FOLLOWERS

Monday 19 October 2009

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES BIDANG KUASA MELEPASKAN BARANG KES !



[1992] 1 MLJ 245
Public Prosecutor v Ling Sing Kwong & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SIBU) — CRIMINAL APPEAL NO 11 OF 1989

Judges CHONG SIEW FAI J
Date 10 OCTOBER 1990
Citation [1992] 1 MLJ 245



Bahasa Malaysia Summary:


Si tertuduh pertama dan seorang lagi telah didakwa bahawa semasa mereka berada di dalam kenderaan bernombor KJ 1409 (‘kenderaan itu’), mereka mempunyai milikan ke atas barang-barang yang cukai kastamnya belum dibayar, iaitu 83 karton rokok.

Selepas si tertuduh mengaku salah majistret telah melepaskan kenderaan itu kepada si tertuduh walaupun pihak pendakwa telah membantah. Pihak pendakwa merayu terhadap perintah itu atas alasan bahawa memandangkan s 115 Akta Kastam 1967 (‘Akta itu’), kuasa untuk melepaskan kenitu adalah satu budi bicara pentadbiran dan terletak dalam tangan eksekutif.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Seksyen 115 Akta itu tidak menyingkirkan budi bicara mahkamah yang diberikan oleh s 407 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6). Di bawah s 407 Kanun itu mahkamah mempunyai budi bicara melepaskan kenderaan itu.

(2) Di mana dalam sesuatu prosiding di hadapan mahkamah, satu isu timbul yang mana mahkamah mempunyai bidang kuasa nyata untuk mengadilinya, bidang kuasa itu hanya boleh disingkirkan oleh perkataan yang terang dan sangat nyata. Di dalam kes ini tidak terdapat perkataan yang nyata atau yang tersirat yang menbidang kuasa.]

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes dan alasan penghakiman dalam kes ini mengenai bidang kuasa melepaskan barang kes samada pihak pentadbiran jabatan atau mahkamah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR