Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan penggantungan perlaksanaan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar memutuskan Kompleks Wawasan Balkis boleh diuruskan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) sehingga tamat kes tersebut.
Peguam Derek J Fernandez yang mewakili kerajaan negeri Selangor (pemohon) memberitahu pemberita bahawa pengurusan aset-aset lain seperti wang tabungan turut digantung dan ia tidak boleh digunakan."Kami berpuas hati dengan keputusan ini dan ia menjamin aset tidak terjejas. "Mengenai Kompleks Wawasan, kami tiada masalah dengan perkara itu, lagipun ia adalah tempat untuk kanak-kanak belajar dan bermain," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PR dan kerajaan Selangor menang kes ini di pusingan pertama.
2. Tak ada pula kedengaran bahawa badan kehakiman berpihak, tidak adil, ada hidden agenda, UMNO / BN mempengaruhi keputusan ini. Jika tidak hiruk pikok negara jika kes kalah. Macam-macam perkataan fitnah dan cai cerca terhadap badan kehakiman.
3. Tak ada pulak si Shamsul AMK, Mahfuz, Prof Aziz Bari dan lain-lain NGOs termasuk Majlis Peguam nak komen dan ulas isu ini dan menghentam badan kehakiman.
4. Menang adil, kalah tak adil dan YAA Hakim rasuah. Itulah yang keluar dari mulut si munafik dan hipokrit tersebut. PG lihat tak ada pun pemimpin UMNO / BN nak komen dan mempertikaikan keputusan YAA Hakim.
5. Itulah bezanya. Fikirkanlah.
Kalau tahi boleh bercakap dan menyokong PR, mereka akan menyanjung tahi setinggi-tingginya. Kalau sebaliknya, mereka akan memburuk kan tahi seburuk-buruknya... terimalah hakikat itulah wajah sebenar PR (Penipu Rakyat).
ReplyDeletePG
ReplyDeleteJangan emosi.... tak cun lah kalau tetiba angin satu badan dgn keputusan mahkamah ini. Ini isu nasional. Sekurang-kurangnya kita tahu kedudukan BALKIS tu dari segi perundangan dan kesahihan pembubarannya. Dan juga kemana wang BALKIS berada sekarang.
Bukan isu menang kalah.
Cuba tunggu sampai habis kes, pastu buat komen yang membina dan waras.
Anwar gagal dalam cubaannya di mahkamah sebentar tadi. Tak dengar pula dia menyebut, mahkamah berta sebelah.
Selamat Hari Raya. Salam
PG..selamat hari raya
ReplyDelete