Di paparkan keputusan kes berkaitan jenayah pemerasan beberapa pendeposit skim cepat kaya Pak Man telo yang teras di tipu oleh skim ini ( memang tipu pun ) di mana dalam kes ini Pak Man Telo telah diculik dan diperas ugut oleh pendeposit. Mereka menuntut Pak Man Telo memulangkan semula " pelaburan yang telah mereka buat .
2. PG juga ada le terkena RM 3,000.00 . Itu pun bukan PG yang menyertainya. Cuma duit ada di atas meja masa itu ( duit elaun perjalanan ), terus diambil oleh kawan PG dan dilaburnya ke dalam skim ini. Sempat le dapat 2 kali " dividen " dalam RM 300.00. Lepas itu haram! Gigit jari juga le. Jadi dipaparkan kes ini agar menjadi pedoman kepada semua. Jangan ulangi. Bukan senang nak jadi senang.....beb!
3. Pembaca juga rasa PG ada juga yang terkena..............Keh keh keh keh keh keh . Berapa yang anda kena !!! Minta maklumat sikit.................
[1994] 3 MLJ 218
Pendakwa Raya lwn Isa bin Johnit & Lain-lain
Case Details:
Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — RAYUAN JENAYAH
BIL 41–425–92
Judges SYED AHMAD IDID H
Date 6 JUNE 1994
Citation [1994] 3 MLJ 218
Pendakwa Raya lwn Isa bin Johnit & Lain-lain
Case Details:
Malaysia MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR) — RAYUAN JENAYAH
BIL 41–425–92
Judges SYED AHMAD IDID H
Date 6 JUNE 1994
Citation [1994] 3 MLJ 218
Catchwords:
Undang-Undang Jenayah — Pemerasan — Unsur-unsur pemerasan — Sama ada kesalahan dibuktikan jika tertuduh berniat mendapatkan balik wangnya sendiri — Kanun Jenayah (FMS Bab 45) s 348
Acara Jenayah — Rayuan — Rayuan terhadap pembebasan — Kuasa mahkamah rayuan — Sama ada hakim rayuan boleh menjatuhkan hukuman untuk kesalahan lain yang tidak dituduh — Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) s 316(a)
Acara Jenayah — Hukuman — Faktor peringanan — Tuduhan mengurung seorang dengan salah — Tertuduh telah dipulas putar dan oleh bapa mangsa — Tertuduh tidak bertindak kasar terhadap mangsa
Facts:
Responden-responden telah dituduh atas kesalahan di bawah s 348 Kanun Jenayah (FMS Bab 45) (‘Kanun Jenayah’) kerana mengurung dengan salah seseorang, iaitu Abdul Razak Efendi bin Osman (SP2), bagi maksud hendak memeras ayahnya, iaitu Osman bin Hamzah (SP13), supaya menunaikan permintaan wang tunai RM426,767. SP13 telah menyelenggarakan suatu skim cepat kaya di dalam mana responden pertama dikatakan telah melaburkan wang sebanyak RM345,000. SP13 bersetuju bahawa beliau telah melakukan beberapa kesilapan dalam perniagaannya dan ramai orang telah datang menuntut wang mereka. Majistret telah membebas dan melepaskan responden dan pendakwa raya telah membuat rayuan.
Holdings:
Diputuskan, mendapati responden pertama hingga keempat bersalah atas kesalahan di bawah s 340 Kanun Jenayah dan mengekalkan perintah membebaskan responden kelima dan keenam:
(1) Kesalahan memeras tidak dibuktikan kerana responden pertama hingga keempat itu hendak berjumpa dengan SP13 untuk memohon balik wang mereka dan tidak untuk memerasnya. Di mana tertuduh benar-benar mempercayai bahawa SP13 telah mengambil wang kepunyaan mereka, suatu percubaan untuk mendapatkan wang itu balik tidak boleh dikatakan berniat untuk mengakibatkan kehilangan salah (wrongful loss) kepada SP13.
(2) Tetapi adalah jelas bahwa responden pertama, kedua, ketiga dan keempat telah melakukan kesalahan di bawah s 340 (bukan s 348) Kanun Jenayah kerana mengurung SP2 dengan salah. Hakim telah bertindak di bawah s 316(a) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun Acara Jenayah’) berkenaan dengan rayuan terhadap perintah pembebasan untuk mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.
