Pemuda PAS menuntut parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dibenarkan bertemu dan berkempen di kalangan pemilih pos di kem-kem tentera.Tuntutan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu memorandum dewan tersebut yang diserahkan di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa yang PAS dan PR terlalu sibok hendak masuk berkempen di kem Tentera semasa PRK Bagan Pinang? Dulu hanya minta wakil calun datang semasa pengundian sahaja. Dah di benarkan pun. Sekarang minta nak masuk kempen pulak!
2. Mengapa sibok sangat dengan undi pos tentera dan polis? Dulu kecam sangat pasukan keselamatan . Dikatanya anjing kerajaan. Tentera menjalankan latihan dengan pihak polis sebelum PRU12 dikecam habis-habisan kerana dikatanya anjing kerajaan, pasukan keselamatan berpihak fan berbagai makim hamun dari pohak munafik ini.
3. Sekarang terkinja-kinja nak masuk kempen di kem tentera dan mungkin juga di berek-berek polis.
4. Kepada pihak tentera , jangan sesekali benarakan. Pasukan keselamatan adalah benteng terakhir bagi keselamatran negara. Jangan sesekali benarkan parti politik memasuki kem atau berek polis bagi menjalankan kempen ( apa bentuk pun ). Ini kerana jika dibenarkan maka akan berlaku berbagai perkara buruk sesama anggota keselamatan dan mungkin perkelahian dan pertentangan di dalam sesuatu unit yang mana kesatuan adalah aset utama dalam kekuatan sesuatu pasukan keselamatan.
5. Jika dibenarkan parti politik datang berkempen maka ujud ketidaktentuan dan mengganggu kesetian dan tumpuan pasukan keselamatan di dalam tugas. Pergeserana akan ujud yang mana ini nantinya akan bercanggah dengan tugas seharian dan ujud unsur berpuak di dalam pasukan keselamatan dan ini amat merbahayakan keselamatan dan keutuhan sesebuah negara.
6. Cukuplah kepen di luar dan cukuplah dengan berbagai saluran kempen melalui media cetak dan elektronik serta berbagai media lagi yang mana semua pasukan keselamatan boleh mendapatkan maklumat mengenai calun pilihan masing-masing. Jangan membenarkan pelacur-pelacur poltik ini meracuni fikiran pasukan keselamatan dan unsur maki hamun dan fitnah secara langsung.
7. Pasukan keselamatan adalah wajah sesebuah negara. Jika sudah ada puak di dalamnya maka musnahlah sesebuah negara dalam masa panjang.
8. Cukup-cukuplah bepolitik. Tak letih ke asyik berceramah, memfitnah dan memaki hamun dan memperbodohkan rakyat di luar. Selama ini pun tak ada halangan bagi pasukan keselamatan untuk mendengar ceramah di luar kem. Syaratnya jangan tinggal tugas dan terlibat dengan perhimpunan haram dan ceramah haram. Itu sahaja.
9. Cukuplah lacuran yang telah dilakukan selama ini oleh pihak ini. Jangan sesekali pasukan keselamatan dan SPR atau kerajaan berlembut dan membenarkan desakan ini hanya atas alasan demokrasi atau bagi menunjukkan sifat popular kerajaan. Dalam hal-hal-hal tertentu kerajaan perlu bertegas dan jangan sesekali melayani desakan pelacur politik ini manjahanamkan pasukan keselamatan.
10. Dulunya separuh nyawa mengecam pasukan keselamatan. Sekarang semua maki hamun terhadap pasukan keselamatan nak di telan balik. Tak tahu malu ke pihak-pihak ini?
THE LAST LINE OF DEFENCE
ReplyDeleteDiharap pihak tentera tidak membenarkan konco konco PAS untuk masuk ke dalam kem TENTERA kerana dikhuatiri didalam kumpulan ini ada juga perisik perisik .
Di khuatiri juga akan berulang nya sejarah 'AL MA'UNA'
Kalau Mat Sapu yang datang untuk berkempeng dalam kem tu kena jaga lah isteri isteri takut nanti kena minta hantarkan ubat ke bilik lak.
ReplyDeletePaling aku takut kalau dibenarkan parti politik kempen dalam kem ini akan membahayakan rahsia pertahanan negara. Apa tidaknya yang masuk bukan tujuan kempen sahaja tapi yang ditakutkan adalah pengintipan....sila jangan benarkan mereka berkempen.
ReplyDelete