1992 1 MLJ 343 NORDIN SALLEH & ANOR V DUN KELANTAN & ORS
Plaintif telah dipilih menganggotai Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa pilihanraya umum yang dilangsungkan pada 21 Oktober 1990 dan kemudiannya telah mengambil sumpah menjadi ahli dewan itu. Pada 25 April 1991, defendan pertama telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 1991 dan memperkenalkan perkara XXXIA yang baru (yang mempunyai kesan retrospektif dari 19 November 1990) seperti berikut:
(1)‘If any member of the Legislative Assembly who is a member of a political party resigns or is expelled from, or for any reasons whatsoever ceases to be a member of such political party, he shall cease to be a member of the Legislative Assembly and his seat shall become vacant.
(2)For the purpose of Clause (1) the Legislative Assembly shall determine whether a seat has become vacant or as to when a seat becomes vacant and the determination of the Assembly shall be final and shall not be questioned in any Court on any ground whatsoever.’
Pada 3 Julai 1991 defendan pertama telah meluluskan satu ketetapan mengikut perundangan yang dicabar itu bahawa plaintif pertama dan kedua telah berhenti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan mengumumkan bahawa kerusi bagi bahagian pilihanraya Sungai Pinang dan Limbongan kosong.
Memandangkan kekosongan itu, SuruhanPilihanraya Malaysia (defendan ketiga) telah mengambil tindakan untuk melangsungkan pilihanraya kecil di bahagian pilihantersebut dan pilihanraya kecil telah dilangsungkan dan diselesaikan pada 26 Ogos 1991. Dalam pilihanraya kecil itu, plaintif telah menjadi calon Barisan Nasional tetapi telah dikalahkan. Plaintif meminta pemengisytiharkan yang perkara XXXIA Perlembagaan Negeri Kelantan terbatal dan tidak sah kerana ia ultra vires perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Plaintif berhujah bahawa perkara XXXIA baru dalam Perlembagaan Negeri Kelantan itu bercanggahan dengan perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan kerana itu ia tidak sah di bawah perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Diputuskan:
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:
(1) Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada Parlimen dan bukan dewan undangan negeri untuk memundang-undang mengenakan sekatan ke atas hak asasi sewarganegara untuk membentuk persatuan. Sekatan boleh disebagaimana Parlimen menganggap perlu hanya untuk kepentingan keselamatan persekutuan atau sebarang bahagiannya, ketenteraman awam atau akhlak.
(2) Ujian yang harus dipakai untuk menentukan sama ada sesuatu statut melanggar satu hak asasi yang tertentu ialah apakah keatau kesan yang langsung dan tidak dapat dielak statut yang dicabar itu atas hak asasi plaintif, dan jikalau kesan statut itu atas hak asasi adalah langsung dan tidak dapat dielak, dengan demikian a fortiori kesan itu semestinya dianggap sebagai tujuan statut itu. Akibatnya, di mana statut itu secara langsung membawa kesan atas hak asasi, atau kesannya yang tidak dapat dielak atas hak asasi itu adalah sedemikian rupa sehingga ia membuat penhak itu tidak berkesan atau menjadi impian, statut itu harus dianggap tidak berperlembagaan, dan harus dibatalkan.
(3) Jelas bahawa perkara XXXIA Perlembagaan Negeri Kelantan mengenakan sekatan atas plaintif mempergunakan hak mereka untuk menyertai persatuan yang dijamin oleh perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan, iaitu, jika mereka berhenti menjadi ahli parti politik mereka, mereka akan dilarang daripada terus menahli dewan undangan negeri.
(4) Prima facie, perkara XXXIA membayangkan bahawa akibat menghak asasi yang dijamin oleh perkara 10(1)(c) PerlemPersekutuan satu penalti akan dikenakan. Oleh kerana itu, kesan atau kesudahan perkara XXXIA yang tidak dapat dielak ke atas hak asasi plaintif untuk menyertai persatuan adalah ia membuat penjalanan hak mereka tidak berkesan atau menjadi impian.
(5) Jika rangkai kata ‘for any reasons whatsoever’ yang terkandung di dalam perkara XXXIA Perlembagaan Negeri Kelantan yang dicabar itu bermaksud meliputi hal meninggalkan keahlian parti politik, maka bahagian perkara XXXIA itu adalah bercanggahan dengan perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah di bawah perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.]
Cases Referred To:
Legislation Referred To:
Federal Constitution of Malaysia arts 4(1), 10(1)(c), (2)(c), 71(4)
Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) (Pindaan) 1991 art XXXIA
Lawyers:
Zaki Tun Azmi and Juliana Solomon (Rashid & Lee) for the plaintiffs.
Zainur Zakaria and Zulkifli Nordin (Zainur Zakaria & Co) for the defendants.
Judgment:
Cur Adv Vult
Eusoff Chin J:
Cur Adv Vult
Eusoff Chin J:
Penghuni Gua : Semuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaat kes ini terutama pemimpin-pemimpin politik.
alhamdulillah mmg sgt bermanfaat utk pelajar spt saye
ReplyDeletetq...:)
ReplyDeletebagus tp kalau boleh bahasa bagilah senang difaham
ReplyDelete