(3) Hakikat bahawa responden pertama, kedua, ketiga dan keempat telah dipulas putar oleh SP13 dan tidak bertindak kasar terhadap SP2, adalah faktor-faktor untuk meringankan hukuman mereka. Dengan itu, mengikut s 316(a) Kanun Prosedur Jenayah dan s 341 Kanun Jenayah, mereka dihukum denda sebanyak RM100, dan jika tidak bayar, penjara tiga bulan tiap-tiap seorang.
Judgment:
Syed Ahmad Idid H:
Section #1
Semua enam orang penentang rayuan ini telah dibebaskan pada 21 November 1992 dari tuduhan yang berbunyi:
Bahawa kamu bersama-sama, di antara jam 8.10 malam 28 Februari 1991 hingga 11.30 pagi 5 Mac 1991, di Bilik 224 Hotel Tropicana, Jalan Ipoh, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dengan niat yang sama telah mengurung dengan salah seseorang, iaitu Abdul Razak Efendi bin Osman, KP: A 2541494(B), bagi maksud hendak memeras seseorang, iaitu Osman bin Hamzah, KP: 0339914(B), iaitu ayah kepada Abdul Razak Efendi dan berkepentingan dengannya, supaya menunaikan permintaan, iaitu, wang tunai RM426,767, dan dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 348 Kanun Kesiksaan, dibaca bersama dengan s 34 kanun yang sama.
Justeru itu, pendakwa raya telah merayu supaya ‘responden-responden didapati bersalah dan disabitkan dan dijatuhkan hukuman’. Adakah tuan majistret ‘silap dari segi undang-undang dan fakta’?
Fakta kes ini termasuk:
(1) Pada 28 Februari 1991 lebih kurang 8.10 malam, Abdul Razak Efendi bin Othman @ Osman (‘SP2’), ‘ditarik’ oleh seorang lelaki berbadan gempal (responden pertama) dan dipaksa ke dalam sebuah kereta yang ada tiga orang lain, responden kedua, ketiga dan keempat. Responden pertama juga dikenali sebagai ‘Sadam’. Responden pertama dan kedua telah pergi ke rumah itu pada waktu senja. Responden pertama dan kedua tanya tentang kedudukan rumah abangnya tetapi SP2 jawab ‘tidak tahu’ dan mereka terus keluar, tidak memeras ugutnya.
(2) SP2 telah dibawa ke Hotel Tropicana.
(3) SP2 telah tanya dan ‘mereka jawab dia [SP2] ditahan kerana mereka mahu tahu kedudukan rumah abang saya’.
(4) Malam itu juga, SP2 tunjukkan rumah abangnya (Abdul Rahman bin Osman — SP3) dan dia dibawa ke hotel yang sama. Lepas makan dan minum, seorang lelaki Cina masuk ke bilik tersebut.
(5) Pada keesokan hari, tiba-tiba datang seorang lelaki yang pada masa itu SP2 tidak kenal. Muka baru: ini responden kelima.
(6) Lelaki Cina, responden keenam, bawa SP2 keluar ke Kuala Lumpur ke kawasan perindustrian Sungei Besi dengan keretanya. Mereka berdua sahaja. Lelaki Cina (responden keenam) bawa SP2 balik ke bilik hotel.
(7) Pada 2 Mac 1991, SP2 dibawa ke Hotel Puduraya oleh keenam-enam orang responden dan ditempatkan di situ.
(8) Pada 3 Mac 1991, SP2 dibawa semula ke Hotel Tropicana oleh kesemua enam orang dan tidur di situ. Dalam bilik juga ada beberapa orang responden.
(9) Pada 4 Mac 1992, SP2 bangun pagi dan dapati tiga di antara enam orang itu dalam bilik. Hari itu SP2 dibawa ke Batu Kantomen, di sebuah gerai dan lepas itu dibawa ke Batu Caves dan singgah di Taman Tasik Titiwangsa. Bermalam di Hotel Tropicana.
(10) Pada 5 Mac 1991, SP2 bersama dua orang lelaki (responden keempat dan kelima). Pada jam 11.30 pagi, pintu diketuk, lelaki tua (responden keempat) pergi buka pintu dan sekumpulan anggota polis menyerbu dan menggari kedua lelaki yang bersama SP2.
(11) SP2 adalah anak kepada SP13, Osman bin Hamzah, lebih dikenali sebagai Pak Man Telo.
(12) SP3 (abang kepada SP2) tahu pelaburan responden-responden semua ‘lebih kurang RM400,000 lebih’ (‘saham dengan ayah’ iaitu SP13). SP5 (Stanley Jonathan Ringgit) setuju bahawa responden pertama hingga keenam merupakan pelabur dalam skim SP13 dan mereka hendak dapat balik apa yang mereka melabur dan tujuan responden pertama hingga keenam datang ke Kuala Lumpur ialah untuk berjumpa dengan Abdul Rahman, SP3, untuk bincang perkara itu. Tetapi mereka tak ambil sebarang tindakan mengikut undang-undang terhadap SP3 dan SP13.
(13) Mengikut SP2, kebebasan dia tidak disekat, cuma terhad.
(14) Responden pertama dan ketiga bekerja untuk responden keenam.
Perbalahan
(1) Mengikut SP13, Osman bin Hamzah, responden pertama (atau Sadam) kata ‘jika mahu anak (iaitu PW2) balik, mesti bayar RM450,000’.
(2) Adakah responden pertama, Isa, melaburkan RM345,000 dalam skim cepat kaya kepunyaan SP13? Dalam percakapan dalam pemeriksaan, responden pertama kata jumlah pelaburannya dengan Pak Man Telo sebanyak RM34,500.
(3) Adakah responden-responden berniat jahat? Mengikut responden pertama: ‘Sebelum pergi ke Taman Tun Dr Ismail kita tidak buat apa-apa rancangan ingin tangkap dan tahan SP2’.
(4) Adakah responden-responden itu mengurung SP2 ‘bagi maksud hendak memeras SP13’?
Adakah skim pelaburan Pak Man Telo(SP13) itu ‘genuine’?
Mengikut responden pertama, Isa bin Johnit, SP13 ada miliki sebuah syarikat ‘Pestama Bhd’ dan syarikat tersebut telah menyatakan bahawa:
Pestama adalah sebuah syarikat milik orang Melayu untuk orang Melayu. Konsep ‘Keteguhan ummah melalui kekuatan ekonomi’ adalah pegangan Pestama agar orang Melayu dapat setanding dengan bangsa-bangsa yang lain dari segi ekonomi. Melatih orang-orang Melayu berjimat cermat dan bersatupadu untuk membentuk satu ekonomi yang kukuh agar bangsa Melayu dihormati.
Lambang penyu yang menjadi lambang resmi Pestama adalah satu haiwan yang unik. Walaupun bertelur beratus-ratus tidak seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Pestama bermula dengan Pestama Enterprise kemudian Pestama Sdn Bhd dan kini Pestama Bhd dan jika diizinkan Allah, Pestama Holding (M) Sdn Bhd akan muncul sebagai satu syarikat gergasi yang terkenal di Malaysia mahupun di luar negeri.
Selama ini ramai yang tertanya-tanya apa yang dibuat oleh Pestama. Jika anda menyimpan wang anda di dalam bank, adakah anda bertanya kepada pengurus bank apa yang dibuat dengan wang anda? Pestama mengambil sikap penyu yang pendiam tidak riak dan tidak megah di atas pencapaiannya.
Mengikut SP13, yang telah selenggarakan skim pelaburan wang tersebut:
Kita hanya janji kepada orang-orang yang memberi modal — mereka akan dapat 10% saja, misalnya modal RM1,000, mereka dapat 10% iaitu RM100 sebulan. Mengikut perniagaan, tidak tetap, kadang-kadang turun. Ya, saya jelas 10% ini sebagai dividen iaitu keuntungan.
Dan, ‘Sampai hujung tahun 1989 — dividen tidak dibayar sebab telah jadi tidak betul, telah kelam-kabut,’ dan, ‘Ya, dalam tahun 1989, ada pihak berkenaan yang datang dan siasat skim ini. Hasil siasatan, saya dituduh di mahkamah. Ya, atas tuduhan melanggar Akta Bank.’
SP13 setuju bahawa dia ada buat beberapa kesilapan dalam perniagaannya, kini telah terima akibatnya dan dia sedang menjalani penjara. Ramai orang datang tuntut wang.
Sebelum seseorang itu didapati salah dari segi undang-undang, mesti ia dibuktikan mempunyai ‘mens rea’ atau kehendaknya dalam akal untuk melakukan sesuatu yang dilakukan. Dengan adanya skim Pak Man Telo yang telan wang dari beberapa orang responden dan skim itu gagal dan mereka harus kehilangan pelaburan masing-masing maka itu telah mencenderungkan responden-responden, apabila terdesak, untuk memohon balik wang sebanyak mungkin.
Inilah skim yang mengecewakan responden-responden dan banyak pelabur-pelabur yang sangsi. Saya turunkan kenyataan di atas oleh kerana skim tersebut telah membawa responden-responden ke tindakan yang mereka lakukan berkait dengan kes ini. Dari segi itu diharap semua akan lihat dan faham atas apa yang berlaku.
Apa sebenarnya telah berlaku di antara SP2 dan responden-responden?
Section #3
Responden pertama berkata:
Saya suruh dia (SP2) balik tetapi dia tidak mahu balik. Saya pun bawa SP2 tidur bersama dan dia bersetuju. SP2 juga tidak minta dibenarkan pulang ke rumah dan saya pun tanggung makan dan pakaian dia. SP2 tak mahu ikut apabila saya bincang dengan SP3 dan SP4.
Dari keterangan yang diberi, SP2 ada sekurang-kurangnya lima sehingga sebelas peluang untuk melarikan diri tetapi dia tidak bertindak.
Satu daripada peluang telah bangkit apabila SP2 dibawa oleh responden keenam ke Jalan Chan Sow Lin. Semasa di bengkel, selama lebih kurang 25 minit, SP2 di dalam kereta. Kereta masih hidup sebab SP2 mengaku dia rasa panas jadi responden keenam pasang ‘air-con’. Selain dari itu, SP2 ikut responden keenam ke kedai alat ganti dan Nite Club Pertama. Di sana ‘tiada siapa mengawal gerak-geri SP2’.
Soalan-soalan
Dari fakta-fakta kesemua itu, soalan yang asal adalah: adakah keadaan SP2 itu dalam kurungan? Jika tidak, ada dia dalam pengurungan?
Mengikut keterangan, responden pertama telah ‘pegang tangan’ SP2 dan sungguhpun SP2 ‘cuba lepaskan diri dan minta tolong, waktu itu SP2 bergelut dengan responden pertama dan bagaimanapun responden pertama berjaya menarik SP2 ke dalam kereta’.
Section #4
Bagi maksud kes ini, kita boleh menerima bahawa pada 8.10 malam 28 Februari 1991 apabila responden pertama (bersama responden kedua, ketiga dan keempat) telah tarik atau ‘jemput’ SP2 masuk ke dalam kereta mereka maka SP2 tidak dapat bergerak seperti yang dia rela dan ini boleh disifatkan sebagai dia ditahan.
Prinsip-prinsip
(1) Jika kita petik dari Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (23rd Ed) maka jelas ‘wrongful confinement, which is a form of wrongful restraint, is keeping a man within limits out of which he wishes to go and has a right to go’.
(2) Adakah gerak-geri responden ‘prevent’ SP2 ‘from proceeding’, iaitu sekat kebebasannya? ‘The retaining of a person in a particular place or the compelling of him to go in a particular direction by force of an exterior will overpowering or suppressing in any way his own voluntary action, is an imprisonment on the part of him who exercises that exterior will.’
(3) Mengikut SP2, semasa di kedai, dia tidak cuba minta tolong atau melepaskan diri dan dia rasa sedikit simpati terhadap responden-responden. Justeru itu, SP2 bersetujulah menolong responden-responden.
Dari keterangan yang diberi, SP2 ada sekurang-kurangnya lima sehingga sebelas peluang untuk melarikan diri tetapi dia tidak bertindak.
Satu daripada peluang telah bangkit apabila SP2 dibawa oleh responden keenam ke Jalan Chan Sow Lin. Semasa di bengkel, selama lebih kurang 25 minit, SP2 di dalam kereta. Kereta masih hidup sebab SP2 mengaku dia rasa panas jadi responden keenam pasang ‘air-con’. Selain dari itu, SP2 ikut responden keenam ke kedai alat ganti dan Nite Club Pertama. Di sana ‘tiada siapa mengawal gerak-geri SP2’.
Soalan-soalan
Dari fakta-fakta kesemua itu, soalan yang asal adalah: adakah keadaan SP2 itu dalam kurungan? Jika tidak, ada dia dalam pengurungan?
Mengikut keterangan, responden pertama telah ‘pegang tangan’ SP2 dan sungguhpun SP2 ‘cuba lepaskan diri dan minta tolong, waktu itu SP2 bergelut dengan responden pertama dan bagaimanapun responden pertama berjaya menarik SP2 ke dalam kereta’.
Section #4
Bagi maksud kes ini, kita boleh menerima bahawa pada 8.10 malam 28 Februari 1991 apabila responden pertama (bersama responden kedua, ketiga dan keempat) telah tarik atau ‘jemput’ SP2 masuk ke dalam kereta mereka maka SP2 tidak dapat bergerak seperti yang dia rela dan ini boleh disifatkan sebagai dia ditahan.
Prinsip-prinsip
(1) Jika kita petik dari Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (23rd Ed) maka jelas ‘wrongful confinement, which is a form of wrongful restraint, is keeping a man within limits out of which he wishes to go and has a right to go’.
(2) Adakah gerak-geri responden ‘prevent’ SP2 ‘from proceeding’, iaitu sekat kebebasannya? ‘The retaining of a person in a particular place or the compelling of him to go in a particular direction by force of an exterior will overpowering or suppressing in any way his own voluntary action, is an imprisonment on the part of him who exercises that exterior will.’
(3) Mengikut SP2, semasa di kedai, dia tidak cuba minta tolong atau melepaskan diri dan dia rasa sedikit simpati terhadap responden-responden. Justeru itu, SP2 bersetujulah menolong responden-responden.
Dari keterangan, didapati responden pertama, kedua, ketiga dan keempat itu ada niat yang sama. Dan juga jelas yang mereka hendak berjumpa dengan Pak Man Telo, bapa kepada SP2 yang mereka mahu mohon balik lebih kurang RM400,000 (RM426,767). Kehendak mereka boleh dikatakan untuk kepentingan mereka mencapai tujuan sama iaitu menerima balik wang sendiri dan tidak untuk memeras ayah SP2.
Dapatan
Dari bukti yang ada, saya dapati responden pertama, kedua, ketiga dan keempat telah melakukan kesalahan di bawah s 340 (bukan s 348) Kanun Jenayah dibaca dengan s 339 dan boleh dihukum mengikut s 341. Apabila SP2 berpeluang melepaskan diri tetapi tidak dan seterusnya apabila dia mengambil peluang bersiar-siar dan bersimpati dengan responden-responden, maka pada saat itu halangan salah dihentikan.
Law of Crimes
telah menyebut bahawa: ‘Period of confinement — the time during which a person is kept in wrongful confinement is immaterial, except with reference to the extent of punishment’. Dan juga tidaklah wajib untuk pendakwa membuktikan: ‘Malice — malice is not an essential ingredient in the offence of wrongful confinement’.
Atas segala bukti, hujah-hujah dan kehendak undang-undang, maka dengan demikian saya membatalkan perintah pembebasan dan sebaliknya mendapati sabitkan responden pertama, kedua, ketiga dan keempat bersalah di bawah s 340 Kanun Jenayah, dan terhadap responden kelima dan keenam saya kekalkan perintah membebaskan dan melepaskan mereka.
Section #6
Mahkamah dengar hujah timbalan pendakwa raya mengenai hukuman dan peguambela mengenai ‘mitigating factors’.
Bagi tiap-tiap seorang responden pertama, kedua, ketiga dan keempat, memandangkan keadaan mereka yang dipulas putar oleh SP13 (bapa SP2 sendiri) dan jangan kelupaan bahawa mereka tidak bertindak kasar terhadap SP2, maka saya terima faktor-faktor untuk meringankan hukuman ‘according to law’: PP v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 di ms 316.
Dengan ini, mengikut s 316(a) Kanun Prosedur Jenayah dan s 341 Kanun Jenayah maka saya jatuhkan hukuman denda RM100 jika tidak bayar, ke penjara tiga bulan tiap-tiap seorang. Jika tidak ada ‘special circumstances of the case’ maka hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mungkin diperlukan.
Teguran
Saya faham dari keputusan Mahkamah Persekutuan Sivalingam v PP [1982] 2 MLJ 172, maka: (1) ‘in hearing an appeal from a conviction the power of the judge to alter a finding must be exercised subject to ss 166 and 167 of the Criminal Procedure Code’; dan (2) ‘to warrant a substitution there must be clear evidence that a case for the substituted offence would have been made out or established in the court below’.
Keputusan Sivalingam
Section #7
dibuat/dicapai berdasarkan s 316(b)(ii) Kanun Prosedur Jenayah di mana dinyatakan hakim boleh ‘after the finding …’, walhal keputusan saya ini dibuat melalui s 316(a) di mana perkataan ‘after the finding’ tidak muncul. Seksyen 316(a):
Semasa perbicaraan rayuan, Hakim jika berpendapat bahawa tidak ada bukti yang cukup bagi mencapur tangan, bolehlah menolak rayuan itu, atau boleh:
(a) berkenaan dengan sesuatu rayuan tentang perintah pembebasan, membatalkan hukuman itu dan mengarahkan siasatan selanjutnya lagi, atau tertuduh itu dibicarakan semula atau dikomitkan untuk dibicarakan, mengikut mana yang berkenaan, atau mendapati ia bersalah dan menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang; …
Saya juga merujuk kepada kes Yoong Hock Pin v PP [1977] 1 MLJ 178, yang telah memutuskan bahawa ‘it was not competent for the learned judge on appeal to amend the charge’. Dari tafsiran kes Sivalingam dan Yoong Hock Pin ternyata Mahkamah Persekutuan pada masa itu bincang mengenai ss 409 dan 420 Kanun Jenayah dan bersetuju bukti tidak cukup untuk sabitan. Dalam kes Yoong Hock Pin, Ali Ag CJ (Malaya) memperhatikan ‘Learned senior federal counsel conceded that the conviction and sentence could not be maintained’ dan dengan itu beliau ‘set aside the conviction, sentence and fine’.
Bagi saya, fakta dalam kes hari ini begitu jelas untuk responden pertama, kedua, ketiga dan keempat disabitkan dengan kesalahan bawah s 340 Kanun Jenayah dan bukan s 348 sepertimana mereka dituduh dan dengan alasan itu saya telah mengambil keputusan sepertimana saya telah turunkan di atas.
Pilihan lain di bawah s 316(a) adalah untuk saya mengarahkan responden-responden (‘tertuduh’) untuk dibicarakan semula walaupun ini mungkin akan meringankan tanggungjawab saya tetapi akan memakan masa yang panjang (‘justice delayed’) sebelum satu keputusan muktamad dapat diperolehi oleh semua pihak.
Saya kurang jelas mengapa pihakpendakwa sukar mengubah pertuduhan di mahkamah rendah secara ss 157, 158, 165 atau 167 (Kanun Prosedur Jenayah).
Section #8
Jika pertuduhan telah dipinda kepada s 340 saya yakin situasi yang terdapat sekarang tidak berlaku. Ini sebenarnya adalah tugas pihak pendakwa yang seelok-eloknya menilaikan bukti yang mereka perolehi dan banding dengan kehendak pertuduhan yang mereka memilih.
Saya akan menanti keputusan Mahkamah Rayuan/Agung/Persekutuan jikasatu atau kedua-dua pihak berhasrat memajukan keputusan mahkamah hari ini sebagai ‘reference under s 66 of the Courts of Judicature Act 1964’. Mungkin darinya Kanun Prosedur Jenayah boleh dipinda bersesuaian dengan kehendak semasa. Dari situ satu petunjuk yang lebih bermakna akan diperolehi untuk panduan kita bersama.
Diperintahkan sewajarnya.
No comments:
Post a Comment