
1996 2 MLJ 538 : Ramanathan s/o Chelliah vs PP
Bahasa Malaysia Summary:[Bahasa Malaysia summary
Tertuduh dalam kes ini (‘perayu’) telah dibawa untuk menghadap mahkamah sesyen atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua orang olahragawati di bawah s 354 Kanun Keseksaan (Bab 45). Dia dibawa ke mahkamah dengan kedua-dua tangannya digari dari stesen polis, dan telah diletakkan dalam kandang orang salah untuk pembacaan tuduhan kepadanya.
Peguam perayu telah memohon kepada hakim mahkamah sesyen supaya gari ditanggalkan. Penolong pendakwa raya telah membantah permohonan itu, dan hakim mahkamah sesyen menolak permohonan peguam perayu. Selepas prosiding hadap-tuduh selesai, perayu telah dibebaskan dengan ikat jamin dan barangkali, pada masa itulah gari ditanggalkan.
Perayu, yang tidak puas hati dengan perintah hakim mahkamah sesyen untuk menggari perayu (‘perintah itu’), telah memfailkan satu usul di Mahkamah Tinggi meminta supaya perintah itu disemak. Peguam perayu berhujah bahawa adalah tidak betul untuk membiarkan perayu digari semasa dibicarakan atas alasan bahawa:
(i) seseorang tertuduh adalah di bawah tahanan mahkamah dan tidak lagi di bawah tahanan polis sebaik sahaja dia diletakkan dalam kandang orang salah; dan
(ii) mahkamah tidak mempunyai apa-apa alasan untuk melaksanakan budi bicaranya untuk membuat perintah tentang gari. Penolong pendakwa raya sebaliknya berhujah bahawa meskipun seseorang tertuduh sedang dibicarakan, dia masih dalam tahanan polis, dan selagi dia tidak diikat jamin, dia patut digari atas sebab keselamatan. Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa perintah itu adalah betul dan menolak usul perayu. Perayu membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:
(1) Adalah semata-mata bergantung kepada budi bicara ketua pegawai untuk mempertimbangkan sama ada adalah perlu untuk menggari seseorang tertuduh, semasa seluruh perbicaraan atau di hadap-tuduh, jika dan apabila satu permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan. Budi bicara begitu mestilah dilaksanakan secara bijaksana dan bukan semata-mata kerana pihak pendakwaan inginkan ia dilaksanakan demikian. Adalah jelas bahawa pertama, harus terdapat satu permohonan oleh pihak pendakwaan, dan kedua, bagi membolehkan mahkamah melaksana budi bicaranya secara bijaksana, material yang boleh dipercayai, sama ada yang menyokong permohonan itu atau tidak, harus dikemukakan kepada mahkamah (lihat ms 542C–D).
(2) Dalam rayuan ini, berdasarkan rekod prosiding, penolong pendakwa raya tidak pun membuat sebarang permohonan dan tidak juga terdapat apa-apa material yang boleh dipercayai yang dikemukakan di mahkamah. Penolong pendakwa raya bersetuju bahawa alasan tunggal yang beliau bergantung ialah bahawa perayu tidak diikat jamin pada masa itu. Berdasarkan pertuduhan yang dihadapi oleh perayu, adalah tidak munasabah untuk menggarinya. Dengan demikian, hakim sesyen tidak melaksanakan budi bicara beliau secara bijaksana (lihat ms 542E–F).]
Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari keputusan kes ini.

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室
ReplyDelete