FOLLOWERS

Friday, 16 October 2009

ZAIB IBRAHIM CUTI 6 BULAN DARI PKR ! HE HE HE HE....

Malaysiakini


Zaid bercuti, krisis terbaru PKR?
Okt 16, 09 3:40pm


Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.


"Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini. Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok - berselinding di sebalik perjumpaan sambutan Aidifitri - untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.


Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin (kiri) didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar sendiri sukar menenangkannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tragedi menimpa orang yang serba tahu dan paling bijak di Malaysia dan paling liberal di Malaysia. Zaid bercuti selama 6 bulan.

2. PKR dan PAS serta DAP amat menyanjung peguam dari kayangan ini. Majlis Peguam apa lagi. Inilah juga orang kesayangan dan tempat Tun Abdullah meminta nasihat. Sekarang lihatlah.

3. Mengapa bercuti? Mengapa bergaduh juga dalam PKR? Inilah Zaid! Kemana pun sama. Penghuni Gua cadangkan Zaid ini bercuti terus le atau tubuh parti sendiri lagi baik. Ajak juga puak-puak peguam yang memujuanya. Kita nak juga lihat pengamal ajaran islam leberal dan melayu yang amat liberal ini boleh pergi ke mana.

4. Pada PG, sampah ini tak akan ke mana. kalau dua tubuh parti baru pun hanya tak sampai 100 orang ahlinya. Itu pun mereka yang buta hati aje yang masuk parti yang ditubuhkan Zaid. Di kampung dia sendiri pun beliau tidak mempunyai tempat.

5. Itulah Zaid. Apa komen PAS? PG juga cadangkan elok juga PAS ambil Zaid ini bagi mengetuai sayap baru pas iaitu kelab bukan islam PAS yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Bugus juga jika Zaid ini jadi ketuanya. Apa komen TGNA atau TGHH atau Si Mahfuz. Kan dulunya percakapan si Zaid inilah selalu diguna pakai PAS untuk memburukkan BN dan UMNO ( semasa ZAID jadi menteri ).

6. Atau boleh le juga , Zaid menjadi penganti Karpal Singh sebagai pengerusi DAP. Bagus juga. Karpal pun dah tua bangka. Jadi Zaid lah yang paling sesuai dan diantara peguam "terbijak" di Malaysia. Elok lah sama taraf dengan Karpal! He he he he....

7. Akhir kata : Selamat maju jaya Zaid. Untuk makluman, ke mana pun anda pergi , anda serupalah dengan Ong Tee Keat. Dah tak laku gadai.

8. Bye, bye!!!!1!@#$%^&*()_+_)(*&^%$#@!~@#$%^&*.....

3 comments:

PETA PELAYAR