FOLLOWERS

Wednesday 28 October 2009

JEFFRY KITINGAN : BYE, BYE PKR !


Utusan Malaysia

28 okt 2009

Jeffrey letak semua jawatan dalam PKR


KOTA KINABALU 27 Okt. - Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

"Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi. "Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bye, bye DSAI dan PKR. Kita berjumpa lagi dilain keadaan dan di lain kehidupan.

2. Mengapa Jeffry keluar PKR? Senang sahaj jawapannya. Tiada KeAdilan dalam PKR. Hanya nama parti sahaja KeAdilan tetapi tindakan kepada Sabah dan Serawak PKR tidak pernah Adil.

3. Dengar katanya S/U Agung PKR pun sudah letak jawatan . Cuma beliau belum buat pengumuman. Mungkin betul kot.

4. Biasalah. Parti AAA. He he he he he!!!


4 comments:

  1. Salam Tuan,

    memang dah kita semua jangkakan.. di Sarawak juga PKR akan menerima nasib yang serupa..hanya masa yang menentukan segalanya nanti..

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, kita sudah lama kenal dengan politik Jeffry, ibarat 'batu yang sentiasa bergolek, tidak akan berlumut'........

    ReplyDelete
  3. SLM BRO...PAS MMG X RELEVAN PD RAKYAT SABAH MAHUPUN S'WAK. DR JEFFRY (BKN AMBO!) TU X PNH BELAJAR DR KESILAPAN. SKRG DAH TERHANTUK BRU NAK TERGADAH HUHUHU

    ReplyDelete
  4. PKR & UMNO sama jer dalam hal ni. dulu masa UMNO masuk Sabah, Tun Mustapha jadi ketua perhubungan. tup-tup digantikan dgn Tok Mat. Kisah PKR ni sama jer..... mentaliti pemimpin semenanjung masih di takuk lama. tak percaya dan memadang rendah keupayaan Sabahan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR