui parti.

“Dato’ Seri Ong Tee Keat akan bercuti dari 11/10/2009 (Ahad) hingga 14/10/2009 (Rabu). Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda,” kata Setiausaha Akhbarnya, Lim Xiu Bin dalam kenyataan itu.

MCA kini tidak mempunyai pemimpin selepas Ong dan pesaingnya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang berusaha dikembalikan jawatannya sebagai timbalan presiden parti, ditolak oleh para perwakilan.-Bernama

2 comments:

  1. Mengikut perlembagaan MCA, 2/3 ahli perwakilan MCA dalam EGM boleh memecat presiden parti. Ada peluang lagi ke? huhuhu.....elok le mamat ni berundur...cakap pun selalu seperti punahsihat DAP.

    ReplyDelete
  2. salam,
    menafsir apa yg tlh dikatakan oleh DS Ong sebelum EGM yg membayangkan utk meletak jawatan sekiranya perwakilan menolak beliau.Yep!beliau seharusnya berbuat demikian dan majlis presiden boleh membuat pemilihan baru dikalangan mereka utk mengambil tempat no 1 dan 2!...Tiong Lai dah boleh pasang angan2!!

    anakjati_sgway

    ReplyDelete

PETA PELAYAR