FOLLOWERS

Thursday, 10 September 2009

DR ABDUL RANI KAMARUDDIN MENJELASKAN KEKELIRUAN YB SIVA MENGENAI KEPUTUSAN YAA HAKIM !


Nota : Semalam setelah YAA Hakim menolak dengan kos saman bekas Speaker DUN Perak YB Siva, mengulas keputusan ini dengan mengatakan ia keliru dan tidak faham dengan keputusan YAA Hakim Dato Azhar dengan alasan bahawa dalam kes terdahulu kes DUN Perak katanya mahkamah ada mencampuri urusan DUN tetapi sekarang YAA Hakim katakan ia tidak boleh campur tangan urusan DUN.

Jadi Dr Abdul Rani Kamaruddin , Pensyarah Undang-Undang UIAM menjelaskan hal tersebut agar YB Siva dan mereka yang serupa dengannya tidak lagi keliru atau sengaja nak mengelirukan diri sendiri dan orang lain.

Ulasan Dr Abdul Rani Kamaruddin di blog : Penghuni Gua.

PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiaus... PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,

” Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.Dalam Artikel 72 Perlembagaan, Persekutuan kesahan suatu prosiding DUN tidak boleh dicabar diMahkamah.

Persoalannya, pertama dan utama, adakah sidang yang dibuat itu pada mulanya sah atau keputusan yang dibuat semasa DUN bersidang? Jika DUN bersidang dengan sah (mendapat perkenan Sultan) maka Artikel 72 terpakai. Jika tidak tiada kekebalan disisi undang2 termasuk pendakwaan.selebihnya carilah sendiri.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM
Penghuni Gua : Semuga YB Siva dan yang serupa dengannya tidak keliru lagi atau cuba mengelirukan diri sendiri atau orang lain. Kita juga jangan terkeliru dengan kekeliruan yang dibuat-buat oleh mereka ini.

1 comment:

PETA PELAYAR