FOLLOWERS

Thursday 29 October 2009

ONG TEE KEAT DAN KOH TSU KOO : DUA-DUA BOLEH JALANLAH BUAT SEMAK AJE !




kemaskini 5.16pm

Seorang penyokong kerajaan hari ini secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau berkata sebagai barisan hadapan kabinet, seorang menteri tidak seharusnya hilang kepercayaan anggota parti apatah lagi jika maruah dan imejnya jatuh di mata rakyat.

"Kalau ada menteri kabinet yang hilang kepercayaan di kalangan ahli partinya, buat apa jadi menteri kabinet, berhentilah. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG setuju dengan cadangan Dato Mohamad Aziz Sri Gading hari ini parlimen agar kedua-dua Menteri dan Presiden parti MCA dan Gerakan ini bersara/ letak jawatan atau disingkirkan dari parti atau kerajaan.

2. Pandangan PG sebelum ini sama dengan Dato Mohamad Aziz. Ada 10 paparan oleh PG terhadap 2 presiden dan menteri ini. 5 setiap seorang. Semuanya PG tulis agar mereka latak jawatan, singkirkan dan jangan dilantik jadi menteri. KLIK, KLIK, KLIK.

3. Seperti kata MP Sri Gading, keduanya presiden dan Menteri yang paling tiada standard di Malaysia. KPI mereka kosong samada KPI dalam politik mahupun KPI sebagai menteri. KPI keduanya hanya tinggi dalam bab perkauman. Tertinggi sekali. Juga kalau nak bergaduh. Tetapi tak tahu cara penyelesaiannya. Juga bodoh sombong. Yang keduanya tahu lagi ialah desak pemimpin dan orang Melayu minta maaf. Bab ini kedua tertinggi KPInya.

4. Ada mereka berdua pun hanyalah satu liabiliti kepada parti, BN dan kerajaan. Hanya makan gaji buta. Arahan PM untuk gubal dan lakasakan KPI pun sehingga kini pun tak bergerak . Terpaksalah PM melantik Dato Idris Jala bagi memberi nyawa dan nafas kepada Menteri KPI Koh ini.

5. Jalan le cepat-cepat. Sudah naik menyampah kita semua melihat mereka berdua.

1 comment:

  1. SLM BRO..MCM MANA NAK TENTUKAN KPI KALAU KPI SENDIRI PUN HANCHAI BOCHAI!..ADOIYAII..BAIK DIORANG LETAK JAWATAN SEBELUM KENE BOOOOO!!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete

PETA PELAYAR