FOLLOWERS

Thursday 15 October 2009

12 HAKIM BARU DI LANTIK : SELEPAS INI JANGAN MELALAK LAGI !






KUALA LUMPUR 14 Okt. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, tiga Hakim Mahkamah Rayuan serta enam Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini.

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Md. Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd. Yusof manakala Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk T.Selventhiranathan, Datuk Tee Ah Seng @ Tee Boon Hooi serta Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : 12 YAA Hakim baru telah dilantik. Tahniah semua YAA Hakim-Hakim yang bijaksana kerana telah terpilih dan diperkenankan oleh DYMM Agung. Semuga kesemua YAA Hakim-Hakim dapat memperkasakan dunia kehakiman di Malaysia dengan lebih sempurna.

2. Cuma PG harap selepas daripada ini semua pihak terutama PR dan NGO's-NGOs' yang kerap mempertikaikan tentang keadilan keputusan YAA Hakim-Hakim ini berkentilah berbuat demikian. Semua YAA Hakim yang dilantik ini adalah hasil cadangan Suruhanjaya Kehakiman.

3. Suruhanjaya Kehakiman ( yang dikatakan amat telus ) kerana telah di cadangkan oleh orang yang serba tahu iaitu Zaid Ibrahim ( kini ahli PKR ) dan dipersetujui oleh Bapa Suruhanjaya Malaysia iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi ( inilah PM yang paling banyak tubuh suruhanjaya ). Jadi tidak timbul lagi YAA Hakim berat sebelah dan sebagainya. Ini kerana si Zaid tu lah yang mencadangkan idea " bernas " tersebut.

4. Zaid ini kan seperti dewa oleh PR dan Majlis Peguam.

5. Jadi selepas dari hari ini jika kes-kes yang dibawa ke mahkamah oleh pihak-pihak PR atau sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kerajaan dan kemudian kalah kesnya di mahkamah, maka janganlah lagi mengatakan YAA Hakim berat sebelah, Hakim rasuah, ada tangan-tangan ghaib dan sebagainya.

6. Prof Aziz Bari juga yang begitu kritikal mengenai isu ini juga dan kerap mempertikaikan keputusan YAA Hakim sebelum ini contohnya dalam isu / krisis Perak : berhentilah dan Shut up. Ini semua pilihan anda dan pilihan dari orang yang serba tahu dan serba sempurna serta lengkap iaitu Si Zaid Ibrahim tu.

7. Jadi terimalah keputusan YAA Hakim selepas ini. Berhentilah melalak lagi.

3 comments:

  1. Salam, dalam pemikiran puak-puak ini, undang-undang, mahkamah dan sistem kehakimam hanya kerana menurut perlembagaan negara sahaja.....
    Bagi mereka semua hanya lebih gemar menggunakan undang-undang rimba.....

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..TERBYG JUGAK KWN KLU2 ADA DI ANTARA HAKIM2 TU PRO PEMBANGKANG?..MESTI TERSENYUM SIMPUL SI PENYANGAK2 FAKATAN. KLU MASIH MELALAK JUGAK SUMBAT JEK DGN KONTOL NUAR!..HARK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  3. Selamat bertugas dgn bijaksana dan bijaksini..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR