Zuharman MN Tue Sep 08, 09 1:54:27 pm MYT
KOTA BHARU, 8 Sept: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamed Yaacob, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) Jumaat lepas pagi ini pulang ke Rahmatullah akibat masalah pernafasan. Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 5.50 pagi tadi di sisi isterinya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad.
Menurut anaknya, Dr Idora Mohamed, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Allahyarham memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1978 sehingga Umno Kelantan tewas di tangan Pas dan membentuk kerajaan baru di Kelantan pada 1990. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tan Sri Mohamed Yaakub bekas MB Kelantan sehingga tahun 1990 telah kembali ke rahmatullah. PG lihat tidak ada pula pemimpin PAS terutama pemimpin pusatnya datang .
2. Berbanding dengan kematian ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan beberapa hari lepas ( 4 sep 2009 ). Ramai pemimpin PAS yang datang dan ini telah diwar-warkan oleh Harakahdaily dan mempersoalkan mengapa pemimpin utama UMNO tidak ziarah. Tak ada pula Harakahdaily war-warkan pemimpin mereka datang atau tidak. Inilah kemunafikan mereka.
3. Inilah hipokrit pemimpin dan akhbar parti ini. Kematian pun nak dipolitikkan . Dan ziarah orang islam meninggal dunia pun sibuk nak di tonjolkan. Dapat pahala ke?
SLM BRO..BIASAK LAA..YG ADE KEPENTINGAN DIORANG PANDANG...YG XDE KIM SLM JEK DAHHH KEHKEHKEH..HARKKK PTUIHH!!
ReplyDeleteSemuga Maha Pengasih Maha Penyanyang menyegerakan kesedaran buat kita dan mereka semua. Amin. Inshaallah.
ReplyDeletedidunia allah taala dah tunjukkan ciri orang yang memusuhi islam apabila matinya tidak diziarahi alim ulamak. bekas MB ni dulu duduk di Kpg.Kbg.Bemban tapi amat memusuhi penghuni pondok dekat dengan rumahnya almaklumlah mudir pondok tu oraghe kuat pas kelante masa tu.
ReplyDeletekepada melor. setakat yang PG kenal tan sri ini mulut nya amat baik berbanding dengan ulama-ulamak malaysia ini. tak ada mencarut dan memaki hamun orang dan mengkafirkan orang . itulah bezanya. walaupun dia tak mengaku ulamak.
ReplyDeleteya allah..inilah busuknya hati orang pas..sampai inipun masih nak menegakkan bulu yang basah..melor45 harus BERTAUBAT
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteSedangkan Nabi akan berdiri sebagai menghormati tatkala lalunya jenazah orang kafir di hadapan Baginda!...alangkah angkuhnya kata2 saudara melor45 dan 'alim ulamaknya'!!
anakjati_sgway
salam bro,
ReplyDeleteKalau setakat nak harap ziarah ulamak-ulamak PAS ni tak datang pun tak apa. Ramai lagi orang yang hati-hati yang bersih dan ikhlas. Lebih ramai lagi yang boleh sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham.