FOLLOWERS

Sunday 25 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES KUASA DAN BUDIBICARA PEGUAM NEGARA !




[1991] 2 MLJ 544
Karpal Singh & Anor v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL REFERENCE

NO 06-2-90

Judges ABDUL HAMID OMAR LP
AJAIB SINGH SCJ
JEMURI SERJAN SCJ

Date 24 JUNE 1991

Citation [1991] 2 MLJ 544



Bahasa Malaysia Summary:

Di dalam kes ini pemohon-pemohon telah dituduh di mahkamah magistret pada 22 April 1987 dengan tuduhan berasidi bawah Akta Polis 1967, pemohon yang pertama oleh kerana ia mengambil bahagian di dalam perjumpaan di tempat awam tanpa mendapat kebenaran dari pegawai menjaga daerah polis dan pemohon yang kedua kerana menganjurkan perjumpaan itu tanpa lesen.

Kesalahan-kesalahan itu dikatakan berlaku pada 30 Ogos 1984. Aduan yang asal yang menimbulkan tuduhan-tuduhan itu telah dibuat pada 30 Ogos 1984. Waran telah dikeluarkan oleh magistret Kampar untuk penangkapan pemohon-pemohon akan tetapi waran-waran itu telah diketepikan oleh Mahkamah Tinggi. Pemohon kedua dikatakan telah memohon mendapat lesen untuk mengadakan perjumpaan itu akan teOCPD telah merujuk permohonan itu kepada ketua pegawai polis, Perak, yang telah menolak permohonan itu.

Kemudiannya, telah diputuskan oleh Mahkamah Agung bahawa ketua pegawai polis tidak berkuasa menolak permohonan itu, oleh kerana pegawai yang berkuasa mengeluarkan lesen ialah OCPD (lihat P Patto v Chief Police Officer, Perak & Ors [1986] 2 MLJ 204 (refd). Selepas itu pihak pendakwa telah membawa tuduhan terhadap pemohon-pemohon itu. Kes itu telah disebut di hadapan magistret beberapa kali pada April 1987 dan telah ditetapkan perbicaraannya pada 4 Jun 1987.

Kes itu telah ditangguhkan atas permintaan pemohon yang pertama, oleh kerana ia terlibat sebagai peguam dalam kes di hadapan Mahkamah Tinggi. Pada 19 November 1987 mahkamah diberitahu kedua-dua pemohon telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Didalam Negeri 1960. Akhirnya hanya pada 1 Disember 1988 barulah kes itu ditetapkan untuk dibicarakan pada 18 Jun 1989.

Di masa perbicaraan itu pemohon telah membawa bantahan permulaan dan berhujah bahawa prosiding terhadap mereka membawa penganiayaan dan mudarat dan mahkamah mempunyai kuasa am dan yang sedia ada untuk melindung proses mahkamah disalahgunakan dan membatalkan prosiding itu. Permohonan sedemikian itu telah ditolak oleh magistret dan kemudiannya di Mahkamah Tinggi apabila permohonan kajian semula dibuat. Pemohon-pemohon kemudiannya merujukkan soalan undang-undang berikut untuk pertimbangan Mahkamah Agung:

‘Samada mahkamah mempunyai kuasa am yang seida ada bagi mengawal prosesnya tidak disalahgunakan dan untuk melindung orang yang dituduh dari penganiayaan atau mudarat dengan membatalkan prosiding yang sia-sia.’

Diputuskan: Diputuskan,, menjawab soalan itu seperti berikut:

(1) Soalan yang dirujukkan depada mahkamah adalah kabur dan tidak dirangka dengan baik. Walaubagaimanapun jawapan kepada soalan khusus itu ialah ‘Tidak’ atas keadaan khusus kes yang berkenaan.

(2) Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan membahawa Peguam Negara mempunyai kuasa, dan kuasa itu, hendaklah dijalankan menurut budibicaranya membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada prosiding di hadapan Mahkamah Syariah dll. Budibicara yang terletakhak kepada 2Peguam Negara itu adalah muktamad dan tidak boleh disoal atau digantikan oleh budibicara mahkamah.

(3) Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan acara keseluruhannya di perbicaraan terus di hadapan mahkamah rendah, termasuk mahkamah magistret. Tidak terdapat peruntukan di dalam Kanun itu bagi membatalkan prosiding atau bagi pembebasan tanpa mendengar semua keterangan yang pihak pendakwa berupaya kemukakan, sungguhpun mepenundaan.

(4) Walaubagaimanapun di dalam mana-mana kes di mana terdapat penyalahgunaan kuasa yang nyata atau lain-lain jenis kecacatan yang penting, tidaklah boleh dikatakan Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa bagi menjalankan apa yang betul dan melucutkan kesalahan di dalam perjalanan pentadbiran.

(5) Di dalam kes inti tidak ada apa-apa halangan bagi kes terhadap orang-orang yang dituduh diteruskan seperti biasa. Terpulanglah kepada Peguam Negara dengan memandang kepada keadaan khusus kes ini, menimbangkan penggunaan budibicaranya memasukkan ‘nolle prosequi’ oleh kerana keledan lain-lain keadaan kes ini.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes yang dipaparkan. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR