FOLLOWERS

Thursday 10 September 2009

SKMM : TERUSKAN TINDAKAN TERHADAP MALAYSIAKINI !


Malaysiakini


Beberapa NGO, termasuk di peringkat serantau, mengecam keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyiasat secara intensif sekumpulan besar kakitangan Malaysiakini berhubung video demonstrasi membantah kuil Hindu.Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Piagam 2000 Aliran, kumpulan pemantau kebebasan media dalam NGO berpengaruh itu, menyifatkan tindakan suruhanjaya itu sebagai mempersendakan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk tidak menapis Internet.

"Tindakan secara metafornya membunuh pembawa mesej juga sangat tidak menyenangkan kerana ia bertujuan menakut-nakutkan wartawan yang sedar daripada melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata penyelarasnya Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto dalam satu kenyataan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mengapa banyak NGOs mengecam SKMM? Adakah mereka mempunyai agenda tertentu. Adakah Malaysiakini mempunyai kekebalan dalam lapuranya yang kebiasaannya langsung tidak mengambil kira mutu dan keadaan keselamatan negara dan perpaduan kaum?

2. Mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap Malaysiakini? Malaysiakini kalau kita membaca sekali imbas pun kita tahu apa jenis e-akhbar ini. Kebanyakkannya melapurkan hanya untuk satu kaum dan jika untuk semua kaum pun jenis berpihak. Mereka langsung tidak mengambil kira sensitiviti kaum dan agama serta kadangkala amat biadap dalam lapurannya.

3. Mematuhi etika kewartawanan? Jauh panggang dari api. Mereka akan melapurkan secara terpilih dan apa yang mereka nak lapur bagi kepentingan berpihak. Dari hal kepala lembu. Kita lihat ianya bukan berkecuali tetapi lebih menjurus kepada lapuran berpihak dan tidak positif lapurannya.

4. Pada pandangan PG pun ia tidak lebih dari akhbar lalat yang langsung tiada integriti dan tidak boleh dipercayai. Bolehlah dikatakan bahawa pendapat ahli falsafah bahawa setengah akhbar atau wartawan akhbar , kadangkala dilihat seperti mendapat kemewahan dari penderitaan orang lain. Jadi kalau kita bandingkan dengan Malaysiakini ini bertepatanlah pandangan falsafah tersebut. Mereka akan mengeksploitasi segala isu bagi kepentingan akhbar mereka tanpa mempedulikan masyarakat dan negara serta segala isi di dalam negara berkenaan.

5. Kepada kerajaan: Bertegas tanpa mengira samada ia Malaysiakini ke, atau mana-mana akhbar atau penulis. Jika ia melibatkan keselamatan negara tiada kompromi. Jika dibiarkan berita-berita sebegini dan vedeo begini disiarkan maka lama-kelamaan negara akan mengalami anarki. Pedulikan kecaman NGOs ini. Jika terjadi apa-apa yang buruk kepada negara ini bukan mereka yang akan menolong untuk mententeramkannya. Mereka hanya menulis tanpa tanggungjawab.

6. SKMM : Teruskan tindakan.

1 comment:

  1. kita percaya pada kebebasan kewartawanan (freedom of press) kalau takda freedom of press, tak pernah wujud harakah, suara keadilan atau malaysiakini sekalipun. tapi sikap bias mereka dalam melaporkan sesuatu berita menjadikan mereka sudah memusnahkan freedom of press mereka sendiri, jadi wajar untuk SKMM "menidakkan" freedom of press mereka.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR