Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.
Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Lihat juga di sini mengenai manipulasi undi pos tentera . iaitu penerangan dan berita majlis dialog SPR dengan pemimpin PAS dan Kapt ( B ) ini. KLIK.
2. Pengakuan oleh KAPT (B) ABu Bin Kassim amat baik sekali. SPR atau mana-mana pihak wajib membuat lapuran polis ke atas KAPT ( B ) ini kerana telah melakukan kesalahan jenayah yang amat besar berdasarkan pengakuanya sendiri kepada SPR.
3. Soal KPT ( B ) ini melakukan nya atas kapasitinya sendiri atau dengan arahan ketuanya itu isu lain. Biar ketuanya pun boleh sama dituduh di mahkamah. Sudah nyata , dari pengakuanya beliau melakukan jenayah ini. Ketua / pegawai atasannya belum pasti ( sebab hanya dakwaan KAPT B ) ini sahaja.
4. Jika kemudiannya Kapt B ini tidak mengaku pula di mahkamah setelah keterangannya diambil oleh polis maka tuduhan fitnah dan mereka keterangan palsu boleh diambil.
5. Yang baiknya, SPR lah atau mereka yang hadir di dalam dialog tersebut membuat lapuran polis sesegera mungkin. Ini kerana ia satu kesalahan jenayah yang amat serius. Dan Kapt ( B ) ini sebenarnya telah memotong tengkoknya sendiri.
6. Soal / dakwaannya dia dapat arahan pegawai atasan itu isu berlainan. Jenayah , telah Kapt (B ) ini lakukan dalam keadaan sedar. Arahan tidak perlu dipatuhi dalam perkara pelanggaran undang-undang. Tentang arahan, biarlah Kapt ini buktikan ujudnya arahan tersebut. Jika benar ujud arahan, keduanya termasuk pegawai atasannya dituduh bersama. Habis cerita.
7. Jadi apa bising-bising dan tunggu lagi? Pengakuan Kapt ( B ) ini cukup untuk menuduhnya di mahkamah. Ia boleh dituduh di bawah kanun keseksaan iaitu memalsukan dokumen dan menggunakan dokumen palsu sebagi benar ( bagi menipu ) SPR . Dua kesalahan besar. Bungkus juga 2 tahun ke atas paling kurang pun hukumannya bagi tiap satu kesalahan jenayah Kapt ( B ) ini.
8. Bab undi pos sekarang? Tidak perlu bimbang. Semua wakil dijemput / hadir semasa proses pengundian undi pos berjalan di kem tentera dan polis. Apa nak bising lagi. SPR pun ada.
9. Sudah terang lagi bersuloh. Buat aje repot polis tentang jenayah yang telah dilakukan oleh Kapt ( B ) ini. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Perangai nya yang buruk itu, sewajarnya dihukum dengan hukuman yang setimpal.
10. PAS masih juga nak simpan mereka yang begini? Apa komen PAS. Pada PG pengakuan Kapt ( B ) ini telah makan diri sendiri kerana mendedahkan jenayahnya sendiri . Dia tak sedar pun kebodohanya mendedahkan perbuatan jenayah nya sendiri dan mendedahkan kepada pendakwaan ke atasnya . Sebab apa? Dia dibuat dengan niat tak jujur.
11. Nak kenakan orang akhirnya potong leher sendiri. Kapten, Kapten. Ini aje standard otak anda ? Lucunya.
Salam, kawan setuju cadangan tuan, tapi herannya kenapa PAS tidak buat laporan Polis dengan pengakuan Kapten ini, SPR atau sesiapa yang bertanggungjawab perlu membuat laporan Polis segera agar dia disiasat........
ReplyDeleteNaak buat macam mana kesemua teloq ahli dan pemimpin PAS dah diberikan kepada ANNUU WAR
ReplyDelete