FOLLOWERS

Monday, 5 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES ALONG ( PEMINJAM WANG HARAM ) DAN HAD MASA TUNTUTAN !


[1996] 1 MLJ 45 -

Wong Kim Fatt v Yong Kwet Yin
[1996] 1 MLJ 45
Wong Kim Fatt v Yong Kwet Yin
Case Details:


Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 11–6–1995

Judges ABDUL MALIK

Date 8 AUGUST 1995

Citation [1996] 1 MLJ 45

Bahasa Malaysia Summary:


Pada 20 November 1993, perayu telah memfailkan suatu tuntutan di mahkamah majistret terhadap penentang untuk pembayaran balik RM20,000 yang telah diberikan kepada penentang. Perayu menyatakan bahawa jumlah wang tersebut telah diberikan kepada penentang sebagai suatu pinjaman persendirian, dan walaupun penentang telah menyerahkan sekeping cek kepadanya sebagai pembayaran pinjaman tersebut, perayu mendapati bahawa cek itu adalah tak laku apabila perayu mengemukakannya untuk bayaran pada 20 Julai 1988. Sebaliknya, penentang pula berhujah dalam pembelaannya bahawa:

(i) perayu telah mengikat suatu perjanjian dengannya dan seorang yang bernama Foon Teck Lee untuk memulakan suatu perniagaan memberipinjam wang dalam 1983, dan dia hanya merupakan ejen perayu yang bertanggungjawab untuk mencari peminjam bagi pihak perayu;

(ii) perayu telah menjalankan urusniaga pinjaman wang tanpa lesen, bercanggahan dengan s 5 Akta Pemberipinjam Wang 1951 (‘Akta tersebut’); dan (c) kausa tindakan telahpun dihalang oleh had masa di bawah Akta Had Masa 1953. Selepas penentang membaca pernyataan pembelaan tersebut, penentang pun memohon kepada mahkamah majistret untuk penghakiman terus di bawah A 26A Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.

Perayu berkata berulang-kali dalam afidavitnya bahawa dia telah memberikan suatu pinjaman persendirian sejumlah RM20,000 kepada penentang atas permintaan penentang, dan dia menafikan pengetahuan tentang perniagaan memberipinjam wang seperti yang dikatakan oleh penentang.

Penentang juga mendepos bahawa pada semua masa, perayu tidak pernah merujuk kepada urusniaga itu sebagai suatu skim memberipinjam wang, sehinggalah perayu memfailkan tuntutannya. Penentang, dalam afidavitnya, mengulangi pengataannya dalam pernyataan pembelaan. Walau bagaimanapun, penentang tidak membalas deposisi perayu dalam afidavitnya, dan tidak ada afidavit sokongan yang telah difailkan oleh Foon Teck Lee. Majistret tersebut telah menolak permohonan perayu untuk penghakiman terus. Perayu merayu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan dengan kos:

(1) Daripada keterangan afidavit, adalah jelas bahawa perayu tidak mengiklan atau berlagak melaui sebarang cara sebagai seorang pemberipinjam wang seperti yang ditakrifkan oleh s 2 Akta tersebut. Pengataan memberpinjam wang tersebut merupakan suatu pengataan yang tidak berasas, yang tidak disokong oleh sebarang keterangan yang kukuh. Penafian memberipinjam wang secara keterangan afidavit adalah cukup untuk mematahkan anggapan pemberipinjam wang di bawah s 3 Akta tersebut.

Adalah tidak perlu supaya perayu mendapatkan perkhidmatan seorang pegawai yang kompeten dari pihak berkuasa pelesenan untuk mengikrarkan satu afidavit menyatakan bahawa perayu bukanlah seorang pemberipinjam (lihat ms 563–F dan 54H); Teng Ah Seah v Teh Choo Pheng 2 MC 253, Litchfield v Dreyfus [1906] 1 KB 584 dan Larut Matang Supermarket Sdn Bhd v Liew Fook Yung [1995] 1 MLJ 375 diikut.

(2) Perayu hanya memberikan dua pinjaman persendirian kepada penentang, dan adalah tidak boleh dihujahkan bahawa dua urusniaga pinjaman persendirian yang berasingan ini boleh ditafsirkan sebagai keterangan ‘sistem dan kesinambungan’ suatu perniagaan memberipinjam (lihat ms 54D); Newton v Pyke (1908) 25 TLR 127 dan Baju Ria v Liau Kim Lian [1965] 1 MLJ 128 dibeza.

(3) Penentang bukan merupakan seorang ejen perayu dalam perniagaan memberipinjam wang yang dikatakan, tetapi seorang penerima pinjaman persendirian sejumlah RM20,000. Walau bagaimanapun, jika Foon Teck Lee telah memfailkan satu afidavit untuk menyokong penentang, pengataan bahawa penentang telah bertindak sebagai seorang ejen perayu dalam memberipinjam wang mungkin dapat disokong (lihat ms 53F dan 55F).

(4) Adalah jelas sekarang bahawa had masa bermula daripada tarikh apabila kausa tindakan timbul, dan untuk tujuan kiraan, hari di mana kausa tindakan timbul tidak patut dikira. Dalam kes ini, had masa bermula daripada 20 Julai 1988 apabila cek itu tidak dilayan, dan oleh sebab ini, perayu adalah masih dalam had masa, dan halangan had masa tidak menjejaskan kedudukan perayu (lihat ms 56E–F); Coburn v Colledge [1897] 1 QB 702 dan Marren v Dawson Bentley & Co Ltd [1961] 2 QB 135 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga dengan paparan ini , semua pembaca dan pelajar dapat menafaat dan pengajaran dari kes Along tersebut. Sebolehnya jangan terlibat dengan Along. Mereka tidak dapat menolongnya.

3 comments:

PETA PELAYAR