Pada pagi ini jam 9 pagi hingga 1 petang PG bersama anak dan rakan-rakan telah kembara berkuda dari Air Keroh ke Bukit Jelutong dan sekitar Bt Berendam Melaka sejauh 28 km. Oklah juga . Badan pun dah makin sihat dan perut pun dah kurang spoilernya. Bila spoiler dan kurang maka tak le mengah.
2. Bagus juga melihat alam semula jadi dan juga pembangunan Ibu negeri Melaka dan juga kelihatan pembangunan Labangan Terbang Baru Bt Berendam yang dijangka siap dan boleh digunakan pada Dis 2009. Dengarnya kapal terbang Boeing pun akan mendarat kerana landasannya telah dipanjangkan.
3. Datanglah ke Melaka. Semua ada disediakan dan anda tidak rugi. Nilai wang anda keluarkan semasa berada di Melaka adalah amat berbaloi. Dari makanannya, tempat riadah, hotel yang baik, muzium ( ada 28 buah semuanya ) dan tempat-tempat bersejarah yang terlalu banyak. Di samping melawat dan menaiki menara Tinjau, Aye on Melaka , juga menaiki bot menyusuri sungai Melaka yang penuh dengan keindahan.
4. Selamat datang ke Melaka.
No comments:
Post a Comment