FOLLOWERS

Tuesday, 1 September 2009

SOKONG PENGKHIANAT TAMIL EELAM : WARTAWAN DIPENJARA !







C0LOMBO 31 Ogos - Mahkamah Tinggi Sri Lanka hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang wartawan Tamil, yang disifatkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai satu contoh wartawan bersifat penindasan kerana menyokong keganasan.

J.S. Tissainayagam, 45, (gambar) yang menulis untuk akhbar tempatan Sunday Times dan mengendali-kan sebuah laman web, Outreachsl.com yang memberi tumpuan kepada minoriti Tamil di pulau ini, didapati bersalah atas tiga dakwaan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (PTA).

Seorang pegawai mahkamah berkata, tuduhan itu termasuk menerima wang daripada pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bagi membiayai laman webnya dan menyebarkan kebencian antara kaum melalui tulisannya mengenai Tamil yang terjejas akibat konflik.

Obama menyifatkan Tissainayagam melalui satu kenyataannya sempena World Press Freedom pada Mei lalu sebagai satu contoh wartawan bersifat penindasan melalui kerja-kerjanya.

"Beliau menjadi wartawan pertama didakwa dan disabitkan di bawah PTA yang diperkenalkan pada awal 1980an," menurut aktivis hak asasi, Chulawansa Srilal, sambil menambah kata bahawa mereka amat terkejut dengan keputusan mahkamah termasuk tempoh penjara yang lama.

Tissainayagam telah berada di bawah pengawasan sejak ditahan pada Mac tahun lepas, walaupun rayuan telah dibuat oleh kedua-dua kumpulan aktivis media antarabangsa dan tempatan untuk pembebasannya.

Peguam-peguamnya berkata, mereka akan terus membuat rayuan bagi pihak Tissainayagam. - AFP

Penghuni Gua : Bagus dan tahniah kepada AS. Beginilah layanan yang sepatutnya diterima oleh seorang pengkhianat.

2. Malaysia bagaimana?

1 comment:

PETA PELAYAR