FOLLOWERS

Tuesday 13 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !


[1996] 5 MLJ 74
Mok Han Liang v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MELAKA) — CRIMINAL APPEAL NO 44–30–1995
Judges SURIYADI HALIM OMAR J
Date 5 MARCH 1996
Citation [1996] 5 MLJ 74



Bahasa Malaysia Summary:

Pada 23 Mei 1995, Timbalan Menteri untuk Hal Ehwal Tempatan Malaysia (‘timbalan menteri’) telah menerima suatu laporan yang mengandungi maklumat relevan mengenai penangkapan pemohon sepertimana yang diperuntukkan di bawah s 3(3)(c) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’).

Setelah memuaskan dirinya bahawa pemohon mengancam keselamatan orang awam dalam lingkungan Ordinan itu, timbalan menteri kemudiannya mengeluarkan suatu perintah yang mengarahkan supaya pemohon ditahan untuk satu tempoh dua tahun bermula dari 23 Jun 1995.

Pemohon telah memfailkan permohonan untuk writ habeas corpus atas alasan-alasan bahawa prasyarat-prasyarat penahanan itu telah tidak dipatuhi, khususnya (i) bahawa pegawai yang dilantik, sebelum menyerahkan laporan penangkapan pemohon kepada timbalan menteri, telah tidak memakai fikirannya terhadap laporan itu; (ii) di atas muka dokumen itu, perintah penahanan itu adalah cacat, kerana bukan sahaja alasan-alasannya kurang jelas dan memperdayakan tetapi cabang s 3(3)(c) Ordinan itu yang salah telah digunakan; (iii) bahawa timbalan menteri telah mengeluarkan perintah itu secara automatik atau sewenang-wenangnya dan telah gagal untuk memakai fikirannya sebelum mengeluarkan perintah penahanan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Sungguhpun terdapat kesunyian yang menandakan dalam s 3(3)(c) Ordinan itu mengenai keperluan pegawai yang dilantik untuk memakai fikirannya kepada laporan sebelum menyerahkan laporan itu kepada timbalan menteri, undang-undang kes telah menyebabkan keperluan ini menjadi suatu kemestian.

Peranan pegawai yang dilantik di bawah s 3(3)(c) Ordinan itu adalah lebih daripada hanya pembuluh di dalam talian paip pentadbiran. Dia berada di situ untuk membantu timbalan menteri dan dalam proses itu untuk memastikan bahawa hak-hak orang tahanan dilindungi dan tidak disalahgunakan (lihat ms 79F, 80E); Tan Yap Seng & Ketua Polis Negara & Ors[1991] 2 CLJ 1400, Lee Guan Seng v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor[1992] 2 MLJ 878 dan Wong Fook Nyen v Timbalan Menteri Dalam Negeri M’sia & Ors [1988] 2 CLJ 274 diikut; Yap Hai Sing v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Anor [1995] 3 AMR 2120 dibeza.

(2) Adalah diniatkan oleh badan perundangan bahawa terdapat pembezaan di antara cabang-cabang pertama dan kedua s 4(1) Ordinan. Jika terdapat keraguan mengenai cabang mana yang Menteri memakai fikirannya kepada atau sama ada beliau memakai fikirannya langsung, orang tahanan akan memungut faedah keraguan itu. Di atas fakta-fakta kes kesemua alasan-alasan mempunyai unsur-unsur keganasan dan penggunaan senjata-senjata bahaya.

Alasan-alasan ini tergolong secara tepat di bawah cabang kedua s 4(1) Ordinan itu dan oleh itu pemotongan secara silap akan cabang kedua oleh timbalan menteri membuktikan kebenaran penegasan bahawa beliau telah tidak memakai fikiran dengan secukupnya apabila menandatangani perintah penahanan, oleh itu beliau bertindak secara sewenang-wenangnya dan secara automatik (lihat ms 81H, 82B–F); Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor v Lee Gee Lam [1993] 2 AMR 3471 diikut; Henry a/l Arumanathan v Deputy Minister of Home Affairs & Ors [1995] 1 CLJ 683 dibeza.

(3) Fakta-fakta menunjukkan bahawa timbalan menteri telah membuat banyak kesilapan yang hanya boleh bermakna bahawa beliau telah tidak membuat kajian relevan akan kesemua fakta-fakta kes ataupun beliau telah hanya bertidak secara automatik atau sewenang-wenangnya. Untuk mengulang kemudiannya selepas penahanan cacat itu bahawa perintah itu mengalami kesilapan tipografi tidak boleh membetulkan keadaan kerana perintah itu telah diberi terhadap orang tahanan. Jika wujudnya apa-apa keraguan, keraguan sedemikian mesti mengatasi untuk faedah orang tahanan (lihat ms 83D–84A); Lim Hock Siew & Ors v The Minister of the Interior & Defence[1968] 2 MLJ 219, Re Application of Tan Boon Liat @ Allen; Tan Boon Liat v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors [1976] 2 MLJ 83 dan PP v Koh Yoke Koon [1988] 2 MLJ 301 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan kes ini dan alasan-alasan yang menyebabkan tahanan di bawah ordinan darurat ini di bebaskan. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR