FOLLOWERS

Wednesday 9 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES PERSOALAN AGAMA SI MATI / MUALAF / BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH !


1992 1 MLJ 1

DALIP KAUR V PEGAWAI POLIS DAERAH BALAI POLIS BUKIT MERTAJAM & ANOR


Bahasa Malaysia Summary:


Di dalam kes ini perayu telah memohon deklarasi bahawa anak lelakinya pada masa ia meninggal dunia pada 3 Oktober 1991 bukan seorang Islam dan/atau ia telah keluar dari agama Islam dan untuk deklarasi lanjutan bahawa ia berhak mendapat mayat simati itu. Simati telah dilahirkan seorang Sikh dan dididik mengikut agama Sikh. Ia telah memeluk agama Islam pada 1 Jun 1991 di hadapan Kadi Daerah Kulim dan kemasukannya telah didaftar mengikut s 139 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1962, Kedah.

Perayu telah berhujah bahawa selepas simati memeluk agama Islam ia telah melalui deed poll pada 9 September 1991 menolak agama Islam dan kembali kepada amalan kepercayaan Sikh itu. Juga dihujahkan bahawa simati telah diterima balik ke agama Sikh oleh seorang padri Sikh di kuil Sikh dan simati selalu hadir bersembahyang di kuil Sikh. Dihujah juga bahawa simati terus memakan babi dan tidak berkhatan.

Ada keterangan yang diberi bahawa simati telah bertunang dengan seorang perempuan Islam dan perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 25 November 1991. Di dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi, yang arif pesuruhkehakiman telah memutuskan bahawa tandatangan dalam deed poll itu bukan tandatangan simati dan beliau juga menolak keterangan padri Sikh dan adik simati mengenai penerimaan semula simati ke agama Sikh dan kehadirannya untuk bersembahyang di kuil Sikh.

Beliau memutuskan bahawa simati adalah seorang Islam pada masa ia meninggal dunia. Perayu telah membuat rayuan. Apabila rayuan itu didengar, Mahkamah Agung telah menghantar kes itu balik ke Mahkamah Tinggi supaya yang arif pesuruhjaya kehakiman merujuk beberapa soalan mengenai hukum Syarak yang timbul kepada Jawatankuasa Fatwa Kedah. Ini telah dibuat dan selepas mendapat jawapan dari jawatankuasa fatwa itu yang arif pesuruhjaya kehakiman telah mengesahkan pendapat dan keputusannya. Perayu telah membuat rayuan.

Diputuskan:


Diputuskan, menolak rayuan itu:


Menurut Hashim Yeop A Sani HB (Malaya):

(1) Yang arif pesuruhjaya kehakiman berhak menerima jawapan-jawapan dari jawatankuasa fatwa kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka dan yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak. Jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa simati adalah seorang Islam kerana ia telah sabit keIslamannya apabila ia mengucap dua kalimah syahadat di hadapan kadi seperti yang tercatit di dalam surat ikrar orang yang masuk Islam dan kekal sebagai seorang Islam kerana tidak ada keputusan dari mana-mana mahkamah syariah yang mensabitkan ia terkeluar daripada Islam.

(2) Keterangan yang diberi oleh pemeriksa dokumen harus dilihat dengan berhati-hati, kerana ia hanyalah pendapat. Tetapi keitu harus dipertimbangkan dalam konteks keterangan-keterangan yang lain.

(3) Yang arif pesuruhjaya kehakiman telah menimbang semua kedi hadapannya dan telah membuat berberapa pendapatyang teguh dan yang tidak boleh dikatakan berlawanan dengan tekanan beratnya keterangan. Mahkamah rayuan tidak seharusnya mengganggu pendapat-pendapat fakta hakim yang membicarakan kes itu yang telah melihat dan mendengar saksi-saksi dan membuat taksiran mengenai kebolehpercayaan dan kesan keterangan yang diberi. Beliau telah tidak menyalaharah diri di dalam perkara undang-undang atau fakta.

Menurut Mohamed Yusoff HMA:


(1) Soalan terutama untuk penentuan ialah sama ada simati telah terkeluar dari agama Islam dalam riwayatnya dan mahkamah syariah sahajalah yang berkelulusan untuk menjawab soalan itu. Pesuruhkehakiman tidak boleh diarah supaya merujuk perkara ini kepada pengerusi majlis fatwa di bawah s 37(1) Enakmen PenUndang-Undang Islam (Kedah) 1962, beralaskan fakta yang ditentukan oleh pesuruhjaya kehakiman, untuk keoleh majlis itu di bawah s 37(4). Ini ialah perkara di dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan bukan Mahkamah Tinggi. Selanjutnya, perkara 121(1A) yang merupakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan telah mengatasi s 37(4).

(2) Walaupun demikian, semua pihak-pihak berkenaan telah bersetuju untuk merujuk soalan-soalan itu kepada majlis fatwa untuk penentuan, dan pesuruhjaya kehakiman, selepas menerima fatwa dari majlis fatwa itu, telah mengesahkan keputusannya yang ter. Atas alasan ini, permohonan perayu untuk membuka kembali kes ini dengan isu-isu yang lain tidak boleh diterima. Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis itu terang dan harus diikut kerana ia telah diminta oleh pihak-pihak itu.]

Cases Referred To:
1 PP v Mohamed Kassim bin Yatim [1977] 1 MLJ 64 (refd)
2 Ng Wan Chan v Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan & Anor [1991] 3 MLJ 174 (refd)
Legislation Referred To:
Federal Constitution art 121(1A)
Administration of Muslim Law Enactment 1952 (Kedah) ss 37, 139, 140, 141
Administration of Muslim Law Enactment 1965 (Perak) s 146(2)
Lawyers:
Karpal Singh with N Shanmugam and Balwant Singh (Karpal Singh & Co) for the appellant.
Haliza Aini bte Dato’ Othman (Federal Counsel) for the first respondent.
Hasan bin Lah (Legal Adviser, Kedah) for the second respondent.
Appeal:
Originating Summons No 24-795-1991 (High Court, Penang)

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat darinya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR