FOLLOWERS

Monday 14 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES IMUNITI DYMM RAJA-RAJA DAN HAK BUKAN WARGA NEGARA !



1996 (1) MLJ 617
Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah



Bahasa Malaysia Summary:


Dalam kes ini, plaintif, yang merupakan seorang warganegara Singapura, telah mendakwa Sultan Pahang (‘Sultan tersebut’) dalam keupayaan peribadinya untuk libel dan ganti rugi di Mahkamah Khas yang diwujudkan di bawah fasal 182 Perlembagaan Persekutuan. Peguam Negara telah memberikan keizinan kepada plaintif untuk mendakwa Sultan tersebut di bawah fasal 183.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa mahkamah harus pertamanya, menentukan suatu isu permulaan yang dibangkitkan oleh defendan, iaitu sama ada plaintif, yang bukan merupakan seorang warganegara Malaysia, mempunyai hak untuk mendakwa Sultan tersebut dalam keupayaan peribadinya di Mahkamah Khas.

Diputuskan:

Diputuskanoleh majoriti 4:1, membenarkan bantahan permulaan defendan (Anuar HB (Malaya) menentang):

(1) (Oleh Eusoff Chin KHN) Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang adalah dihadkan oleh fasal 74(3) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi oleh fasal tersebut tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan ke atas sesuatu perkara tertentu (lihat ms 624F–G).

(2) (Oleh Eusoff Chin KHN) Dalam kes ini, kuasa perundangan Parlimen adalah tertakluk kepada peruntukan istimewa fasal 155 Perlembagaan tersebut, yang memperuntukkan bahawa jika undang-undang yang berkuatkuasa di mana-mana bahagian Komanwel yang lain memberi apa-apa hak atau keistimewaan kepada warganegara Persekutuan maka adalah sah bagi Parlimen memberi sesuatu hak atau keistimewaan yang serupa itu kepada warganegara dari bahagian Komanwel itu yang bukan warganegara Persekutuan walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan ini.

Oleh kerana di bawah Perlembagaan Singapura seorang warganegara Malaysia tidak boleh mendakwa Presiden atau Republik di mana-mana mahkamah Singapura, plaintif yang merupakan seorang warganegara Singapura tidak boleh diberi hak untuk mendakwa Sultan tersebut dalam kes ini. Sekalipun Parlimen memberi hak kepada seorang warganegara Singapura untuk mendakwa Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja, pemberian sebegini adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires fasal 155 Perlembagaan Persekutuan (lihat ms 624E–I).

(3) (Oleh Chong Siew Fai HB (Sabah & Sarawak) Setelah mengambil kira prinsip kekebalan kedaulatan dalam undang-undang antarabangsa, kekebalan Pemerintah yang wujud, setidak-tidaknya untuk dekad sebelum penubuhan Malaysia, dan penggabungannya dalam Perlembagaan Persekutuan kemudian; dan konsep kesalingan, adalah diputuskan bahawa ketaksaan atau ketidaktepatan perkataan dalam fasal 182(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan plaintif hak sebagai warganegara Republik Singapura, untuk mendakwa Pemerintah yang berkenaan dalam keupayaan peribadi baginda (lihat ms 628C).

(4) (Oleh Mohd Azmi HMP) Dalam ketiadaan peruntukan nyata, dan oleh kerana terdapat keraguan dalam makna perkataan yang digunakan dalam fasal 181(2) dan niat Parlimen dan Persidangan Pemerintah-Pemerintah, anggapan kesinambungan hak istimewa, kedaulatan, prerogatif dan kekebalan undang-undang harus wujud, sejauh mana ia adalah berkenaan dengan warganegara asing (lihat ms 634D).

(5) (Oleh Mohd Suffian) Fasal 155 menjadikan fasal 182(3) batal setakat ia bermaksud untuk membenarkan seorang bukan warganegara untuk mendakwa seorang Pemerintah dalam Mahkamah Khas. Jika Singapura meminda perlembagaannya untuk membenarkan seorang warganegara Malaysia untuk mendakwa Presiden Singapura, Parlimen Malaysia mungkin boleh memberikan seorang warganegara Singapura hak atau keistimewaan yang sama untuk mendakwa seorang Pemerintah dalam negara kita (lihat ms 636D–F).

(6) (Oleh Anuar HB (Malaya),menentang) Fasal 155(1) tidak menghalang Parlimen daripada membuat undang-undang yang memberi seorang bukan warganegara hak untuk mendakwa seseorang Raja di Malaysia. Tidak terdapat peruntukan bahawa fasal 182 adalah ‘tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan’ dan oleh yang demikian, ia tidak tertakluk kepada fasal 155 (lihat ms 637C dan 638C).]

Lawyers:
Karpal Singh (Manjit Singh, M Manoharan and Jagdeep Singh Deo with him)(Karpal Singh & Co) for the plaintiff.
Dominic Puthucheary (Mubashir Mansor and Bastian Vendargon with him)(Skrine & Co) for the defendant.

Judgment:
Eusoff Chin Chief Justice :

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar dapat menafaat dari kes ini. Ia berkaitan kekebalan DYMM Raja-Raja Melayu dan hak seorang bukan warga negara menyaman DYMM Raja-Raja Melayu.

2. Terima kaseh..

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR