FOLLOWERS

Wednesday, 21 October 2009

PROF AZIZ BARI ! PAS MENGHENTAM ANDA LAGI HARI INI !!!





KUALA TERENGGANU, 21 Okt: Profesor Dr Abdul Aziz Bari sewajarnya membicarakan kepincangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang dari sudut undang-undang, bukannya perubahan kepimpinan PAS.

Sehubungan itu, Institut Kajian Polisi, PAS Negeri Terengganu (IKPNT) mendapati tulisan beliau di dalam sebuah akhbar harian tabloid Isnin lalu tidak seimbang.

Akhbar itu melaporkan cadangan Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) agar PAS menyusun semula kepimpinannya.

Antaranya Aziz melihat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak lebih terbuka dari Abdul Hadi untuk memimpin PAS di masa depan.

Setiausaha IKPNT, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, hujah-hujah yang dikemukakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu di dalam tulisannya yang bertajuk"Pengajaran dari Bagan Pinang: PAS kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan" juga tidak tepat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hari ini seperti di atas adalah 2 hari berturut-turut PAS dan Harakahdaily menghentam Prof Aziz Bari. Kalau semalam ketua penerangan PAS Idris Ahmad ( KLIK)hari ini giliran Muhammad Zaidan Abdullah Setiausaha Kajian Polisi, PAS Negeri Terengganu (IKPNT) .

2. Kedua mereka ini adalah suara pemimpin PAS. Harakah pula adalah memang suara PAS. Dari semalam tak ada seorang pun pemimpin PAS , PG lihat datang mempertahankan Prof ini. Kesian.

3. Dalam kedua hentaman ini satu perkara sahaja yang PG nak komen. Rupanya dasar ketelusan yang diperjuangkan PAS selama ini hanya dimulut sahaja. Rupanya PAS ini tak boleh ditegur rupanya. Terus melenting dan menganggap dia aje yang betul . Orang semua salah. Habis ditelanjangnya ini yang selama ini mereka puja bawah sikit daripada para Anbia.

4. Jadi inilah wajah sebenar PAS. Kalau ini le standard keterbukaan PAS dan pemimpinnya ( baru perintah 2 negeri : 1 sebenarnya , satu lagi itu kemetot aje ) , kalau diberi peluang memerintah negara dan mentadbir hukum islam di Malaysia : Hmmmmmmmmmmmmm, tak tahu le apa nak jadi.

5. Mungkin Prof Aziz Bari ini masuk ke Kemunting le boleh 10 tahun kot. Tuduhannya " mencaci ulama ". Banyak sudah PG lihat kumpulan seperti ini apabila Allah membri mereka kuasa memerintah, pemerintahanya lebih kejam dari kerajaan kafir. Tak usah jauh-jauh : Lihat ajelah di Afghanistan udah le. Sampai kini haram satu hapah pun tak jadi apa. Rakyat yang merana.

6. Jadi ini ajelah tahap dan standard keterbukaan dan ketelusan PAS. Utusan dan Berita Harian serta NSTP cubit sikit aje terus bakar akhbar berkenaan dan boikot.

7. Apa cerita keterbukaan kalau begini. Jadi PAS lepas ini jangan cakap lebih-lebih le tentang demokrasi, syura, keterbukaan, islam untuk semua kalau sekecil ini aje komen yang tidak memihak kepada mereka bagai nak rak dibuatnya dan di hentamnya Prof pujaan mereka ini.

8. Tetapi kadang kala bagus juga. Padan muka Prof ini. Sebelum ini Prof ini terus menerus melepaskan anjing tersepit. Sekarang rasakan : digigitnya semula anda Prof.

3 comments:

  1. salam tuan blog...

    Padan muka aziz bari.. dulu duk sokong sgt parti ahli setan.. skang dah kena balik... kan itu balasan tuhan... tu la.. lain kali jgn duk kutuk org mcm hang sorg jer betul.. bersidang bawah pokok la.. sembah derhaka la.. aziz bari.. berenti la jd pensyarah kat uia tu... buat malu jer mkn duit gaji kerajaan zalim nie... kutuk kerajaan tapi gaji nk.. bodoh..

    ReplyDelete
  2. Salam, baru padan muka Prof ni, baru dia tahu di mana nilai kepimpinan puak-puak PAS ini, Prof ini selalu mengkritik dan menghentam kepimpinan UMNO, tetapi pemimpin UMNO tidak pernah melenting malah lebih gigih memperbaikinya....... kini dia tahu di mana tempat dia berpijak......

    ReplyDelete

PETA PELAYAR