2 of 2 DOCUMENTS
Mohd Jalil bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor
CRIMINAL APPLICATION NO 44-34-1996
HIGH COURT (KOTA BHARU)
1996-5 MLJ 564; 1996 MLJ LEXIS 1122
DECIDED-DATE: 23 June 1996
CATCHWORDS:
[*1] Criminal Procedure - Bail - Bailable offence - Repeated failure of accused persons to attend court - Whether magistrate correct in revoking bail and remanding accused persons - Whether bail mandatory in bailable offence - magistrate has discretion not to grant bail if offence is bailable - Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 387(1)
Bahasa Malaysia summary
Kedua-dua tertuduh ('pemohon-pemohon') telah dituduh pada 8 November 1987 di bawah s 353 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Di bawah ruang kelima, Jadual 1 kepada Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6) ('KAJ') kesalahan tersebut adalah kesalahan boleh jamin dan ikat jamin dibenarkan sebanyak RM500 setiap orang.
Kes itu telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan ketidakhadiran pemohon-pemohon sama ada secara bersama ataupun secara individu. Ikat jamin dinaikkan pada mulanya kepada RM1,000 dan kemudiannya kepada RM3,000 dengan seorang penjamin setiap orang. Kes itu akhirnya ditetapkan untuk perbicaraan pada 21 Mei 1996 di mana pemohon-pemohon sekali lagi telah tidak hadir.
Kesudahannya, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka. Pada 27 Mei 1996 pemohon-pemohon telah menyerah diri kepada mahkamah. Majistret yang bijaksana enggan menerima penjelasan pemohon-pemohon dan seterusnya telah membatalkan ikat jamin, menahan pemohon-pemohon dan menetapkan 25 Jun 1996 sebagai tarikh perbicaraan. Majistret yang bijaksana telah menolak permohonan ikat jamin. Maka, permohonan ini dibuat kepada Mahkamah Tinggi.
Diputuskan, membenarkan permohonan ini:
(1) Ungkapan 'shall be released on bail' di bawah s 387(1) KAJ adalah mandatori. Di bawah peruntukan ini, seorang yang dituduh melakukan suatu kesalahan yang boleh jamin adalah berhak untuk diikat jamin. Tidak timbul persoalan mengenai budi bicara dalam memberikan ikat jamin dan mahkamah mestilah mematuhi peruntukan di bawah seksyen tersebut (lihat ms 567D-G); R v Lim Kwang Seng & Ors
(1956) MLJ 178 diikut.
(2) Tujuan ikat jamin adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh pada hari dan masa yang ditetapkan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. Ianya bukanlah bertujuan sebagai hukuman dan ikat jamin yang keterlaluan seharusnya tidak diperlukan (lihat ms 567H); Zulkifflee bin Hj Hassan v PP
(1987) 2 MLJ 527 diikut.
(3) Majistret yang bijaksana adalah betul ketika beliau mengisukan waran tangkap terhadap pemohon-pemohon serta mengemukakan notis untuk menjawab kepada penjamin-penjamin untuk ketidakhadiran pemohon-pemohon. Beliau juga adalah betul ketika memberikan pemohon-pemohon peluang untuk didengar sebelum ikat jamin dibatalkan (lihat ms 567I-568A); Phang Yong Fook v PP
(1988) 1 MLJ 267 diikut.
(4) Walau bagaimanapun majistret yang bijaksana adalah salah ketika beliau memerintahkan supaya pemohon-pemohon ditahan. Ini adalah tidak sah dan tidak mematuhi undang-undang. Selepas membatalkan ikat jamin yang lama, majistret yang bijaksana sepatutnya memerintahkan ikat jamin yang baru dengan jaminan secukupnya seperti yang difikirkan wajar. Hanya jikalau pemohon-pemohon gagal melaksanakan ikat jamin tersebut barulah mahkamah mempunyai kuasa untuk menahan pemohon-pemohon (lihat ms 568B-C).
CASES-REF-TO:
Phang Yong Fook v PP (1988) 1 MLJ 267
R v Lim Kwang Seng & Ors (1956) 22 MLJ 178
Zulkifflee bin Hj Hassan v PP (1987) 2 MLJ 527
LEGIS-REF-TO:
Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 387(1), 389, Sch 1
Penal Code (FMS Cap 45) s 353
Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan kes ini.
No comments:
Post a Comment