FOLLOWERS

Tuesday, 8 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : KES BIDANG KUASA MAHKAMAH JUVANA !



[1996] 1 MLJ 169. Public Prosecutor v Yap Min Woie

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 9 Disember 1989, penentang, seorang juvenil pada masa material, telah dipertuduhkan dengan kesalahan merompak yang boleh disabitkan di bawah s 392 dalam Kanun Keseksaan (NMB Bab 45) di Mahkamah Juvenil di Johor Bahru.

Penentang mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, dan dia telah diperintahkan supaya ditahan di sebuah sekolah yang diluluskan, iaitu Sekolah Pemulihan Tunas Bakti, Taiping, untuk tempoh tiga tahun dari tarikh perintah menurut s 12(f) Akta Mahkamah Juvana 1947 (‘Akta tersebut’). Penentang merayu terhadap perintah tersebut di Mahkamah Tinggi. Pada 19 Disember 1990, hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan itu dan mengurangkan tempoh tahanan daripada tiga tahun kepada satu tahun.

Perayu telah merayu terhadap keputusan tersebut. Soalan yang harus pertimbangkan oleh mahkamah ialah sama ada hakim tersebut adalah betul dari segi undang-undang dalam mengurangkan tempoh tahanan daripada apa yang diperintahkan oleh Mahkamah Juvana terlebih dahulu.

Diputuskan:

Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Di bawah s 28 Akta tersebut, hakim Mahkamah Tinngi tidak diberi kuasa atau mempunyai budi bicara untuk mengurangkan tempoh tahanan. Kuasa untuk memerintahkan seorang juvenil untuk dihantar ke sekolah yang diluluskan adalah diberikan di bawah Akta tersebut kepada Mahkamah Juvana, dan perintah tersebut ialah autoriti untuk menahan penentang untuk tempoh selama tiga tahun.

Lagipun, di bawah s 28(a) Akta tersebut, adalah diperuntukkan bahawa hanya lembaga pelawat sekolah yang telah diluluskan itu yang penentang telah dihantar boleh, mengikut budi bicara mutlak mereka, memendekkan tempoh tahanan (lihat ms 172E–F).

(2) Selepas mempertimbangkan kuasa-kuasa Mahkamah Juvana di bawah Akta tersebut dan kuasa-kuasa Mahkamah Juvana yang dikurniakan kepada Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntukkan di bawah s 40 Akta tersebut, terutamanya terhadap skop s 28 dan proviso (a) di bawahnya berkenaan dengan budi bicara yang diberikan oleh badan perundangan kepada lembaga pelawat, boleh disimpulkan bahawa perkataan ‘hendaklah’ yang muncul di dalam ss 12 and 28 Akta tersebut bermakna mandatori.

Maka di bawah s 28, tahanan bagi tempoh tiga tahun yang dibuat oleh Mahkamah Juvana adalah mandatori, dan tidak boleh diubah oleh mahkamah rayuan (lihat ms 173C).]

Penghuni Gua : Semuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaatnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

PETA PELAYAR