FOLLOWERS

Thursday 8 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES JENAMA / CAP BARANGAN !


[1996] 3 MLJ 7 -

Lim Yew Sing v Hummel International Sports & Leisure A/S
[1996] 3 MLJ 7
Lim Yew Sing v Hummel International Sports & Leisure A/S
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR)


CIVIL APPEAL NO
W–02– 113–1995

Judges MAHADEV SHANKAR JCA
SHAIK DAUD JCA
NH CHAN JCA

Date 23 JULY 1996

Citation [1996] 3 MLJ 7


Bahasa Malaysia Summary:


Dalam tahun 1960, Encik Weekenbrock, seorang rakyat Jerman Barat, telah mencipta tiga tanda niaga berhubung dengan pakaian untuk sukan dan dan pakaian waktu senggang, iaitu: (i) tanda perkataan ‘HUMMEL’; (ii) lambang seekor kumbang dengung; dan (iii) lambang dua marka serta sebarisan marka yang digunakan atas lengan kemeja dan seluar. Tanda-tanda tersebut kemudiannya telah dijual kepada sebuah syarikat Amerika, yang pula menjualkan semua haknya kepada penentang.

Sejak tahun 1983, penentang telah mendaftarkan dirinya sebagai tuan punya tanda niaga (‘HUMMEL D’) di 55 buah negara. Penentang menganjurkan pasukan sukan di beberapa bahagian dunia, terutamanya di Eropah, dan tidak diragui bahawa ia telah memperolehi reputasi di negara-negara itu. Pada 13 Ogos 1981, seorang bernama Gurdip Kaur (berniaga sebagai Sykt Hardial Singh) telah mendaftarkan suatu tanda niaga yang terdiri daripada perkataan ‘HUMMEL’ disertakan dengan suatu lambang bulan separuh di Malaysia (‘HUMMEL M’). Bukti jualan bagi tahun 1983 hingga 1989 menunjukkan bahawa tanda niaga tersebut telah menjadi ciri tersendiri barangan Hardial Singh.

Pendaftaran telah dibaharui selama 14 tahun mulai daripada 13 Ogos 1988. Pada 15 Ogos 1990, Gurdip Kaur telah menyerahhak tanda niaga tersebut dan semua nama baik bersamanya kepada perayu untuk balasan bernilai. Pada 5 November 1993, penentang telah memfailkan suatu usul di Mahkamah Tinggi, mengatakan bahawa tanda HUMMEL merupakan catatan dalam daftar yang dibuat tanpa sebab yang mencukupi dan/atau adalah catatan yang dibiarkan secara salah atas daftar.

Penentang mengatakan dalam afidavit, antara lain, bahawa ia telah mengilang barangan untuk eksport di Malaysia. Penentang juga telah menempah suatu tinjauan pasaran kepada sebuah syarikat penyelidikan yang membuat kesimpulan bahawa reputasi dan nama baik atas tanda HUMMEL adalah kepunyaan penentang. Walau bagaimanapun, selain daripada afidavit atas dan laporan tinjauan, tiada bukti bahawa penentang pern ah memasarkan mana-mana keluarannya yang membawa tanda HUMMEL di Malaysia. Hakim perbicaraan mendapati bahawa penentang adalah pemunya sebenar tanda niaga tersebut pada semua masa material, dan terus membatalkan pendaftaran tanda niaga perayu. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:


(1) Undang-undang tanda niaga amat bersifat kewilayahan dalam beberapa aspek. Walau bagaimana tidak diingini untuk seseorang peniaga di sesebuah negara mengambil tanda peniaga asing yang sedang menggunakan tanda itu di negara asing, tiada apa-apa yang tidak sah di bawah Akta Cap Dagangan 1976 (‘Akta tersebut’) bagi seseorang peniaga Malaysia menjadi tuan punya berdaftar suatu tanda niaga asing yang dipakai atas barangan asing yang serupa melainkan bahawa tanda niaga asing itu tidak pernah digunakan di Malaysia (lihat ms 12I dan 13A–B).


(2) Seksyen 71(1) Akta tersebut menganggap permohonan untuk suatu tanda niaga di Malaysia atas barangan untuk eksport sebagai penggunaan suatu tanda niaga di Malaysia. Namun demikian, tiada bukti bahawa tanda HUMMEL D telah digunakan di Malaysia ke atas barangan yang dikilangkan untuk eksport.

Tambahan pula, bagi tujuan mewujudkan kekeliruan dalam minda orang awam, ‘penggunaan tanda niaga tersebut di Malaysia’ sedemikian tidak boleh disamakan dari segi faktual dengan penggunaan tanda niaga ‘sewaktu menjalankan perniagaan’ di Malaysia, sebab para pengguna di Malaysia tidak pernah lihat barangan ini (lihat ms 20B–D).

(3) Menerusi s 30 Akta tersebut, permohonan Gurdip Kaur dianggap berdaftar pada tarikh permohonan, iaitu 13 Ogos 1981. Melalui s 35, dia telah diberi hak eksklusif kepada penggunaan tanda HUMMEL M di Malaysia. Adalah tidak betul untuk penentang menuntut bahawa pada semua masa material tanda niaga tersebut adalah miliknya di seluruh dunia. Sehingga penentang memindahkan pendaftaran di Malaysia, ia tidak memiliki tanda itu di sini. Melalui s 36, fakta pendaftaran semata-mata adalah bukti prima facie kesahan pendaftaran (lihat ms 24B–C).


(4) Pada 13 Ogos 1988, Gurdip Kaur telah kekal sebagai tuan punya berdaftar HUMMEL M selama tujuh tahun. Mulai dari tarikh itu, kedudukannya telah diperkukuhkan sebab pendaftaran menjadi muktamad menurut s 37 Akta tersebut, melainkan penentang dapat menunjukkan bahawa: (a) pendaftaran asal telah diperolehi melalui fraud; (b) tanda niaga melanggar s 14; atau (c) tanda niaga bukanlah, pada permulaan prosiding, ciri tersendiri barangan tuan punya berdaftar (lihat ms 24D–F).

(5) Tinjauan itu tidak merupakan lebih daripada keterangan dengar cakap dan oleh sebab ia dipertikaikan, adalah tugas penentang untuk membukti kandungannya seperti yang dikehendaki oleh Akta Keterangan 1950. Oleh kerana tiada siapa daripada syarikat yang menyediakan tinjauan itu telah dipanggil, ia bukanlah keterangan untuk dipertimbangkan (lihat ms 16B).

(6) Akta 41 k 5(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 memperuntukkan bahawa keterangan dengar cakap hanya boleh diterima dalam prosiding interlokutori, dan memandangkan usul adalah permohonan untuk perintah muktamad, kegagalan penentang untuk mengemukakan keterangan viva vocedan pergantungan secara keseluruhan pada keterangan afidavit tidak dapat membantunya (lihat ms 14F dan 24H).

(7) Usul dalam kes ini telah difailkan pada 5 November 1993. Justeru itu, jika pun setiap perkataan dalam afidavit penentang dianggap sebagai sesuatu yang benar, aduan mereka berhubung dengan keadaan sebelum tarikh tinjauan iaitu 4 Oktober 1991 (dua tahun lebih awal) (lihat ms 24I).]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari alasan penghakiman kes ini agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Tq.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. terima kasih ya Mr.Arif..bila dah baca kat sini bru la lebih jelas lg fahaman saya yg kabur ni..

    saya budak baru belajar :)

    ReplyDelete

PETA PELAYAR