FOLLOWERS

Sunday 25 October 2009

H1N1 : US ISTIHAR KECEMASAN KEBANGSAAN !


Utusan Malaysia

Obama isytihar H1N1 sebagai kecemasan kebangsaan
25/10/2009 2:59am


WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan influenza A (H1N1) sebagai kecemasan kebangsaan, lapor White House, semalam.


Pengumuman itu akan memudahkan kemudahan perubatan AS untuk mengendalikan peningkatan pesakit selesema dengan membenarkan pengecualian beberapa keperluan Medicare, Medicaid dan program insurans kesihatan Persekutuan lain yang diperlukan, menurut White House dalam satu kenyataan.

Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit AS kelmarin memberitahu selesema babi telah merebak dengan meluas di 46 dari 50 negeri di AS dan menjangka lebih banyak lagi akan dijangkiti wabak itu.

Menurut White House, deklarasi itu bertujuan supaya negara bersiap sedia menghadapi keadaan ‘peningkatan pesat dalam penyakit yang boleh membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan’. – Reuters

Penghuni Gua : Tindakan Presiden Obama ini , PG amat memujinya. Cepat tindakan beliau mengistiharkan kecemasan kebangsaan walaupun kematian akibat H1N1 di US belum lagi mencapai 50 orang dan jangkitan nya hanya dalam 1500 orang.

2. Walaupun US tidak mengistiharkan darurat, tetapi ini bolehlah dikatakan sebagai pengistiharan darurat secara terhad. Berbanding kita bebarapa bulan lepas terlalu takut dan perlahan bagi mengistiharkan H1N1 sebagai satu krisis walaupun kematian pada masa itu sudah menjangkau 70 orang dan jangkitannya melebihi 2000 orang,

3. Menteri Kesihatan kita dan mereka yang ada di MKN terlalu kedekut dan kemetot untuk mengistiharkan wababk ini sebagai satu krisis sehingga ia hampir-hampir tidak dapat dikawal.

4. Di masa hadapan, PG berharap kementerian kesihatan dan mereka yang bertanggungjawab di MKN perlu mengambil contoh di US ini apabila menangani perkara-perkara yang berkaitan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Salam ,
    Kematian di US 50 org? Jangkitan tak sampai 1500 org? Sila periksa fakta saudara dahulu. Kematian di sana telah lebih 500 org dan jangkitan sudah lebih 15000 org. Boleh periksa di laman web WHO.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR