FOLLOWERS

Monday 26 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI / JAMINAN !


[1991] 2 MLJ 125
Dato’ Mat Shah lwn Pendakwa Raya
Case Details:

Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — FEDERAL
TERRITORY CRIMINAL APPEAL NO 449-19 OF 1990

Judges SHAIK DAUD H

Date 8 SEPTEMBER 1990

Citation [1991] 2 MLJ 125


Catchwords:

Acara Jenayah — Syarat jaminan — Sama ada Mahkamah Tinggi ada kuasa untuk mengubahsuaikan syarat jaminan yang dibenarkan oleh hakim mahkamah sesyen — Permohonan dibuat di bawah s 389 Kanun Acara Jenayah — Sama ada permohonan boleh dibuat di bawah seksyen itu — Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa ‘inherent’ untuk melayani permohonan itu — Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6), s 389

Facts:

Ini adalah satu permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk syarat jaminan yang dibenarkan oleh hakim mahkamah sesyen diubahsuaikan. Syarat jaminan yang berkenaan ialah supaya pasport antarabangsa si pemohon diserahkan kepada mahkamah sesyen. Si pemohon mengatakan bahawa ia memerlukan pasportnya untuk perjalanan khas ke Jakarta. Isu di hadapan Mahkamah Tinggi ialah sama ada mahkamah itu mempunyai kuasa di bawah s 389 Kanun Acara Jenayah atau seksyen-seksyen yang lain untuk melayani permohonan itu.

Holdings:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melayani permohonan seperti ini, iaitu untuk mengubahsuai syarat jaminan, di bawah bidang kuasanya di bawah s 389 Kanun Acara Jenayah, walaupun seksyen tersebut tidak dengan terus terang menyebutnya. Segala aspek bersangkutan dengan jaminan, termasuk jumlah dan syarat-syarat baginya, termasuk dalam s 389.

(2) Walaupun perkataan ‘syarat’ tidak disebut dalam seksyen ini, namun Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa ‘inherent’ atas perkara-perkara lain yang berkaitan dengan jaminan. Tidak ada sebarang peruntukan lain dalam Kanun Acara Jenayah yang memberi kuasa mutlak bagi permohonan pengubahsuaikan syarat jaminan. Oleh itu, mahkamah berpendapat apa sahaja perintah mahkamah sesyen atau mahkamah majistret yang bersangkutan dengan jaminan termasuk syarat jaminan boleh didengar di bawah s 389.

Nota Penyunting

Pendakwa Raya telah membuat rayuan kepada Mahkamah Agung melalui Rayuan Jenayah Bil 05-134-90. Rayuan itu didengar pada 7 January 1991. Keputusan mahkamah belum diumumkan.]

Cases Referred To:
1 PP v Zulkiflee bin Hassan (Mahkamah Tinggi) (tidak dilaporkan) (diikut)
2 PP v Zulkiflee bin Hassan [1990] 2 MLJ 215 (Mahkamah Agung) (diikut)

Legislation Referred To:
Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) s 389
Lawyers:
Harjeet Singh bagi pihak pemohon.
Josephine Premla Sivaretnam bagi pihak Pendakwa Raya.

Judgment:
Cur Adv Vult

Shaik Daud H:
Section #1

Ini ialah satu permohonan daripada Dato’ Mat Shah bin Safuan meminta mahkamah mengubahsuaikan syarat jaminan yang dibenarkan oleh hakim mahkamah sesyen supaya pasport antarabangsanya yang diserahkan kepada mahkamah sesyen sebagai salah satu syarat jaminan, dipulangkan kepada sipemohon untuk perjalanan khas ke Jakarta daripada 18 Julai 1990 hingga 23 Julai 1990 atau sebagai alternatif tanpa syarat.

Sebab-sebab yang pemohon harus ke Jakarta adalah terkandung dalam afidavitnya. Sipemohon telah dituduh dengan kesalahan pecah amanah jenayah di bawah s 409 Kanun Keseksaan (FMS Cap 45) bersama adiknya. Atas permintaan pendakwa raya kes tersebut telah pun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan sementara itu pemohon dilepaskan dalam jaminan sebanyak $400,000 dengan dua orang penjamin. Sebagai satu syarat jaminan tersebut sipemohon diarah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah. Beliau telah pun menyerahkan pasportnya dan dilepaskan dalam jaminan.

Sebab-sebab yang diberi untuk ke Jakarta ialah sebagai pengerusi Syarikat Kesang Corp Bhd, (yang merupakan syarikat induk bagi 20 buah syarikat), sipemohon dikehendaki melanjutkan perundingan dengan pihak berkuasa Indonesia berkenaan pembinaan jalan tol. Beliau dikehendaki menghadiri mesyuarat dengan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Lebuhraya Indonesia dan akauntan di Indonesia. Beliau juga melampirkan jadual dan sebab-sebab lawatan beliau. Beliau juga telah berjanji akan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dalam tempoh 48 jam sebaik sahaja kembalinya dari Indonesia.

Peguam bagi pihak pemohon dalam hujahnya kepada mahkamah menekankan beberapa perkara, iaitu sipemohon adalah seorang ahli koperat yang terkenal, permohonan ini khas untuk ke Jakarta sahaja dan tiket kapalterbang telah ditempah untuk perjalanan pada 18 Julai 1990 hingga 23 Julai 1990. Kehadiran beliau di mesyuarat tersebut adalah perlu dan mengikut nota keterangan dari mahkamah sesyen disebutkan pemohon telah menyerah diri semasa pihak polis mejalankan siasatan dan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam siasatan mereka. Permohonan ini dibuat di bawah s 389 Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) (‘KAJ’). Seksyen ini dalam Bahasa Inggerisnya berbunyi demikian:

The amount of every bond executed under this Chapter shall be fixed with due regard to the circumstances of the case as sufficient to secure the attendance of the person arrested, but shall not be excessive; and a judge may, in any case, whether there be an appeal on conviction or not, direct that any person be admitted to bail or that the bail required by a police officer or Court be reduced or increased.

Pihak pendakwa dalam hujahnya membantah terhadap permohonan ini terutamanya atas dua sebab. Mengikut timbalan pendakwa raya s 389 KAJ bukannya untuk permohonan seperti ini dan yang kedua permohonan ini adalah tidak sah oleh kerana mahkamah sesyen dalam perintahnya tidak memberi sebarang peluang untuk mengubah syarat jaminan. Pihak pendakwa juga menghujahkan bahawa pemohon tidak membuktikan yang beliau akan mengalami kerugian besar jika beliau tidak pergi ke Jakarta dan tidak ada bukti dari Jakarta yang mesyuarat tersebut telah ditetapkan dan sipemohon sendiri patut hadir.

Section #2

Pada pendapat saya perkara pokok yang harus diputuskan dalam permohonan ini ialah sama ada Mahkamah Tinggi ada kuasa di bawah s 389 KAJ atau mana-mana seksyen lain untuk melayan permohonan seperti ini. Kebetulannya permohonan ini ialah satu permohonan untuk mengubahsuaikan syarat jaminan yang dikenakan oleh mahkamah sesyen. Semasa membenarkan jaminan kepada sipemohon hakim mahkamah sesyen telah mengenakan satu syarat, iaitu pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah untuk simpanan dan tujuan syarat ini adalah ternyata iaitu orang yang dilepaskan dalam jaminan tidak dapat lari dari tuduhan ke luar negeri.

Seperti yang dihujah oleh timbalan pendakwa raya s 389 KAJ bukannya untuk permohonan seperti ini, tetapi beliau tidak tahu di bawah seksyen mana pulakah ianya harus dibuat. Tidak ada seksyen yang tertentu selain daripada s 389 di bawah mana permohonan seperti ini harus diperbuat. Dalam kes PP v Zulkiflee bin Hassan (Mahkamah Tinggi) (tidak dilaporkan) (diikut) permohonan yang sama juga dibuat oleh Zulkiflee di bawah s 389 KAJ.

Saya telah memutuskan dalam kes itu Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melapermohonan itu. Malangnya dalam rayuan oleh pendakwa raya, Mahkamah Agung tidak memutuskan sama ada pendapat saya itu benar atau tidak walaupun rayuan dibuat atas alasan yang Mahkamah Tinggi tidak berkuasa. Alasan rayuan pendakwa raya berbunyi demikian:

The learned judge erred in law and on facts in holding that the High Court has jurisdiction to entertain the respondent’s application under s 389 of the Criminal Procedure Code.

Namun demikian Mahkamah Agung telah menolak rayuan pendakwa raya.

Walau bagaimanapun saya masih berpendapat Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melayani permohonan seperti ini, iaitu untuk mengubahsuai syarat jaminan, di bawah bidang kuasanya di bawah s 389 KAJ. Mahkamah Agung dalam kes PP v Zulkiflee bin Hassan [1990] 2 MLJ 215 (Mahkamah Agung) (diikut) memutuskan mengikut peruntukan s 389 KAJ, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan di bawah s 389 mengenai jumlah bon jaminan.

Berikutan dari keputusan itu saya berpendapat Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa untuk mendengar atau melayani permohonan bagi mengubahsuai syarat jaminan di bawah seksyen yang sama. Saya berpendapat sedemikian walaupun seksyen tersebut tidak dengan terus terang menyebutkannya. Pada pendapat saya segala aspek bersangkutan dengan jaminan termasuk amaun, dan syarat-syarat baginya termasuk dalam s 389.

Walaupun perkataan ‘syarat’ tidak disebut dalam seksyen ini, namun Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa ‘inherent’ atas perkara-perkara lain yang berkaitan dengan jaminan. Tidak ada sebarang peruntukan lain dalam KAJ yang memberi kuasa mutlak bagi permohonan pengubahsuaian syarat jaminan. Oleh itu saya berpendapat apa sahaja perintah mahkamah sesyen atau majistret yang bersangkutan dengan jaminan termasuk syarat jaminan boleh didedi bawah s 389 oleh Mahkamah Tinggi.

Malah apabila kita teliti Bab XXXVII KAJ tidak ada langsung peruntukan yang membenarkan mana-mana mahkamah mengenakan sebarang syarat semasa membenarkan jaminan. Dari itu dapat kita simpulkan syarat yang dikenakan itu tersirat dalam peruntukan s 389 KAJ, di bawah mana jaminan dibenarkan.

Pada pendapat saya bidang kuasa untuk mengubahsuaikan syarat jaminan begitu juga tersirat dalam s 389 KAJ dan dengan menggunakan kuasa sedia ada (inherent powers), Mahkamah Tinggi boleh melayani permohonan ini. Pada pendapat saya sekiranya mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan syarat walaupun tidak ada peruntukan semasa membenarkan jaminan, mustahil Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mengubahsuaikan syarat tersebut atas sebab-sebab yang tertentu.

Oleh yang dimikian pada pendapat saya Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa di bawah s 389 KAJ untuk mengubahsuaikan mana-mana syarat yang dikenakan semasa jaminan dibenarkan oleh mahkamah sesyen atau mahkamah majistret.

Section #3

Dalam permohonan ini setelah saya teliti kandungan afidavit sipemohon dan setelah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak, saya dapati sipemohon telah memberikan bukti yang mencukupi untuk syarat jaminan beliau diubahsuaikan sedikit dengan membenarkan beliau mengambil balik pasport antarabangsanya atas tujuan yang beliau dikehendaki hadir mesyuarat-mesyuarat yang disebut itu. Sipemohon adalah seorang ahli koperat yang terkenal di negara ini dan pada pendapat saya beliau tidak akan mensia-siakan kedudukan beliau dengan melarikan diri sekiranya pasport dilepaskan kepadanya buat sementara.

Oleh yang demikian saya benarkan permohonan beliau dan mengarahkan pasport antarabangsanya disekepadanya untuk perjalanan beliau ke Jakarta sahaja bagi tempuh 18 Julai 1990 hingga 23 Julai 1990 dan beliau dikehendaki menyerahkan balik pasport terke mahkamah 48 jam selepas kembalinya ke Malaysia.

Permohonan dibenarkan.

Peguamcara: Shearn Delamore & Co.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR